13 November 2010

Miles Teves - Pereka Hebat Hollywood

Miles Teves sejak kecil lagi dah mula melukis, mengukir dinosaur daripada tanah liat dan buat video stop motion guna kamera Super-8. Banyak dipengaruhi oleh cerita sci-fi klasik zaman 70-an, muzik heavy metal, komik sera kebudayaan Jepun. Kerjayanya sekarang ialah pelukis, pengukir, pereka karekter dan kostum, konsep artis, pengarah seni, tukang solej kesan khas dan buat lakaran cerita. Banyak hasil kerja beliau dalam filem tak dapat kredit (penghargaan) macam rekaan kostum ( The Chronicles of Riddick dan Batman Forever) dan konsep rekaan makhluk asing (Men In Black). Ni antara hasil kerja beliau yang hebat. 
 Iron Man Helmet Prototype

Robin Suit-Colorful-Web
Captain Barbell Final Suit
 Toad Goblin-The Spiderwick Chronicles
Banyak lagi info dan artwork best Miles Teves ni kat: www.milesteves.com

12 November 2010

Koleksi Interview Dengan Kartunis


Bagi korang yang baru dengan blog AKU SEMPOI maybe tak pernah baca post pasal interview aku dengan Kartunis berbakat Malaysia. Setakat ini hanya 5 orang yang berjaya di temubual. Insyaallah, di masa akan datang lebih banyak interview akan dilakukan. Disini senarai kartunis yang telah ditemubual, kalau nak baca apa yang aku tanya pada diorang korang klik jer NAMA diorang ok. Have fun. Peace!!






Sape yang ada Facebook tu sila "like: post ni ok. Thanks you!!

11 November 2010

Semua Pasal TRON x Daft Punk

Daft Punk x Medicom Toy x TRON: Legacy Toys


Medicom Toy telah bekerjasama dengan Disney dan duo muzik dance dari Perancis, Daft Punk untuk menghasilkan mainan (collectible toys) untuk filem yang akan datang iaitu TRON: Legacy. Ia merupakan rekaan mini dalam versi Kubrick dan RAH (Real Action Hero). Rekaan pakaian ialah trademark TRON manakala helmet ialah trademark Daft Punk. Dapatkan model aksi ini keluaran Medicom Toys di http://www.actioncity.my/

Tron: Legacy OST 'The Game Has Changed' Oleh Daft Punk

OST Sountrack ni release pada 7 Disember 2010 dan serentak pelancaran filem ni. Check it out!!

 

Poster Rasmi TRON: Legacy OST Daft Punk 


Maklumat filem di : http://disney.go.com/tron/

09 November 2010

Artwork Cambest - Lukisan Pensil 3D




 
Ini merupakan sebahagian karya daripada Fredo iaitu seorang pelukis yang meminati gaya lukisan pensil 3 Dimensi. Biarpun hanya lukisan namun karyanya seolah-olah hidup. Lagi karya daripada Fredo boleh link ke blog dan deviantart beliau.

08 November 2010

Lubuk Mainan Di XL Shop


Cakap banyak pun tak guna, bagi yang meminati model aksi dari luar negara seperti Hot Toys, Tood Mc Farlane, Star Wars dan bermacam-macam lagi disini tempatnya. Tanpa perlu risau pasal ketulenan sebab mainan dan model aksi disini adalah original dan mempunyai sijil asli. Jom surf laman web diorang dan order mana yang berkenan, penuhkan rak-rak di bilik anda dengan model aksi cambest.

Ni ada kerja kosong untuk sape yang berminat :

(double click to enlarge)

Hak Penggiat dan Pelaku Muzik Dengan PRISM


PRISM bermaksud Performers and Artiste Rights (M) Sdn Bhd yang merupakan idea asal oleh Dato' A.Rahman Hassan dan beberapa lagi pengiat seni dalam industri adalah sebuah badan yang berjuang selama ini untuk mempertahankan hak-hak pelaku seni/pemuzik tanahair. Ditubuhkan pada 2001, agenda utama mereka ialah untuk memungut dan mengagihkan royalti pelaku industri muzik. Jika diamati penyataan tersebut, tidak mustahil yang pemuzik pun bakal mendapat pembelaan yang sama seperti mana artis atau penyanyi itu sendiri! Terma 'pelaku industri' bukan bermaksud hanya satu dua individu tetapi lebih kepada komuniti besar yang mengerakkan industri ini. Ini termasuk lah yang bekerja di belakang tabir iaitu sessionist. Lebih lanjut di laman web PRISM .

Sumber daripada: ROTTW MAG Mac 2005.



Bio: Cari Makan Dengan Graffiti


Bio ialah nama dari Wilfredo Feliciano yang lahir pada 20 April 1966 dan mula melukis graffiti di subway New York sejak tahun 1980. Dia adalah antara pengasas group terkenal Tats Cru 'The Mural Kings'. Group ini diasaskan bersama Brim dan Mack yang pada mulanya dikenali dengan nama T.A.T Cru. Bio telah banyak melukis dalam filem-filem besar , banyak video muzik yang mempamerkan kerjanya di seluruh dunia. Dengan graffiti pun dia boleh cari makan. Korang lak? Layan hasil kerja Bio. Peace!!



07 November 2010

Rolling Stones 'The '90s: The Inside Stories From the Decade that Rocked'

'The '90s: The Inside Stories From the Decade that Rocked', adalah sebuah release buku daripada majalah terkenal Rolling Stone yang dikompilasikan dengan artikel sepanjang tahun 1990-an. Ianya membawa kita semula tahun dimana  grunge, alternative rock, britpop dan  gangsta rap mendapat sambutan hebat disamping jualan album yang besar. Buku ini turut memaparkan interview eksklusif bersama  Kurt Cobain, hanya 3 bulan sebelum beliau ditemui mati. Banyak artikel melibatkan pergaduhan, dadah , pembunuhan turut dipaparkan. Juga ditampilkan dalam buku ini ialah Dr. Dre dan Snoop Dogg. Pelbagai lagi artikel menarik di dalam buku ini. Bagi yang minat boleh la order secara online. Tak pasti sama ada koleksi ini terdapat di Malaysia atau tidak.

Lagi preview di: Harper Collin's Website
Sumber daripada: Rolling Stones

Komik Keluang Man Kembali