31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010




selamat tahun baru 2010 kepada korang yang support blog ni selama 
aku terlibat dlm blogging ni.
harap korang mempunyai azam yang terbaik berbanding tahun 2009.
teruskan sokong blog aku, banyak paparan yang best aku janjikan pada tahun 2010 nie.

25 Disember 2009

MAKE IT YOURS - Design Dan Menang Laptop DELL


MAKE IT YOURS - Win a Studio 15 Laptop designed by you and RM5,000 cash voucher

Dell Design Studio laptops with great artist designs allow you to celebrate your individuality through your laptop and now we're inviting you to try your hand at designing your very own original artwork for your very own Studio laptop.
To take part in the Make it yours contest, sign up and submit your artwork and you could have your very own design on your very own Studio laptop. We'll also be giving away RM5,000 Cash Voucher to the winner so start expressing yourself and join the contest.
The last date for submission of entries is 05 February 2010. Winners will be announced on or around 19 February 2010
.
Jom klik kat http://www.makeityours.asia/my untuk maklumat lanjut. Join la mana tau boleh menang.

12 Disember 2009

Penerbit Buku Pilihan 2010

Telaga Biru Sdn. Bhd
Merupakan penerbit buku-buku ilmiah dan lebih ke arah keagamaan. Selain itu, terdapat juga buku motivasi dan sesuai untuk semua golongan masyarakat tidak mengira umur dan peringkat. Buah tangan terbaru ialah Majalah Solusi iaitu alternatif kepada majalah berbentuk keagamaan yang terdapat dipasaran. Untuk senarai produk daripada penerbit ini boleh didapati di: www.telagabiru.net.my , www.telagabiru-tbsb.blogspot.com.

Gempakstarz
Dikenali dengan penerbitan komik dalam dan luar negara, kebanyakkan berbahasa melayu juga mandarin dan english. Antara produk yang popular seperti Majalah Gempak, Majalah Utopia, Comic King dan Popcorn. Selain itu, Gempakstarz turut mengeluarkan produk sampingan komik seperti t shirt, bag, dan macam-macam lagi. Majoriti peminat ialah golongan remaja dan kanak-kanak namun terdapat juga golongan berkerjaya menjadikan produk Gempakstarz sebagai barangan untuk dijadikan koleksi dan hobi. Boleh lawati laman web diorang di www.gempakstarz.com

PTS Publication
Penerbit buku melayu terunggul- slogan syarikat ini yang memberi gambaran jelas mengenai perjuangan yang dilakukan oleh syarikat ini dan produk berkaitan. Kebanyakkan penulis dan pelukis baru diberi peluang untuk menyerlahkan bakat yang ada. Fokus diberi terhadap penerbitan yang bermutu dan berkualiti.
Pada hari ini, kumpulan PTS menerbitkan sebanyak 300 tajuk setiap tahun dalam kategori buku kanak-kanak, remaja, novel dewasa, bisnes & pengurusan, pendidikan, agama, popular, pembangunan diri, motivasi dan komik. Buku-buku ini terdiri dari tulisan pengarang tempatan dan juga terjemahan dari pengarang antarabangsa.Rangkaian edaran PTS merangkumi kedai-kedai buku korporat, dan juga kedai buku tempatan yang berjumlah lebih dari 300 buah diseluruh Malaysia, Brunei dan Singapura. Hubungi di http://pts.com.my

10 November 2009

Sape Nak Menang Hadiah Buku Dari PTS ?


Sempena cuti sekolah ni, syarikat penerbit buku PTS telah melancarkan Kempen Membaca Musim Cuti Sekolah disamping mengadakan peraduan Saya Mahu Hadiah PTS. Korang hanya perlu membeli barangan keluaran bernilai RM25 ke atas dan mengisi borang yang boleh didapati di kedai- kedai yang terlibat yang menjual buku keluaran PTS ini. Bagi blogger pula, korang boleh mendapat hadiah buku percuma hanya dengan mempamerkan iklan PTS ini. Harap korang semua dapat memberi sambutan terhadap promosi yang dibuat. Untuk maklumat lanjut KLIK jer iklan PTS kat sebelah kiri blog nie. Peace!!

09 November 2009

Jom Layan Website Ni

Sebenarnya aku tak tau nak cerita pasal apa, so bagi review sikit pasal website yang diminati oleh remaja urban masa kini. Website yang aku layan 2, 3 hari ni ialah Junkonline dan KLue online. Disini terdapat informasi yang bagus untuk remaja yang berminat terutama berkaitan hiburan. Selain website nie, diorang gak ada terbitkan majalah sendiri setiap bulan. So harap korang support dan rajin-rajin view website ni. Kalau malas, beli jer majalah diorang.

