19 Mac 2011

Kasut Aliph - Kenangan Rocker


Kasut sukan berjenama Aliph mula dipasarkan pada pertengahan tahun 1980-an, iaitu ketika zaman kebangkitan muzik rock di Malaysia. Seperti mana yang diketahui umum, kasut sukan adalah antara aksesori penting yang melengkapkan gaya artis dan band rock pada zaman tersebut, tidak kira di Malaysia atau di luar negara. Sejak itu, pemakaian kasut sukan tidak lagi hanya untuk bersukan atau beriadah, tetapi telah menjadi sebahagian daripada fesyen dan kegunaan harian yang kekal hingga ke hari ini.


Kasut Aliph adalah antara jenama tempatan yang paling popular ketika itu dan sering menjadi pilihan artis dan band rock untuk digayakan, malah jenama tersebut menjadi ikutan para peminat muzik rock umumnya. Kebiasaannya kasut sukan yang mempunyai rekabentuk potongan tinggi (high-cut) paras pergelangan kaki akan menjadi pilihan ramai kerana selain bentuknya yang unik dan menarik, ia juga seakan-akan telah direka untuk kelihatan sepadan dengan potongan seluar sendat yang juga turut menjadi sebahagian daripada fesyen rasmi para rockers ketika itu. 

Kasut Aliph dipasarkan dalam pelbagai warna, bentuk dan model, antara yang popular ialah model Hi-Cut Rider, sementara rekabentuk yang mempamerkan logo besar Aliph dalam pelbagai warna di kiri dan kanan kasut sering menjadi pilihan. Sekitar tahun 1987-88, kumpulan Search telah dipilih untuk memperagakan jenama Aliph secara eksklusif di mana rekabentuk terbaru kasut Aliph telah dikeluarkan secara terhad dan model tersebut dikenali dengan nama Aliph Search. Setelah itu, kumpulan Lefthanded juga mendapat peluang yang sama, di mana mereka muncul memperagakan jenama Aliph Lefthanded..

Pada tahun 1987 juga, jenama Aliph telah menaja kasut untuk filem Rozana Cinta '87, di mana pelakon terkenal Helmi Hussaini dan Erma Fatima dilihat memakai kasut Aliph dalam filem yang mengisahkan tentang pergolakan remaja kota itu. Pada 1989, jenama Aliph sekali lagi mengeluarkan model terbaru, tetapi kali ini mensasarkan hanya kepada golongan gadis remaja, lalu muncullah kasut Aliph Terri yang turut dipasarkan dalam rekabentuk potongan tinggi (high-cut). Tidak lama kemudian, jenama Aliph memperkenalkan pula kasut khusus untuk dipakai ke sekolah, iaitu model White Shadow dan Strike Force yang hanya dikeluarkan dalam warna putih. Dengan itu, jenama Aliph terus mengekalkan popularitinya sehingga ke awal tahun 1990-an. 

18 Mac 2011

80 Logo Percuma Untuk Korang Download


Pada masa kini istilah 'logo' telah digunakan bagi menggambarkan isyarat, (emblem), (coat of arms), simbol dan juga bendera. Pada akhir rencana ini beberapa contoh jenis logo 'true' dipaparkan, yang secara amnya berbeza dengan emblem, atau tanda yang merangkumi jenis grafik bukan-teks. Emblem dengan kandungan bukan teks adalah dibezakan dengan yang jenis logo sebenarnya. Itu adalah serba sedikit tentang logo. Dan aku berbersar hati untuk memberi logo percuma kepada korang untuk download, ubah dan guna sebagai logo apa-apa saja. Layan ok.


(Senarai logo yang korang akan download)

>>>DOWNLOAD <<<

10 Contoh Fotografi Permainan (Toys Photography)


Sesungguhnya kreativiti tiada batasan terutamanya melibatkan fotografi. Disini aku memberikan beberapa contoh  fotografi permainan yang dianggap terbaik dalam web. Ianya mengabungkan ruang dan cahaya untuk komposisi yang hebat. Contoh yang disertakan ialah daripada filem, rancangan TV, Kartun dan model aki yang popular. Layan je la kan. Harap dapat inspirasi.











So, pada korang yang ada banyak koleksi tu boleh la try buat fotografi permainan ni. Mesti best kalau kena tema. Nak lebih contoh boleh sarch di Deviantart.com atau Flickr. Good luck!!

17 Mac 2011

Aku Sempoi 1st Blog Giveaway Contest


Buat pertama kalinya aku berbesar hati mengadakan Blog Giveaway Contest untuk para follower dan rakan-rakan blogger sekalian. Berikut adalah syarat-syarat penyertaan:

1. Copy gambar di atas dan letakkan di dalam post terbaru korang berserta link blog ini (http://napie1987.blogspot.com) dan ceritakan apa yang best dengan blog AKU SEMPOI ni.

