Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blog. Papar semua catatan

16 Februari 2013

10 Rekaan Menarik Kad Bisnes Plastik

Kad perniagaan (bussiness card) digunakan oleh golongan amatur dan profesional di mana mereka berkongsi beberapa maklumat penting dengan bakal pelanggan supaya pelanggan boleh menghubungi mereka dengan mudah. Walau bagaimanapun, teknik  promosi ini digunakan oleh semua profesional yang terlibat dalam pelbagai jenis profesion atau perniagaan. Oleh itu, pengguna kad perniagaan perlu memastikan bahawa kad perniagaan yang kreatif dan menarik supaya ia membuat kesan yang baik kepada pelanggan atau kenalan untuk menyimpan kad perniagaan. Salah satu gaya terkini di dalam kad perniagaan yang adalah menjadi ikutan hari ini adalah kad perniagaan yang telus plastik (transparent) di mana kesan yang berbeza boleh dicetak mudah. Selain itu, bahan-bahan plastik adalah lebih tahan lama dan pasti alternatif yang mesra alam.

Untuk isu kali ini ayuh kita layan 10 contoh menarik kad bisnes daripada plastik. Semoga ianya memberi idea dan inspirasi kepada pereka grafik di luar sana yang kadang-kadang kekeringan idea yang best. Enjoy!!!











31 Januari 2013

Cara Mudah View Dokumen Secara Online

View Docs Online adalah satu laman web yang membolehkan korang untuk melihat jenis dokumen yang paling biasa dalam cara yang mudah dan cepat. Semua orang boleh menggunakan kelebihan ini satunya perkara yang anda perlukan adalah pelayar yang disambungkan ke Internet!. Antara kelebihan laman web ini ialah:

-Korang dapat melihat dokumen anda dengan mana-mana komputer disambungkan kepada Internet (di rumah, di kafe siber, di sekolah, dan sebagainya) tanpa perlu memasang apa-apa perisian,
-Berkongsi dokumen anda dalam pelbagai cara (e-mel, rangkaian sosial, forum, dll),
-Menukar dokumen anda dalam format PDF.

Jadi gunakan kelebihan teknologi semaksima mungkin untuk kebaikan bersama. Harap korang enjoy post kali ini. Layari: http://www.viewdocsonline.com/ untuk lebih detail ok. :)



12 Ogos 2012

Komik Aku, Dia dan Bujang di Pesta Buku Perlis 2012


Pada 23 hingga 28 Julai 2012 yang lalu telah berlangsungnya Pesta Buku Perlis 2012 yang bertempat di Dewan 2020 Kangar. Pesta Buku kali ini merupakan penganjuran untuk tahun yang ke-10. Kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan Komik Aku, Dia dan Bujang Volume 2 yang merupakan kesinambungan kepada volume satu yang dijal pada bulan Mac lalu. Sepanjang seminggu berada di pesta buku ini sebanyak 48 buah komik edisi terhad cetakan pertama telah berjaya dirembat oleh mereka yang meminati kartun tanah air.

Kebanyakkan darpada mereka adalah budak sekolah, ini petanda baik terhadap industri kartun komik tanahair. Tidak lupa kepada warga kerja Visi Kreatif yang sudi memberi tempat kepada aku untuk menumpang dan mempromosikan komik aku. Berikut antara gambar sempat dirakan sepanjang pesta buku tersebut.




Diharap korang berpuas hati dengan post aku kali ini. Bagi mereka yang ingin membeli komik aku, dia dan bujang volume 1 dan volume 2 bolehlah emel kepada: akunapie@yahoo.com atau add aku di fb: www.facebook.com/napie007

24 Mei 2012

Cash Out Nuffnang Punya Earning


Sudah lama tak bukak laman Nuffnang dan jarang update profile, tapi baru-baru ni bila tengok ada duit yang boleh ditunaikan. Jadi tunggu apa lagi, walaupun tak banyak tapi boleh juga guna kan. Last aku cash out rasanya pada tahun lepas, mungkin orang tak berapa minat nak melayari blog-blog aku seperti ini. Namun blog Oh Napie mendapat sambutan yang hangat dan jumlah pageviewnya menyamai blog AKU SEMPOI ini. Ramai yang suka tengok gambar dari membaca agaknya. Inilah post aku untuk kali ini. Jom cash out Nuffnang dan pikir nak beli apa pulak ye. Layan!!!!

