09 Februari 2011

TV Hijrah - Medium Baru Penyiaran Malaysia

TV AlHijrah stesen televisyen siaran percuma (FTA) terbaru yang berkonsepkan Islam telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia di dalam majlis yang penuh gilang gemilang serta diiringi dengan laungan merdu selawat ke atas junjungan Nabi S.A.W dan limpahan cahaya warna warni seumpama sambutan Maal Hijrah. TV AlHijrah kini bersiaran melalui 6 pemancar termasuk di Lembah Klang, Terengganu, Johor Tenggara, Sabah dan Sarawak serta terbaru dari Bukit Pelindung, Pahang. Siaran ini telah mencakupi 60% daripada penonton televisyen di negara ini. TV AlHijrah mengutamakan kandungan yang memberi manfaat kepada penonton dan pada waktu yang sama menarik minat golongan sasarnya. Walaupun baru mula bersiaran, 60% daripada kandungannya adalah terbitan tempatan manakala 40% adalah kandungan asing. 30% daripada keseluruhan kandungan diterbitan sendiri oleh TV AlHijrah.

Buat masa sekarang, hanya beberapa tempat yang dapat siarannya:
Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah:
Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Kuantan CH 22 479.25
Mersing, Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Menang Gak Dengan Gempakstarz


Pada 11.11.2010 yang lepas Gempakstarz.com telah melancarkan layout baru dan mengadakan peraduan slogan kreatif berkaitan web tersebut. Aku pun join dan jadi antara 111 orang yang terawal. Keputusan sudah pun diumumkan dan aku tak sangka dapat gak hadiah walaupun saguhati. Kira ok la 2. Sekarang menunggu hadiah tersebut (novel grafik) untuk sampai di pintu rumahku. Sentiasa support Gempakstarz. Peace!!

No. 9 tu aku la...hehehe..

Pertandingan Reka Eco Tee - Jom Join


Kawan-kawan yang berminat dalam design t shirt boleh la join pertandingan ini yang menawarkan hadiah yang agak lumayan. Untuk maklumat lanjut dan syarat penyertaan boleh klik di : SINI

Animasi Saladin di RTM1 - Hero Menjadi Lagenda


To Fellow Malaysians,

Saladin the Animated Series, an animation production I worked on from 2006-2009 as a storyboard artist is finally premiering on local TV (it's had a head-start in Middle Eastern countries like Qatar, etc). It's a fictional take on the young (mis)adventures of Saladin, the man who would eventually become one of the prominent figures in history. The cartoon is full of action, friendship, intrigue, and romance, and it's a show I had a lot of fun working on alongside many talented people.

So if you can, catch the weekly show with family and friends starting this Saturday Nov 20 on TV1 at 7:30pm, with repeats on Sunday morning at 9:30am.

I hope you enjoy the fruits of our labour!

And for the record, Saladin is absolutely NOT Aladdin; It's the western name of actual historical figure Ṣalāḥ ad-Dīn Yūsuf ibn Ayyūb, whom you can read more about here ; The most prominent depiction of him to date in the English-speaking world is in Ridley Scott's Kingdom of Heaven).

credit to: http://aimostudio.com/index2.htm

Koleksi Page Picture AKU SEMPOI






Dah join belum Facebook Fan Page kat Facebook? Ini merupakan koleksi gambar yang pernah menjadi picture profil untuk page AKU SEMPOI. Kebanyakkan gambar mempromosikan laman blog untuk korang sama-2 rilek dan tenangkan diri bersama. Warna yang digunakan ialah trademark iaitu merah, hitam dan putih. Jom layan beberapa design yang aku sendiri rasa cambest. Bagi pandangan korang tak tau la...Peace!!









Zunar Dan Isu Dalam Kartun Beliau


Kartunis terkenal tanahair, Zunar telah melancarkan majalah terbarunya 'Isu Dalam Kartun'. Majalah yang memaparkan pelbagai kisah politik tanah air boleh didapati di semua kedai buku berhampiran atau order secara online dengan harga RM10 di Semenanjung manakala RM12 untuk Sabah dan Sarawak. 
VOLUME: 1
VOLUME: 2
VOLUME: 3






08 Februari 2011

BoBoiBoy Trailer


Buah tangan hasil pecahan Les Copaque, Animosta akan mempersembahkan Siri Animasi BoBoiBoy akan menemui anda di TV3 mulai 13hb Mac , setiap Ahad jam 7pm. Ayuh layan dulu trailer gempak animasi ini. Keep on support animasi tempatan!!