06 November 2009

Comic Fiesta 2009 Update Terbaru


Comic Fiesta 2009
Date: 19-20 December 2009
Venue: Sunway Pyramid

Details:

For our Artists, please read this thread.

You can now get tickets here! Here’s the good news: The price remains as it was last year. The better news? You can now pay via direct bank in. Please read the terms and conditions before you place your order.

More info: http://comicfiesta.org/

03 November 2009

100 % Gempakstarz - Festival Komik Yang Dinanti 2009


Jom beramai-ramai meriahkan dan rasai karnival 100% Gempak Starz yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 November ini. Pelbagai acara menarik bakal berlaku hanya sekali setiap 2 tahun. Kepada peminat komik khususnya, Gempakstarz adalah nama yang tidak asing dalam industri komik tanah air. Jadi ayuh beri sokongan terhadap karnival ini disamping bertemu dengan pelukis komik kegemaran dan mendapatkan produk terkini dengan harga diskaun. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.gempakstarz.com

02 November 2009

Free E-Book Dengan Spotbit


Spotbit.com adalah salah satu laman web yang menawarkan muat turun e-book dengan resolusi dan kualiti gambar yang terbaik. Tidak seperti e-book lain yang menggunakan format pdf, Spotbit menggunakan perisian sendiri yang memudahkan kita menikmati secara rilek apa yang dimuat turun. Terdapat 20 lebih kategori yang boleh dipilih, termasuk art, photography dan apa-apa yang diminati. Turut menampilkan hasil karya daripada artis grafik seluruh dunia. Laman web ni antara rujukan aku dalam membuat design tertentu untuk mendapatkan inspirasi. Korang juga boleh membuat e-book sendiri menggunakan Spotbit ini. Yang penting kena mendaftar sebelum download. Peace n enjoy!! Klik kat SINI

26 Oktober 2009

Layan Photo Best Dengan KUKUBESI





KUKUBESI 31, sudah melibatkan diri dalam bidang grafik dan multimedia industri hampir 11 tahun (ketika artikel ini ditulis). Beberapa tahun lalu, beiau membawa pembaharuan dalam industri dengan memperkenalkan idea yang baru dan segar dalam bidang fotografi di Malaysia. Konsep yang sinonim dengan beliau sehingga kini ialah "haluan kiri" yang dapat dilihat di karya-karya terbaik beliau.Kepada korang yang berminat dengan fotografi boleh layan jer website ni dan kepada sape yang berminat nak gunakan khidmat Kukubesi ni boleh kontek di: aku@kukubesi.com dan 012-3311951

Terus berhubung melalui:
Laman web: www.kukubesi.com
Facebook: Kukubesi manipulasi
Kukubesi

23 Oktober 2009

Interview Esklusif Bersama Kartunis Cutevirus (Majalah G3 &KLIK!)





Setelah beberapa kali tertangguh, akhirnya berjaya juga aku menemubual seorang lagi kartunis yang sedang meningkat naik dengan hasil karya yang cukup diminati. Beliau ialah kartunis cutevirus ,yang hasil karyanya banyak terpapar di majalah g3 dan klik!. Harap korang enjoy dan dapat beri sokongan. Peace!!