23 Mei 2012

LAYAN KARTUN KOMIK MALAYSIA DI FACEBOOK


Bagi pengemar, penyokong dan pembeli komik buatan Malaysia ini ada berita baik punya untuk korang semua. Seorang peminat kartun komik tempatan juga seorang pengumpul majalah lama telah berbesar hati berkongsi segala koleksi yang beliau ada untuk korang semua layan iaitu saudara Azahari. Laman facebook "Kartun Malaysia" ini turut menarik minat beberapa orang pelukis komik tanah air untuk mengimbau kembali kenangan mereka semsa dengan beberapa penerbitan majalah yang telah dihentikan atas sebab tertentu. Selain koleksi majalah lama seperti Ujang, Batu Api, Geli Hati dan Gila-Gila, terdapat juga updates tentang beberapa penerbitan majalah yang akan datang disamping komik-komik terbaru buatan anak tempatan.




Bagi pengemar, penyokong dan pembeli komik buatan Malaysia ini ada berita baik punya untuk korang semua. Seorang peminat kartun komik tempatan juga seorang pengumpul majalah lama telah berbesar hati berkongsi segala koleksi yang beliau ada untuk korang semua layan iaitu saudara Azahari. Laman facebook "Kartun Malaysia" ini turut menarik minat beberapa orang pelukis komik tanah air untuk mengimbau kembali kenangan mereka semsa dengan beberapa penerbitan majalah yang telah dihentikan atas sebab tertentu. Selain koleksi majalah lama seperti Ujang, Batu Api, Geli Hati dan Gila-Gila, terdapat juga updates tentang beberapa penerbitan majalah yang akan datang disamping komik-komik terbaru buatan anak tempatan. Layari; http://www.facebook.com/pages/Kartun-Malaysia/307123699304972

28 Jun 2011

Cara Mudah Tingkat Trafik Blog II


Korang pernah join mana-mana laman ping kan, tapi hasilnya masih belum memberangsangkan. Ini mungkin disebabkan bahasa yang digunakan dimana laman tersebut berbahasa inggeris tetapi blog korang berbahasa Melayu. Atas kesedaran pertukaran trafik yang adil, maka lahirlah laman ping dari Malaysia iaitu www.ping.busuk.org. Korang hanya perlu login menggunakan facebook dan submit post terbaru korang. Senang bukan? Jadi selamat mencuba ok :)


Alternatif lain korang boleh gunakan laman seperti www.apesal.com dimana fungsinya lebih kurang sama dengan www.ohbelog.com yang dibincangkan dalam post sebelum ini. Sila klik SINI. Web ini aku join untuk laman blog aku yang kedua iaitu OHNAPIE. Biarpun baru beberapa post yang disubmit namun hasilnya amat menggalakkan. Paparan dibawah ialah trafik yang datang ke blog tersebut dan refer dari laman ping.busuk.org dan www.apesal.com ini. Selamat mencuba dan komen post ini jika ianya membantu korang :)


27 Jun 2011

Cara Mudah Tingkat Trafik Blog


Ramai follower belum tentu mengambarkan trafik yang tinggi ke blog korang pada setiap orang. Ini kerana follower yang ada bukan semua rajin untuk blogwalking ke blog lain. Jadi pada post kali ini aku ingin berkongsi salah satu laman web yang menawarkan trafik yang tinggi berdasarkan post korang yang menarik perhatian. Apa kata korang mencuba www.ohbelog.com . Laman web ini menawarkan beberapa fungsi yang adil diantara semua blogger yang menyertainya dimana korang perlu meletak widget diorang dan mereka akan paparkan post korang di laman ini.

Ini merupakan stat blog AKU SEMPOI setelah beberapa menyertai ohbelog.com ini. Ternyata trafik yang datang ke blog ini agak tinggi berbanding biasa dimana peningkatan sebanyak 620% berbanding biasa. Aku pasti korang pun teringin nak join dan dapat membantu trafik ke blog disamping klik-klik iklan di laman blog korang tu.
Ini pula e-referrer daripada laman web ohbelog yang banyak membantu menaikkan traffik ke blog AKU SEMPOI. Korang tunggu apa lagi, ayuh mencuba di laman web ohbelog.com ni. Sila tinggalkan komen jika post ini membantu dan memberi idea kepada korang :)

10 April 2011

Lagi Review AKU BUDAK SENI


Belum lagi reda dengan review di Majalah By U bulan ini, kini komuniti A.B.S (AKU BUDAK SENI) turut direview oleh seorang penggemar seni tanah air. Sekalung ucapan terima kasih kepada tuan punya blog kerana sudi membuat review yang panjang lebar berkaitan aktiviti A.B.S ini. Diharap korang juga dapat menyokong komuniti ini di Facebook dan website kitorang ok. Lagi review pasal A.B.S ini sila klik link ini>>
http://astarawistana-momoi.blogspot.com/2011/04/komuniti-akubudakseni.html
Website AKU BUDAK SENI: www.akubudakseni.tk
Facebook Group: search  Akubudakseni.

