Memaparkan catatan dengan label kartunis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kartunis. Papar semua catatan

02 Februari 2014

Komik Keluang Man Kembali


Apa kabar korang semua? Moga sihat selalu. Ini berita yang hendak didengar oleh peminat komik Malaysia khususnya. Komik Keluang Man akan diterbitkan kembali, versi baru dengan komik oleh Mf Ajif salah seorang pelukis yang mantap strokenya. Update terbaru darpada laman page faecebook KELUANG MAN mengesahkan berita ini.

Inilah cover yang begitu menarik, diharap korang menantikan komik Keluang Man ini. Sebarang perkembangan dan maklumbalas boleh hubungi di: Keluang Man's Official Fan Page. http://keluangman.com.my/ http://keluang-man.blogspot.com/  Email: keluangman.com.my@gmail.com


TERUS SOKONG INDUSTRI KOMIK TEMPATAN!!!

06 Jun 2013

Boboi - Majalah Komik Stylo Gila!

 Bulan Mei 2013 menyaksikan kemunculan pelbagai majalah kartun komik untuk memeriahkan industri sedia ada. Salah satunya ialah Boboi - Majalah Komik Stylo Gila terbitan Vision Work Sdn. Bhd iaitu syarikat milik Afdlin Shauki. Majalah komik ini memaparkan cerita inspirasi dan adaptasi segala filem yang pernah dan telah dilakonkan oleh kumpulan Boboi. Antaranya seperti Papadom, Along Bukit Beruntung, Pontianak vs Orang Minyak. Barisan kartunis terdiri daripada kartunis Aie, Bophairy, Nik, Mr Smiley, dan ramai lagi. 

Pelancaran telah diadakan pada 31 Mei 2013 di SACC Convention Center , Shah Alam. Ayuh support industri komik kartun tempatan. Teruskan membeli produk berkualiti. Like fan page BOBOI di:

19 Februari 2013

Komik Gelabah Volume 2 Lagi Syok




Apa khabar korang semua? Untuk post kali ni aku nak bagitau yang Komik Gelabah akan keluar isu 2 pulak. Sebelum ini dah keluar isu 1 pada yang tak tau lagi la. Untuk komik isu 2 beberapa orang telah berminat untuk berkarya dengan kartun yang semakin gempak dan menawan. Isu ini turut menapilkan beberapa bakat baru yang berani menonjolkan diri. Selain itu diselitkan beberapa artikel yang  menarik di samping percuma kalender mini yang menarik. Sebarang updates korang boleh layan di fb: www.fb.com/komikgelabah. Harap korang support hasil seni anak tempatan. Terima kasih.

13 Februari 2013

20 Contoh Artwork Menarik Superhero


Siapa antara kita tidak mengalami keseronokan membaca komik superhero kegemaran masing-masing, ketika pertama kali membaca atau selepas kali pertama menonton di tv? Siapa antara kita tidak mengalami keseronokan apabila seronok membaca bagaimana superhero diminati datang dan menyelamatkan dunia daripada cengkaman kuasa-kuasa gelap jahat? Ya, kita cenderung untuk melupakan keghairahan itu apabila kita semakin meingkat usia tetapi anak-anak kita masih merasakan dengan cara yang sama apabila mereka membaca komik mereka. Ini adalah sebab mengapa kanak-kanak suka bilik mereka dihiasi dengan imej wira-wira. Selain itu, ia tidak akan salah untuk membuat kesimpulan bahawa walaupun kita orang dewasa masih terpesona dengan cerita superhero mungkin tidak banyak membaca tetapi dalam menonton. Kejayaan filem-filem seperti The Dark Knight dan The Amazing Spider-Man membawa kita kepada hakikat ini. Untuk post kali ini meh layan 20 contoh artwork oleh mereka yang benar minat dengan superhero.




















P/S: Artwork diatas diambil tanpa kebenaran perngkarya untuk tujuan berkongsi idea sahaja. Korang jangan copy untuk tujuan lain pula ok :)

09 Februari 2013

Majalah Fitrah -Bacaan Santai Berilmiah


Salam semua. Apa khabar yer, lama juga tak update sampai orang ingat blog ni dah mati. Okeh untuk post kali ini aku tampilkan citer pasal majalah baru di pasaran iaitu Majalah Fitrah. Majalah Fitrah berkonsepkan siri komik islamik dan info untuk mendidik jiwa remaja. Cover jilid pertama dilukis oleh saudara Athool dan didalamnya terdapat beberapa pengisian yang menarik. Meh tengok previewnya sikit:



Selain menyiarkan artikel yang menarik yang aku rasa tak semua orang tahu, majalah ini turut menyelitkan komik yang memang sesuai untuk semua golongan. Ini dapat menarik golongan muda untuk mendampingi malajah ini. Edisi perdana majalah ni boleh didapatkan di semua kedai buku bermula bulan Januari lepas lagi. Majalah ini diterbitkan secara jilid dan kena tunggu lama sikit untuk isu kedua nanti. Jangan lupa like FB majalah ini di: http://www.facebook.com/majalah.fitrah.5 .


03 Oktober 2012

Jom Lukis Kartun Cara Kartunis Kia


Apa khabar korang semua? Untuk post kali ini kita akan belajar melukis cara kartunis Kia. Beliau merupakan seorang kartunis yang agak low profile, stroke kartunnya mempunyai style tersendiri. Selain kartun, Kia turut menghasilkan karikatur. Korang boleh ikut step yang disediakan ini. Sebarang komen dan idea boleh emelkan ke: akunapie@yahoo.com. Layan!!!









TERIMA KASIH KEPADA KARTUNIS KIA. TERUS MELUKIS :)

10 September 2012

Sekitar Pameran Kartun Zunar - Galeri Shah Alam

Bertempat di Galeri Shah Alam telah berlangsungnya pameran kartun politikal oleh kartunis Zunar bermula pada 1 hingga 9 September 2012. Sebanyak 150 hasil karya kartun Zunar termasuk dalam suratkhabar, komik dan beberapa krya yang belum pernah tersiar telah dpamerkan disini. Selain berpeluang mendengar ppenerangan oleh Zunar, terdapat beberapa aktiviti lain seperti jualan t-shirt, komik dan karikatur. Semalam merupakan hari terakhir pameran ini. Jom kita layan beberapa gambar menarik ini, enjoy!!!






 Komik yang diharamkan

 Tshirt turut dijual

 Pelbagai barangan seperti komik dijual

 Karikatur Pantas RM5 Sahaja

Hari terakhir diserikan dengan kehadiran YB Nurul Izzah Anwar

25 Ogos 2012

10 Contoh Ruang Kerja Untuk Freelancer


Mencari ruang kerja bebas yang dihuraikan dan pejabat kreatif adalah menyeronokkan dan oleh itu aku tunjukkan beberapa contoh ruang kerja kreatif namun mewujudkan ruang kerja itu memerlukan banyak pemikiran dan usaha. Ruang kerja harus bagus, selesa dan mudah bebas kekusutan iaitu; dan korang tidak perlu menjadi state-of-the-art untuk mewujudkan satu tempat kerja yang bagus produktif. Di sini, aku tunjukkan ruang kerja bebas dan kreatif. Harap korang enjoy dan dapat inspirasi untuk hasilkan ruang camni di rumah atau pejabat korang tu :)












Komik Keluang Man Kembali