02 Februari 2014

Komik Keluang Man Kembali


Apa kabar korang semua? Moga sihat selalu. Ini berita yang hendak didengar oleh peminat komik Malaysia khususnya. Komik Keluang Man akan diterbitkan kembali, versi baru dengan komik oleh Mf Ajif salah seorang pelukis yang mantap strokenya. Update terbaru darpada laman page faecebook KELUANG MAN mengesahkan berita ini.

Inilah cover yang begitu menarik, diharap korang menantikan komik Keluang Man ini. Sebarang perkembangan dan maklumbalas boleh hubungi di: Keluang Man's Official Fan Page. http://keluangman.com.my/ http://keluang-man.blogspot.com/  Email: keluangman.com.my@gmail.com


TERUS SOKONG INDUSTRI KOMIK TEMPATAN!!!

31 Januari 2014

10 Contoh Evolusi Logo Ternama

Logo Apple


Seperti yang kita sudah tahu logo ialah identiti yang asas untuk membina jenama dan berkomunikasi dengan target sasaran (audiens) . Banyak jenama korporat terkenal melakukan perubahan logo mereka untuk  pengenalan yang sempurna kerana penciptaan identiti ini bukan suatu aktiviti yang sementara., tetapi satu yang kekal. Untuk post kali ini ayuh kita lihat beberapa logo yang mengalami perubahan logo yang seiring dengan peredaran zaman dan teknologi. Perubahan logo ini memainkan peranan yang besar dalam sesebuah organisasi untuk mencapat target dan misi mereka. Permulaan logo yang digunakan kebiasaannya untuk memperkenalkan syarikat dan membuat perubahan apabila sudah berdiri kukuh dipasaran. Mari kita tengok senarai contoh di bawah. Terima kasih.



Shell - Petroleum


Xerox - Mesin Cetak


BMW - Automotif


Nike - Pakaian


IBM - Komputer


Canon - Fotografi






21 Oktober 2013

10 Rekaan Menarik Lagi Beg Membeli - Belah



Hai korang semua. Maaf lama takde post baru. Kalau sebelum ni korang dah layan koleksi beberapa beg membeli -belah dengan reka bentuk yang sangat kreatif dan bijak yang pasti akan memberi inspirasi kepada korang. Ini ada lagi contoh koleksi cambest beg membeli belah macam yang dulu. Hasil rekaan yang  kreatif pada beg membeli- belah ini diambil daripada pereka seluruh dunia. Dengan reka bentuk beg membeli-belah, ianya mengangkat seni grafik ini sesuai dipadankan dengan pelbagai situasi dan permukaan amnya. Ayuh jom nikmati contoh terbaik beg membeli-belah pada post kali ini.










14 Ogos 2013

10 Contoh Menarik Fotografi Seni Makanan


Makanan adalah sesuatu yang kita ambil untuk pemakanan (kesihatan) dan juga untuk keseronokan. Dalam budaya yang berbeza, makanan begitu banyak dipelbagaikan dari segi kaedah memasak, bahan-bahan dan persediaan. Tidak ada seorang pun yang tidak pernah diberitahu untuk tidak bermain dengan makanan mereka tetapi ini tidak dapat menghentikan minda mereka yang kreatif dan artistik, dan inilah sebab untuk kita lihat beberapa seni yang boleh dimakan yang luar biasa. Korang boleh cuba sendiri tapi jangan sampai menyusahkan orang sekeliling ok. Idea yang kreatif berjaya diterjemahkan ke dalam seni fotografi makanan ini. Diharap korang mendapat sedikit ilmu dan idea. Jom layan lagi 9 gambar di bawah: 













11 Julai 2013

10 Contoh Kulit Komik Menggunakan Rekaan Grafik Menarik


Muka depan (cover) komik kebelakangan ini menampakkan inovasi yang jauh melangkaui tahap rekaan beberapa tahun dahulu. Gabungan pelukis komik dan pereka grafik memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pembaca mendapatkan hasil karya yang terbaik.Hasilnya, terdapat peningkatan dalam penghasilan komik yang telah menggunakan unsur-unsur yang kebanyakannya dikaitkan dengan reka bentuk grafik. Ianya juga telah menyebabkan nafas baru kepada cara komik yang dilihat pada masa kini. Lebih khusus lagi, mereka menambah tahap kecanggihan kepada satu bentuk seni yang digunakan untuk dikaitkan dengan tabiat remaja. Ini penting kerana bercerita dalam komik telah lama berkembang wira-wira yang lalu dan termasuk genre seperti seram, SCI-fi, jenayah dan lain-lain. Berikut ialah beberapa contoh cover koimik yang menarik untuk inspirasi korang.












06 Jun 2013

Boboi - Majalah Komik Stylo Gila!

 Bulan Mei 2013 menyaksikan kemunculan pelbagai majalah kartun komik untuk memeriahkan industri sedia ada. Salah satunya ialah Boboi - Majalah Komik Stylo Gila terbitan Vision Work Sdn. Bhd iaitu syarikat milik Afdlin Shauki. Majalah komik ini memaparkan cerita inspirasi dan adaptasi segala filem yang pernah dan telah dilakonkan oleh kumpulan Boboi. Antaranya seperti Papadom, Along Bukit Beruntung, Pontianak vs Orang Minyak. Barisan kartunis terdiri daripada kartunis Aie, Bophairy, Nik, Mr Smiley, dan ramai lagi. 

Pelancaran telah diadakan pada 31 Mei 2013 di SACC Convention Center , Shah Alam. Ayuh support industri komik kartun tempatan. Teruskan membeli produk berkualiti. Like fan page BOBOI di:

03 Jun 2013

Fuyyoo! - Majalah Kartun Lagenda


Salam sejahtera kepada korang semua. Apa khabar agaknya ek. Semakin meriah industri komik kartun tanahair dengan kehadiran Majalah Fuyyoo! pada pertengahan bulan Mei hari tu.  FUYYOO! terbit sebagai wadah perkongsian hiburan santai dan info berkaitan aktiviti/karya kartunis, animator, komikus, ilustrator dan peminat kartun seluruhnya. Membuka ruang untuk karyawan OTAI dan baru untuk sama-sama mengisi pentas kartun Malaysia yang sebenarnya luas jika kita sendiri terlibat dengan industri ini. Isu pertama dijual dengan harga RM5.90 dan membariskan kartunis hebat seperti Belitong, Zainal Buang Hussein, Lat, Nipah, Duku dan ramai lagi lah. Harap korang terus support Majalah Fuyyoo! ini. Jangan lupa like fan page di: https://www.facebook.com/pages/Majalah-Fuyyoo/252094461598873

Komik Keluang Man Kembali