2. Sila tinggalkan url blog korang dibahagian komen post ini untuk memudahkan aku menilai mana-mana blog yang terbest dalam menceritakan tentang blog ni.

3. Contest ini bermula hari ni 17 Mac 2011 hingga 17 April 2011. Keputusan akan diumumkan selepas itu. So tunggu apa lagi. Jom la join cepat. Keputusan juri adalah muktamad.

Berikut adalah hadiah yang aku sediakan untuk 3 pemenang utama:

10 X BUTTON AKU BUDAK SENI (www.akubudakseni.tk)
dan

5 X LIMITED EDITION AKU SEMPOI STICKER


INFO DAN PERTANYAAN DI CHATBOX OK. PEACE!!

16 Mac 2011

101 Rekreasi Hati Oleh Kartunis Nik (Ujang)


Buku ini adalah himpunan 101 hadith dari koleksi 300 Hadith Bimbingan yang merupakan usahasama Nik Wafdi Nik Jaafar ( pelukis untuk majalah Ujang) dan Dr. Zahazan Mohamed. Isi bukunya mempunyai hadith dan diselangi dengan komik berilmiah disebelahnya berkaitan hadith tersebut. Komik yang dilukis juga ada sebahagian yang berbentuk “satira semasa” diharap dapat memberi sedikit pengajaran kepada para pembaca. Dengan adanya selitan komik berkaitan sudah pasti dapat menarik minat pembaca khususnya golongan muda mengetahui hadis-hadis yang terkumpul. Buku ini sudah ada dipasaran yang diedarkan oleh syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Ayuh jadikan sebahagian daripada koleksi bernilai korang.

15 Mac 2011

Post Ke - 300


Ini merupakan post aku yang ke 300 setelah hampir 3 tahun aku terjebak dalam dunia blog ini. Banyak kategori post yang telah aku tulis dalam blog ni. Antara yang mendapat perhatian seperti featuring designer dan featureddesigner. Banyak juga info pasal komik dan animasi aku selitkan untuk berkongsi bersama-sama korang yang suka view blog ni. Pelbagai halangan terpaksa dilalui agar blog ini terus bernyawa dan menyediakan post2 terbaik khas untuk korang. Ada yang tanya pasal bloggr contest, hmm maybe akan diadakan pada post yang akan datang. Hadiah simple jer. Teruskan melayari blog ni. Peace!!

Liga Komikus - Baca Komik & Serlah Bakat

Liga komikus merupakan salah satu komuniti di laman sosial Facebook yang berkonsepkan memberi korang peluang membaca komik yang dihasilkan oleh ahli-ahlinya di dalam kumpulan tersebut.  Walaupun baru diwujudkan ianya mendapat sambutan yang baik dikalangan kaki-kaki komik dan pengemar manga tempatan. Teruskan menyokong liga komikus ini dengan "like" di page mereka iaitu: 
LIGA KOMIKUS. Semoga ada bakat-bakat baru disini akan menyerlah suatu hari nanti. AKU SEMPOI akan sentiasa bersama korang. Peace!!

(Contoh komik yang ada 1)

(Contoh komik yang ada 2)

Filem Hikayat Merong Mahawangsa - Suatu Kebanggaan

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah. 

Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.Filem arahan Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU) ini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia bermula 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari dan pratonton khas untuk pihak media pada 7 Mac 2011), dengan Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato' Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida dan Maya Karin.Pada kos perbelanjaan muktamad sebanyak RM 8 juta (RM6.83 diisytiharkan kepada FINAS , sekitar RM 2 juta dibelanjakan untuk set, prop, busana), filem epik Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem buatan Malaysia kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja RM 16.6 juta pada tahun 2004. Proses penggambaran filem ini banyak memanfaatkan teknik CGI selain prop dan set utama dengan tujuan untuk mengurangkan kos pembikinan filem sambil menghidupkan suasana abad ke-2 M.
Pastikan korang menonton filem best niyang mencatat kutipan RM500,000 sehari. Ayuh meriahkan industri filem tempatan.
(Sumber: Wikipedia)

14 Mac 2011

Aku Budak Seni & AKU SEMPOI - Majalah By' U


Terharu dan gembira di atas sokongan korang. Dapatkan Majalah By' U edisi April 2011 yang sudah berada di pasaran untuk membaca review pasal AKU SEMPOI dan AKU BUDAK SENI. Sebenarnya aku tak baca lagi sebab belum dapat lagi majalah ni. Tapi boleh agak la apa yang ditulis dalam majalah tu kn. Teruskan menyokong blog AKU SEMPOI dan komuniti AKU BUDAK SENI ok. Majalah By' U merupakan salah satu majalah hiburan yang sensasi, trendy dan berinformasi untuk anda semua. Dapatkannya di pasaran dengan harga RM4.90 sahaja.

Komik Keluang Man Kembali