12 Mac 2011

Semuanya Tentang Misai


Sebut jer misai pasti korang terbayang misai pada wajah lelaki atau korang sendiri kan.  Ianya kini sudah menjadi salah satu daripada subjek untuk dijadikan sebagai rekaan-rekaan hebat berinspirasikan misai. Aku rasa korang macam tak berapa faham lagi kan, oleh itu meh layan antara artwork yang menjadikan misai sebagai subjek matter dalam berkarya. Harap korang mendapat sedikit inspirasi dalam berkarya daripada post oleh aku pada kali ini. Peace!!

(T-shirt design)

(Pembuka tudung botol)

(Stokin Misai)

(Magnet Misai)


Lagi karya dan barangan berkaitan misai ni korang boleh layan lagi di laman blog:

09 Januari 2011

Semua Tentang Kitar Semula


Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, menggurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluarangas rumah hi berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah.
Suka kitar semula merupakan satu lagi blog oleh aku untuk tesis projek semester akhir pengajian. Blog ini memaparkan segala maklumat, produk, design dan apa sahaja yang berkaitan kitar semula. Harap korang dapat menyokong aktiviti murni aku ni. Santai saja ke blog suka kitar semula di: http://sukakitarsemula.blogspot.com/. Dan yang ada Facebook boleh like di fan page SUKA KITAR SEMULA. Thanks you!!

07 November 2010

Rolling Stones 'The '90s: The Inside Stories From the Decade that Rocked'

'The '90s: The Inside Stories From the Decade that Rocked', adalah sebuah release buku daripada majalah terkenal Rolling Stone yang dikompilasikan dengan artikel sepanjang tahun 1990-an. Ianya membawa kita semula tahun dimana  grunge, alternative rock, britpop dan  gangsta rap mendapat sambutan hebat disamping jualan album yang besar. Buku ini turut memaparkan interview eksklusif bersama  Kurt Cobain, hanya 3 bulan sebelum beliau ditemui mati. Banyak artikel melibatkan pergaduhan, dadah , pembunuhan turut dipaparkan. Juga ditampilkan dalam buku ini ialah Dr. Dre dan Snoop Dogg. Pelbagai lagi artikel menarik di dalam buku ini. Bagi yang minat boleh la order secara online. Tak pasti sama ada koleksi ini terdapat di Malaysia atau tidak.

Lagi preview di: Harper Collin's Website
Sumber daripada: Rolling Stones

27 Februari 2010

Aku Sempoi Fan Club

Thanks kepada korang yang sudi menjadi peminat kepada blog aku yang tak seberapa ni. Kalau sebelum ni hanya yang ada blog jer yang boleh jadi follower tapi sekarang yang ada Facebook pun boleh join jadi peminat. Sebarang cadangan, idea dan kritikan berkenaan wajah baru blog ini dialukan daripada kawan-kawan semua. Lawat Aku Sempoi di Facebook dan bagi sokongan ok.Peace!!

13 April 2009

Top 5 Photoshop Tutorial Website

Aku nak share dengan kawan2 antara laman web yang aku masuk untuk belajar macam2 tentang photoshop ni. Selain daripada youtube yang terhad sumbernya, kita leh juga belajar dari website yang ada khas untuk tutorial photoshop ni. Ni top 5 website yang selalu aku ikuti. Just klik kt logo 2.



Ni adalah website dengan bilangan toturial yang best2 dan top quality artikel gak. Post baru pada setiap hari juga dengan bonus tutorial dan file yang boleh didownload.



Website ni tidak mempunyai koleksi tutorial yang banyak tapi try layan jugak sebab produk yang dihasilkan merupakan yang berkualiti.




Website ni pulak adalah kolaborasi pengguna dengan pelbagai gaya dan peringkat kemahiran masing2, tutorial juga taklah banyak sangat tapi boleh la nak try pe yang baru dalam website ni.



Yang ni merupakan website yang cukup dikenali oleh peminat photoshop, keran turut menyediakan tutorial dalam fotografi dan web design. Step yang ditunjukkan mudah difahami serta video yang berkualiti.




Tutorial yang berkualiti dan menjadi inspirasi untuk korang ada dalam website ni, juga sesuai untuk projek photoshop yang best2. Tapi kelemahannya jarang di update dengan post2 baru. Apapun korang masih bolh try dengan trick2 yang best dan berguna.

Komik Keluang Man Kembali