Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

12 Februari 2013

10 Contoh Fotografi Titik (Polka Dot)


Polka dot merupakan corak reka bentuk yang biasa, begitu popular pada tahun 1940- 1950 an. Titik diletakkan dalam jarak yang sempurna antara satu sama lain dan seterusnya membentuk reka bentuk simetri yang menenangkan. Mulanya corak tipikal yang digunakan dalam pakaian dan pelbagai jenis fabrik. Tetapi sekarang, corak polka dot telah melampaui sempadan dan menjadi tema kegemaran jurugambar juga.









Semua gambar-gambar yang disenaraikan dalam artikel ini telah diambil oleh jurugambar profesional supaya ia pasti memperkayakan pengetahuan korang mengenai subjek ini. Tema polka dot memberi peluang kepada jurugambar untuk bereksperimen dengan warna yang pelbagai yang terdiri daripada warna-warna hitam dan putih atau cerah dan mencuba gaya yang berbeza juga. Layan gambar yang disediakan untuk post kali ini. Enjoy!!

12 Ogos 2012

Komik Aku, Dia dan Bujang di Pesta Buku Perlis 2012


Pada 23 hingga 28 Julai 2012 yang lalu telah berlangsungnya Pesta Buku Perlis 2012 yang bertempat di Dewan 2020 Kangar. Pesta Buku kali ini merupakan penganjuran untuk tahun yang ke-10. Kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan Komik Aku, Dia dan Bujang Volume 2 yang merupakan kesinambungan kepada volume satu yang dijal pada bulan Mac lalu. Sepanjang seminggu berada di pesta buku ini sebanyak 48 buah komik edisi terhad cetakan pertama telah berjaya dirembat oleh mereka yang meminati kartun tanah air.

Kebanyakkan darpada mereka adalah budak sekolah, ini petanda baik terhadap industri kartun komik tanahair. Tidak lupa kepada warga kerja Visi Kreatif yang sudi memberi tempat kepada aku untuk menumpang dan mempromosikan komik aku. Berikut antara gambar sempat dirakan sepanjang pesta buku tersebut.




Diharap korang berpuas hati dengan post aku kali ini. Bagi mereka yang ingin membeli komik aku, dia dan bujang volume 1 dan volume 2 bolehlah emel kepada: akunapie@yahoo.com atau add aku di fb: www.facebook.com/napie007

28 Mei 2012

AKU DIA DAN BUJANG VOLUME 2 BAKAL TERBIT



Bagi korang yang mengikuti perkembangan aku selalu pasti dah tahu komik Bujang dan pada yang tak tahu korang boleh like di www.facebook.com/bujangkartun dan follow di bujangkartun.blogspot.com. Sebelum ini aku telah hasilkan Aku, Dia dan Bujang Volume Satu sebanyak 30 set dan Bujang & Kawan-kawan sebanyak 20 set untuk seluruh Malaysia. Kesemuany telah habis dijual dimana kawan-kawan banyak emnyokong dan membeli pakej yang telah disediakan.


Oleh sebab permintaan dan pertanyaan, maka edisi volume dua akan keluar tidak lama lagi dengan artwork yang lebih kemas, panel yang teratur serta kualiti yang terbaik, aku jamin. Tapi masih dalam perancangan apa yang akan disertakan dalam pakej tersebut. Jika sebelum ini, korang akan dapat komik, bookmark, sticker, sketch pad tapi untuk edisi akan datang mungkin akan bagi benda lain pulak yer. Harap korang terus memberi sokongan. Yang nak hantar kartun pun boleh. Emelkan jer kat: akunapie@yahoo.com.




03 November 2010

Aku Sempoi Fan Page Cecah 1000++ Member Like

Sekalung terima kasih yang telah menyokong blog aku ni yang tak seberapa ni. Akhirnya dah  mencecah 1000 orang 'Like' fan page AKU SEMPOI. Suatu pencapaian yang agak besar selama ber 'blog' ing ni walaupun follower kat blog ni belum sampai 100 orang. Ini pun dah kira ok sebab ramai yang mempunyai akaun Facebook berbanding akaun Google sekarang ni. Thanks gak kepada geng-geng AKUBUDAKSENI.COM yang support dan menjalinkan kerjasama yang best-best. So, kepada yang korang belum join fan page boleh la 'Like' ramai-ramai ok. Jangan lupa view blog ni selalu sebab aku akan sentiasa update setiap hari. Insyaallah.

17 April 2009

Kejayaan Lalu Diingati Kembali

Macam pernah tengok je komik ni kan kat mana2 kedai mamak mahupun kedai buku ternama. Percaya ataupun tidak karya aku turut dimuatkan dalam komik kompilasi bakat baru komik malaysia 2005 ni. Mesti korang tertanya pasal apa baru sekarang aku review dalam blog ni. Jawapannya aku start blog tahun 2008 dan saja nak kembalikan memori sewaktu menyertai pertandingan yang terhebat di Malaysia setakat ni.

Ni antara nama peserta yang berjaya ke peringkat akhir, termasuk karya aku yang tak seberapa 2, diorang ni sekarang dah berjaya menjadi pelukis komik dan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya. Akhirnya karya aku berjaya mendapat tempat pertama kategori komik strip bawah 18 tahun dengan karya Handphone.

Karya ni aku hasilkan setelah mendapat idea daripada melihat kawan2 yang gilakan handphone time 2. Dengan sedikit unsur humor dan mudah difahami akhirnya berjaya mendapat tempat pertama. Karya ni terpilih daripada 3 karya yang aku hantar, maybe juri lebih berkenan dengan karya ni. Bila teringat kembali, kadang-kadang aku terfikir juga adakah aku mampu mengulangi kejayaan lalu...peace!!

Komik Keluang Man Kembali