Bulan Mei 2013 menyaksikan kemunculan pelbagai majalah kartun komik untuk memeriahkan industri sedia ada. Salah satunya ialah Boboi - Majalah Komik Stylo Gila terbitan Vision Work Sdn. Bhd iaitu syarikat milik Afdlin Shauki. Majalah komik ini memaparkan cerita inspirasi dan adaptasi segala filem yang pernah dan telah dilakonkan oleh kumpulan Boboi. Antaranya seperti Papadom, Along Bukit Beruntung, Pontianak vs Orang Minyak. Barisan kartunis terdiri daripada kartunis Aie, Bophairy, Nik, Mr Smiley, dan ramai lagi.
Memaparkan catatan dengan label best. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label best. Papar semua catatan
06 Jun 2013
Boboi - Majalah Komik Stylo Gila!
15 Mei 2013
10 Contoh Rekaan Menarik Pembungkusan Terbaru
Untuk post kali ini kami nak kongsikan 10 contoh koleksi serta reka bentuk pembungkusan yang paling kreatif yang unik serta terkini. Reka bentuk pembungkusan adalah salah satu strategi pemasaran yang paling penting yang tidak harus dipandang ringan. Atas sebab ini, kita fikir untuk merujuk koleksi segar beberapa reka bentuk pembungkusan inspirasi dan kreatif untuk anda. Dengan reka bentuk pembungkusan yang berkesan dan kreatif, produk seseorang boleh menonjol di atas rak butik atau pasaraya, dan ini adalah sebab utama mengapa pelanggan membolehkan pereka mereka untuk mewujudkan apa yang mereka ada di dalam fikiran mereka, iaitu, barangan kreatif yang melampau dan terbaik. Jom layan contoh-contoh ini. Enjoy!!
08 Mei 2013
Cayalah! - Komik Dakwah Menyerlah
Salam dan apa khabar korang semua? Ok untuk post kali ini kita cerita sikit pasal komik terbaru dipasaran Malaysia. Komik Dakwah Menyerlah Cayalah! adalah projek terbaru kartunis Rose-man bersama rakan kartunis lain yang join seperti Alif Firdaus, Duku dan ramai lagi. Konsep komik ini ialah dakwah yang mengajak pembaca melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian. Selain itu terdapat artikel menarik yang mampu memukau pembaca dengan info-info yang diberi. Harga untuk edisi perdana ini ialah RM5.00 dan mula berada dipasaran pada 7Mei 2013. Ini sedikit preview dalam komik ini.
Amacam, mesti tertarik kan. Jangan lupa mengikutinya setiap bulan. Terus support komik tempatan. Enjoy!!!
27 April 2013
Bujang Edisi ke 3 Paling Sempoi
Apa khabar korang semua? Setelah lama tak update ini post terbaru semamndangkan aku tak sibuk (ceh!). Setelah beberapa tertangguh akhirnya bakal keluar jugak 100% Bujang Kartun. Untuk edisi ini aku masukkan 100% kartun Bujang tanpa ada Aku & Dia seperti sebelum ini. Dengan harga RM6 korang akan dapat komik dan poster bersaiz A3 untuk masa yang terhad sahaja. Diharap korang dapat support aku dan Bujang Kartun :)
Apa-apa boleh komen dan emel ke akunapie@yahoo.com
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih sinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening subuh 19 Julai 2006, han...
-
Ni kira antara permainan yang digemari satu masa dulu. Teringat time petang lepak2 dengan kawan dan adik beradik untuk main Jutaria ni. Sa...
-
Infographics (infografik) boleh didefinisikan sebagai gabungan grafik dan maklumat serentak untuk memberi info tentang sesuatu perkara. Kin...