aku_NAPIE: nama penuh dan asal mna?
cute2virus: Mohd Khirudzaman, Kemaman, Ganu Kite
aku_NAPIE: sejak bila minat melukis dan kartunis idola?
cute2virus: seingat gua umur 3 tahun rasanya...
cute2virus: kalau yg international ramai, antaranya Kubert's Brothers, J.Scott Campbell, Adam Hughes, Carlos Pacheco, Lienil Fracis Yu, etc....J.Scoot suka lukis girls. kalau yg local, Jaafar Taib, Ujang, Aie & Bro Gayour. Aie & Gayour adalah kartunis pling cool kt arena komik tempatan aku_NAPIE: start melukis untuk majalah mna? karya pertama n skang dgn majalah mna? cute2virus: kartun pertama publish kt ruangan majalah Kawan kalau x silap....antar main2 je dulu, skang kt Majalah G3 & KLIK!
aku_NAPIE: karya terbaik setakat ni..n impian dlm kerjaya ni
cute2virus: karya terbaik? belum ada...i never satisfy with my art....masih dlm proses improve
aku_NAPIE: good answer
cute2virus: impian....i nk jadi pelukis komik yg dpt beri pengajaran melalui kartun i kpd readers...specially teens. cam bro Aie & Bro Gayour buat tuh! kita buat sesuatu mesti ada wawasan kn?
aku_NAPIE: yup!!
aku_NAPIE: pesanan utk sape yang nk jadi kartunis...
cute2virus: emm...minat mesti ada, lps tu kesungguhan dan yg paling penting rajin praktis...study teknik melukis.
aku_NAPIE: halangan n problem time wt kartun....
cute2virus: idea
cute2virus: idea
cute2virus: idea
aku_NAPIE: haha...
[15:31] cute2virus: dan kemalasan....
[15:31] cute2virus: dat's my problem
aku_NAPIE: ok...
aku_NAPIE: cmner peminat nak berhubung?
cute2virus: aku ade peminat ke? melukis pun cam ntahapahapa...
cute2virus: xde peminat kot!
cute2virus: ha ha...
aku_NAPIE: emel n blog utk peminat contact..
cute2virus: ok....
cute2virus: www.geocities.com/cute2virus
cute2virus: cute2virus@yahoo.com
aku_NAPIE: thanks sudi interview..wish u good luck..
cute2virus: thanks bro

Kantoi Edit Photoshop




Enjoy tak layan gambar di atas yang guna photoshop ni tapi kantoi sebab nampak dengan jelas setiap kesalahan semasa editing. Tetapi lebih menghairankan kenapa gambar tersebut diluluskan untuk penerbitan dan menjadi tatapan umum. Memang guna photoshop boleh menutup segala kecacatan tapi jangan sampai kantoi pula. Enjoy banyak lagi gambar yang kantoi kat SINI

18 Oktober 2009

Animonsta - Serpihan Geng Upin & Ipin??


SETELAH berjaya mencipta fenomena Upin & Ipin yang sehingga kini menjadi perbualan ramai, pengarahnya, Mohd. Nizam Abdul Razak atau Nizam kini muncul dengan produk animasi terbarunya, Boboiboy. Boboiboy merupakan produk sulung milik syarikat Animonsta Studios yang diterajui oleh Nizam serta dua rakan kongsinya, Mohd Safwan Ab. Karim (Safwan) dan Muhammad Anas Abdul Aziz (Anas). Biarpun pernah menyertai Les’ Copaque Productions Sdn. Bhd. (LCPSB) dalam membangunkan animasi Upin & Ipin tetapi kata Nizam, kemunculan animasi Boboiboy bukanlah bertujuan untuk bersaing. Nizam, Anas, Safwan serta lima lagi kakitangan LCPSB yang lain membuat keputusan keluar daripada syarikat tersebut pada September lalu demi mencari ‘tapak’ dalam mengembangkan lagi bakat mereka dalam dunia animasi tempatan.
Maklumat lanjung di http://www.animonsta.com/index.html

17 Oktober 2009

Support Artwork AKU


Ni artwork yang aku submit untuk kempen art for aids 2..
Harap korang dapat komen dan bagi support..
Happy no AIDS ok.Peace!!

14 Oktober 2009

Art For AIDS - Lawan AIDS Dengan ART


ART FOR AIDS (AFA)

AFA is a Malaysia network of artists,scholars and activists committed to ending the global AIDS epidemic. Our mission is to inspiring attitudinal change through the production and dissemination of powerful, original artwork.

FIGHTING AIDS WITH ART

AFA employs art in the fight against Aids. It invites artists to produce work dealing with Aids and related issues. These works of art are used to raise public consciousness, to encourage involvement, and to generate funds for supporting projects aimed at preventing and fighting Aids.

Jom support dengan join competition ni, disamping berkarya dapat memberi sumbangan dari segi hasil karya yang baik. Syarat penyertaan di http://seniuntukaids.blogspot.com/

Recharge!!! KPTM FEST 2009


Support band indie dan Celcom kat KPTM Ipoh 17 hb ni, jom ramai2 meriahkan.

13 Oktober 2009

Mencari Konklusi Dalam Hujan


Keluaran terbaru oleh band yang pernah mencipta fenomena band indie, Hujan kembali menghiburkan peminat dengan album Mencari Konklusi. Terdapat 7 track yang mempunyai susunan lagu yang mantap dan mencerminkan bunyi Hujan itu sendiri. Bagi korang yang nak review dengan boleh klik kat bawah. Tapi harap korang support yang original. Peace!!

startdrawing.org - collection of Asia`s Artwork

startdrawing.org is a web resource portal for Asia's artists and drawings. This site was started with the aim of showcasing and sharing drawings from talented artists in Asia, and in the process, promote the joys of drawing.