Hot Ticket RM20 + RM20 Percuma


Korang perlukan lebih kredit untuk menghubungi orang tersayang semasa musim Chinese New Year? Dengan HOTLINK semuanya boleh. Hotlink memberi 'ang pow' kepada pelanggan yang setia untuk menghubungi rakan dan keluarga. Anda akan dapat RM20 bonus kredit percuma jika beli Hot Ticket bernilai RM20. Jadi semuanya akan bernilai RM40. Gunalah sepuasnya!!

Tutorial Pop Art Mudah

Salam semua. Dalam post kali ni aku akan bagitau tutorial mudah membuat pop art style pada gambar korang menggunakan editor picture online. Laman web yang di maksudkan ialah: www.befunky.com. Ayuh kita mulakan:
 1. Logo ke laman web : www.befunky.com dan upload gambar korang.

2. Selepas itu, kotak ni akan keluar. Korang pilih Apply Effect jer.

3. Kat sebelah kiri ada featured effect, korang pilih pop art yang 4 kaler tu.

 4. Selepas itu korang leh adjust cikit2 dan bila dah puas hati save jer gambar tadi. Setel kan.

Amacam, puas hati tak dengan tutorial yang mudah dan best ni? Diharap korang berpuas hati la. Kat laman web ni, selain pop art banyak lagi effect dan macam-macam boleh buat. Rajin-rajin la explore dan kongsi ilmu yang ada dengan kawan-kawan ok. Peace!!

07 Februari 2011

Majalah Gempak - Cuma Koleksi

Bila boring time cuti tahun baru Cina, inilah aktiviti buang masa aku. Keluarkan koleksi majalah Gempak, susun atas lantai astu ambik gambar. Ni sebahagian jer daripada koleksi aku. Malas nak kuarkan semua nanti kena kemaskan balik. Dah hampir 10 tahun mengumpul komik ni, berlambak dah komik ni dalam rumah aku. Layan...

Ulasan Komik Bophairy Ultra Qalif 2 Oleh Aku


Pelukis komik yang sinonim dengan Komik-M,  Bophairy kembali dengan buah tangan sambungan kepada komik Ultra Komik yang terdahulu. Dengan rekaan cover oleh beliau sendiri menampilkan Qalif memegang topeng yang menjadi persoalan dari mana asal usulnya. Setelah membaca komik ni, keseluruhan amat menarik dan mudah dihadam oleh semua golongan pembaca. Dalam komik ke-2 ini, persoalan tentang darimana asal usul topeng ini dikupas oleh pelukis dengan secara mudah dan difahami oleh pembaca. Juga mengenai siapa Kai yang sebenarnya yang turun ke bumi, bukan sebagai penentang yang kebanyakkan peminat komik ini rasakan. Diakhir komik turut disertakan beberapa hasil nukilan kawan-kawan membuat fan art untuk Ultra Qalif. Sebuah cerita bonus turut diselitkan dalam komik dan pembaca boleh santai menikmatinya. Ayuh dapatkan segera komik Ultra Qalif#2 ini dengan harga RM6.90 sahaja. Boleh didapati di kebanyakkan kedai buku berdekatan anda. Sokong industri komik tempatan. Jadikan pelukis komik kita sebagai inspirasi. Peace!!

Fan Art "Raw"Ultra Qalif

Ini merupakan fan art aku untuk komik Ultra Qalif oleh Bophairy. Medium yang digunakan ialah water color diatas kertas lukisan A3. Memang nampak macam tak best aku sendiri dah lama tak guna water color ni. Asyik2 dengan photoshop dan illustrator jer, sampai skill manual dah hilang. Komen dari pelukisnya pun ok2 jer, so kira jadi la ni. Jom layan gambar step by step dari lakaran sampai habis aku warnakannya. Masa yang diambil untuk siapkan artwork ni ialah 2 jam lebih. Peace!! Aktiviti aku time cuti aritu.