The artwork from all around Asia is here:




Kindly please support HERE

Kenny Chua - Komik Artis Kepada Chief Editor

Kenny Chua dilahirkan pada tahun 1974 di Kuala Lumpur. Setahun selepas tamat belajar di Malaysia Institute of Arts pada 1996, beliau bekerja sebagai animation artist.Pada tahun 2000, Kenny mula sertai Art Square Group sebagai artis komik. 4 tahun lepas, beliau ditukarkan ke bahagian editorial dan kini sebagai Chief Editor untuk 'Comic King', 'Star Talk' dan 'Little Monitor'. Beliau amat terlatih sebagai artis animasi namun beliau lebih berminat dalam lakaran komik. Garisan yang bersih serta rekaan watak yang tidak mudah merupakan merupakan gaya komiknya. Kenny boleh dihubungi di alamat email: kenny@gempakstarz.com



Ulasan aku_NAPIE: Aku mula mengenali karya Kenny dalam Majalah Komik Gempak pada tahun 2002, time 2 karya beliau dh mula diminati terutama komik Jinggo yang mempunyai kekuatan tersendiri dari segi jalan cerita dan komik yang menarik. Saat yang paling sedih apabila karekter Jinggo terpaksa dimatikan dan aku yakin ramai peminat siri ni mengharapkan sambungan daripada episod akhir komik tersebut. Sepanjang mengikuti karya Kenny, dapat rasakan peningkatan yang jelas selain hasil karya yang bermutu dapat dilahirkan. Jadi tak hairan jika karya Beliau pernah memenangi beberapa anugerah dalam dan luar negara.

12 Oktober 2009

Pakar Illustrasi Superhero - Greg Horn


Greg Horn ialah seorang pelukis komik dari Amerika yang dikenali melalui karyanya untuk cover artist komik keluaran Marvel dan keluaran label lain. Bekerja sebagai digital painter, beliau turut dikenali kerana hasil kerja yang teliti dan realistik terhadap karekter yang dilukis, lukisan wanita cantik dan penggunaan efek cahaya yang efektif. Hasil karya Greg turut ditampilkan dalam poster Basketball at the 2004 Summer Olympics, majalah video games seperti Official Xbox Magazine dan InQuest Gamer serta cover dan illustrasi untuk majalah komik dan berita, Wizard.Karya terbaru beliau termasuk cover untuk Ms Marvel, Jenna Jameson`s Shadow Hunter dari Virgin Comics , dan banyak lagi. Untuk info lagi kat SINI

10 Oktober 2009

Kamen Rider Decade - Semua Rider Muncul??



Kamen Rider Decade adalah edisi pertama tahun 2009 bagi siri Kamen Rider yang mempunyai ramai peminat. Decade, tajuk yang dicadangkan adalah siri ke-10 dalam Heisei Rider Series, bermula dengan Kamen Rider Kuuga pada 2000. Mula disiarkan setelah final siri Kamen Rider Kiva dan penampilannya dalam Super Hero Time sepanjang tahun 2009 edisi Super Sentai Series, Samurai Sentai Shinkenger. Slogan siri ini ialah "Destroy everything, connect everything."Nak tengok siri ni just view kat youtube jer. Peace!!!

09 Oktober 2009

Universiti Terbuka PTS - Untuk Peminat Penerbitan & Penulisan


Universiti Terbuka PTS (UNIKA PTS) dibina bagi membantu saudara menulis, menterjemah, mengedit, menerbit, menjual dan mengedar buku. Moto kami adalah memandaikan bangsa melalui penulisan dan penerbitan. Universiti Terbuka PTS (UNIKA PTS) adalah sebuah universiti maya khusus bagi peminat dunia penerbitan dan penulisan buku. Inisiatif ini dibuat bagi menyediakan satu medium atau platform khusus bagi semua individu mendapat pendidikan formal dalam penulisan dan penerbitan buku. Sebarang pertanyaan dan persoalan mengenai aktiviti yang dianjurkan di bawah UNIKA PTS bolehlah alamatkan pertanyaan anda kepada :

Universiti Terbuka PTS (UNIKA PTS)
9-1 & 11-1 Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati 53300
Kuala Lumpur
No. Telefon : 03-41427413/16
No. Faks : 03-41427415

Website: http://www.universitipts.com/
Email: pertanyaan@universitipts.com

UiTM HOT TOUR



Support member kat Uitm dan band indie tempatan. Peace!!

Rottworld - Komik Muzik


Rottw komik kini kembali setelah penampilan terakhir pada tahun 1998, maybe sebagai comeback untuk mengambil peluang keadaan ekonomi yang stabil sekarang. Membariskan kartunis seperti DARD, ZULIZ, PARANOIA OF AYIE, JANZ,POGGOTHS, JANGGUT, MR.E dan MR. WHITE untuk memantapkan isi kandungan yang masih berkisar mengenai muzik dan kehidupan pemuzik masa kini. Namun dibandingkan dengan isi kandungan yang sedikit dan harga yang agak tidak berbaloi membuatkan ramai orang berfikir 2 kali sebelum membeli. Sebagai langkah terbaik agar Rottworld ini dipakejkan dengan ROTTW mag untuk melancarkan penjualan berterusan. Mahu info lagi boleh ke http://rottworld.net

08 Oktober 2009

Joe Ledbetter - Karekter Rekaan Terhangat


Dipengaruhi oleh animasi klasik, graphic design dan kehidupan seharian, itulah yang mengambarkan tentang Joe Ledbetter dan banyak perkara lagi. Mengambil hati merupakan pendekatan yang digunakan oleh beliau untuk menghasilkan karekter yang cute dan cuddly dalam karya2 yang banyak dengan situasi yang tak terjangka dan fantasi. 

Semasa bekerja sebagai  graphic apparel selama 3 tahun, , Ledbetter turut terlibat dalam  LA underground art scene, bermula dengan kumpulan Cannibal Flower. Pada akhir 2004, beliau mempunyai trademark tersendiri dalam penghasilan karekter. Kini beliau bukan sahaja dikenali sebagai pereka karekter kartun, malah sebagai pereka mainan, terlibat dalam animasi dan lain2 lagi. Untuk lebih info di www.joeledbetter.com

06 Oktober 2009

Sun Comic- Gedung Barangan Berkaitan Anime



Laman web ni memaparkan produk yang berkaitan dengan dunia anime, model aksi dan macam2 lagi untuk generasi muda yang meminatinya. Terdapat pelbagai judul DVD dan VCD yang terkini berkaitan anime seperti Bleach, Naruto dan lain2. Bagi yang berminat boleh menjamu mata dan menghabiskan duit kerana minat di www.suncomic.com.my

28 September 2009

Jom Main Jutaria



Ni kira antara permainan yang digemari satu masa dulu. Teringat time petang lepak2 dengan kawan dan adik beradik untuk main Jutaria ni. Sape yang rasa xtau main boleh jadi bank jer, jag dan bagi duit kat sape yang menang. Masing-masing beria nak kumpul harta, paling menjadi rebutan macam lapangan terbang , bangunan penting dan lain2 lagi. Selalunya xikut pun peraturan sebenar, just nk lawan sape yang dapat kumpul banyak duit. Janji puas hati dan dapat enjoy time tu. Permainan ni masih ada kat pasaran tapi xramai yang berminat kerana ianya mempunyai persamaan dengan Saidina yang lebih advance.

12 September 2009

15Malaysia - Projek Filem Pendek Indie

15Malaysia adalah satu projek filem pendek. Ia terdiri daripada 15 filem pendek dihasilkan oleh 15 pembikin filem Malaysia. Filem-filem ini bukan sahaja memaparkan isu-isu sosio-politik di Malaysia, malah turut menampilkan nama-nama terkemuka di Malaysia termasuklah pelakon, ahli muzik dan ahli politik yang dikenali ramai. Anda boleh anggapkan filem-filem ini sebagai filem ringkas funky yang dihasilkan oleh 15 suara hati rakyat Malaysia untuk orang Malaysia.
Sila masuk dan buat macam rumah sendiri. Klik kat http://15malaysia.com/ . Tontonilah filem-filem kami. Lihatlah gambar-gambar kami. Tinggalkan komen-komen anda. Paparkan filem-filem anda sendiri. Dapatkanlah cenderamata yang unik. Sertailah pertandingan kami. Bersahabatlah dengan kami. Sebarkanlah berita ini. Muat turunlah apa-apa yang anda mahu…

Komik Keluang Man Kembali