 1. Ni ialah proses sebelum warna, dah pening sama ada nk warna latar atau karekter dahulu. Last ambik keputusan warnakan latar dulu, bagi timbul karekter dan senang nak kaler nanti.

 2. Ni ialah proses ke -4 hingga ke- 6, aku warnakan kulit karekter dan topeng beliau yang hebat tu. Juga warna beg, seluar dan kasut.
3. Ni proses last, abiskan apa yang patut termasuk finishing dan letak logo. Amacam, best x? Syok sendiri jer ni.

06 Februari 2011

Nyaman Si Puding Roti: Edisi Terhad

Nyaman si Puding Roti: Edisi Terhad RM20 (tanpa ISBN)

Nyaman si Puding Roti: Edisi Biasa RM15


UNTUK BELIAN POS:

1.Masukkan RM25 (RM5 adalah untuk pos laju) ke akaun berikut:
nama: irman b noor
no akaun : 162085468109 (maybank)

2. Lampirkan bukti pembayaran melalui emel (dvinecomedy@hotmail.com)

3. Sila nyatakan alamat

4. Buku akan dihantar pemuda ganteng bermotosikal garang.

5. Penghantaran akan dibuat setiap Selasa

Terima kasih

Nyaman si Puding Roti Edisi Terhad juga boleh diperolehi di Morning Rocket, Badger, Damansara, dan Silverfishbooks, Bangsar.

Edisi Biasa kini boleh diperolehi di kedai-kedai buku berhampiran anda.

Kuala Lumpur, Aku Okay!


“Kuala Lumpur, Aku Okay” adalah satu kolektif daripada orang-orang biasa yang tiba-tiba mendapat idea untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan perspektif mereka sendiri dalam melihat cinta. Lalu bergerak perlahan-lahan pada malam itu mereka merakamkan kisah cinta yang tidak selalunya kita fahami.100 mukasurat. Saiznya 15x10 cm (A5 dilipat dua), dan mengandungi 25 cerita, puisi, esei dan curhat dari Sufian Abas, Mohd Jayzuan, Aidil Rusli, Fazleena Hishamuddin & Razaisyam Rashid.








Ikuti perkembangan di :http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Aku-Okay/177491032287042

Komik Keluang Man Kembali - Meh Sokong


Komik Keluang Man kembali lagi. Komik ini akan dikeluarkan secara bulanan mulai bulan Februari 2011. Bagi yang merindui kelibat Keluang Man boleh dapatkan sekarang. Harga sekitarRM5.00 untuk Semenanjung dan RM6.00 untuk Sabah/Sarawak. Komik Keluang Man dikeluarkan oleh Homework Studio. Banyak pelukis yang menyumbangkan karya mereka untuk komik ini seperti Azhar Saad, The Silencer, Aki Monster dan Vico Majidee serta pelukis - pelukis Keluang Man terdahulu.. Untuk keluarkan sulung ini ianya menampilkan kompilasi komik - komik Keluang Man terdahulu yang telah beri nafas baru beserta karya - karya pelukis terkini. Jadi kepada peminat tegar komik Malaysia jangan lupa dapatkan komik ini dipasaran. Ayuh hidupkan kembali lagenda yang pernah menghiburkan kita suatu ketika dahulu. Peace!!

Thor Sudah Muncul


Akhirnya koleksi yang mengegar jiwa muncul oleh pembuat model aksi popular di Hong Kong iaitu Hot Toys. Model aksi Thor berskala 1:6 berdasarkan filem yang akan datang oleh Marvel Studio, ini beberapa imej yang mampu menarik perhatian para pengumpul semua. Kualiti pada model aksi ini cukup detail dimana wajah aktor yang melakonkannya seolah-olah yang sebenar. 

 Turut disertakan bersama model ini ialah:

• Three pairs of interchangeable hands
• Detachable red cape
• Authentic metal hammer with patterned holder and leather-like strap at the end
• Movie-accurate helmet
• Pair of forearm armors with red cloth inside
• Figure stand with Thor nameplate and the movie logo

Maklumat lanjut di:  http://www.hottoys.com.hk/

Komik Keluang Man Kembali