Memaparkan catatan dengan label inspiratiOn. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label inspiratiOn. Papar semua catatan

31 Januari 2014

10 Contoh Evolusi Logo Ternama

Logo Apple


Seperti yang kita sudah tahu logo ialah identiti yang asas untuk membina jenama dan berkomunikasi dengan target sasaran (audiens) . Banyak jenama korporat terkenal melakukan perubahan logo mereka untuk  pengenalan yang sempurna kerana penciptaan identiti ini bukan suatu aktiviti yang sementara., tetapi satu yang kekal. Untuk post kali ini ayuh kita lihat beberapa logo yang mengalami perubahan logo yang seiring dengan peredaran zaman dan teknologi. Perubahan logo ini memainkan peranan yang besar dalam sesebuah organisasi untuk mencapat target dan misi mereka. Permulaan logo yang digunakan kebiasaannya untuk memperkenalkan syarikat dan membuat perubahan apabila sudah berdiri kukuh dipasaran. Mari kita tengok senarai contoh di bawah. Terima kasih.



Shell - Petroleum


Xerox - Mesin Cetak


BMW - Automotif


Nike - Pakaian


IBM - Komputer


Canon - Fotografi






11 Julai 2013

10 Contoh Kulit Komik Menggunakan Rekaan Grafik Menarik


Muka depan (cover) komik kebelakangan ini menampakkan inovasi yang jauh melangkaui tahap rekaan beberapa tahun dahulu. Gabungan pelukis komik dan pereka grafik memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pembaca mendapatkan hasil karya yang terbaik.Hasilnya, terdapat peningkatan dalam penghasilan komik yang telah menggunakan unsur-unsur yang kebanyakannya dikaitkan dengan reka bentuk grafik. Ianya juga telah menyebabkan nafas baru kepada cara komik yang dilihat pada masa kini. Lebih khusus lagi, mereka menambah tahap kecanggihan kepada satu bentuk seni yang digunakan untuk dikaitkan dengan tabiat remaja. Ini penting kerana bercerita dalam komik telah lama berkembang wira-wira yang lalu dan termasuk genre seperti seram, SCI-fi, jenayah dan lain-lain. Berikut ialah beberapa contoh cover koimik yang menarik untuk inspirasi korang.












08 Mei 2013

Cayalah! - Komik Dakwah Menyerlah

 Salam dan apa khabar korang semua? Ok untuk post kali ini kita cerita sikit pasal komik terbaru dipasaran Malaysia. Komik Dakwah Menyerlah Cayalah! adalah projek terbaru kartunis Rose-man bersama rakan kartunis lain yang join seperti Alif Firdaus, Duku dan ramai lagi. Konsep komik ini ialah dakwah yang mengajak pembaca melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian. Selain itu terdapat artikel menarik yang mampu memukau pembaca dengan info-info yang diberi. Harga untuk edisi perdana ini ialah RM5.00 dan mula berada dipasaran pada 7Mei 2013. Ini sedikit preview dalam komik ini.
Amacam, mesti tertarik kan. Jangan lupa mengikutinya setiap bulan. Terus support komik tempatan. Enjoy!!!

22 Februari 2013

Marshable.net - Laman Sosial Malaysia


Korang dah bosan dengan laman sosial sedia ada sekarang ni? Ayuh sertai geng http://www.marshable.net/ yang pastinya sempoi. Laman sosial ini dibangunkan sepenuhnya oleh seorang anak tempatan yang mempunyai visi yang jelas dalam pembangunan laman web sosial. Keistimewaannya laman ini menawarkan tayangan filem baru dan lama untuk tontonan korang semua. Terdapat juga saluran TV dan radio streaming untuk korang layan. Pelbagai topik juga dimuatkan dalam forum ini. Marshable turut mewujudkan ruangan marketplace untuk korang berniaga dan blog untuk korang berceloteh. Jadi tunggu apa lagi, jom daftar percuma jer pun. Layan????

09 Februari 2013

10 Contoh Menarik Fotografi Ikan


Mengambil gambar (snap!) ikan yang sempurna bukanlah satu tugas yang mudah sebagai subjek untuk seseorang jurugambar. Jurugambar perlu sentiasa bersedia kerana mereka tidak mempunyai petunjuk apabila subjek (ikan) akan senyum pada kamera mereka. Lebih-lebih lagi dunia di dalam air pastinya akan memukau jurugambar. Kadang-kadang, gerombolan ikan bersama-sama dengan tumbuh-tumbuhan yang indah membuat suasana yang sempurna untuk mengambil gambar yang cantik.

Untuk post kali ini, kitorang mempersembahkan 10 contoh fotografi ikan oleh jurugambar berpengalaman serata dunia. Jika korang masih  baru untuk genre fotografi ini , maka korang boleh mendapat inspirasi berguna daripada contoh-contoh ini. Nikmati gambar sambil  berkongsi pemikiran korang tentang fotorgafi ikan (marin) ini. Enjoy!!












31 Januari 2013

Cara Mudah View Dokumen Secara Online

View Docs Online adalah satu laman web yang membolehkan korang untuk melihat jenis dokumen yang paling biasa dalam cara yang mudah dan cepat. Semua orang boleh menggunakan kelebihan ini satunya perkara yang anda perlukan adalah pelayar yang disambungkan ke Internet!. Antara kelebihan laman web ini ialah:

-Korang dapat melihat dokumen anda dengan mana-mana komputer disambungkan kepada Internet (di rumah, di kafe siber, di sekolah, dan sebagainya) tanpa perlu memasang apa-apa perisian,
-Berkongsi dokumen anda dalam pelbagai cara (e-mel, rangkaian sosial, forum, dll),
-Menukar dokumen anda dalam format PDF.

Jadi gunakan kelebihan teknologi semaksima mungkin untuk kebaikan bersama. Harap korang enjoy post kali ini. Layari: http://www.viewdocsonline.com/ untuk lebih detail ok. :)



07 Januari 2013

10 Contoh Terbaik Seni Dari Kertas



Ramai di antara kita menganggap penggunaan kertas hanya untuk  menulis nota ataupun melukis. Namun bagi mereka yang kreatif akan  menggunakan medium ini untuk membawa kreativiti mereka ke tahap yang seterusnya. Di sini, aku share  beberapa contoh yang sangat baik untuk inspirasi anda.  Kertas merupakan satu medium yang murah dan hampir semua orang boleh menggunakan dan mengakses. Bercakap tentang seni kertas, ia adalah satu kawasan yang pernah berkembang bahawa pereka meneroka hari demi hari.










Harap korang enjoy post pertama pada tahun 2013 ini. Apa-apa komen boleh emel ke akunapie@yahoo.com okay.Peace!!!!!!

18 November 2012

10 Contoh Resume Kreatif Untuk Inspirasi



Sebut saja resume pasti terbayang set lengkap mengenai diri korang termasuk latar belakang, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya. Aku yakin resume korang mesti bertaip penuh skema kan. Tahukah korang pada masa kini resume bergrafik semakin diterima untuk dinilai oleh sesebuah syarikat. Kita sebagai orang yang terlibat dalam bidang seni perlulah lebih kreatif agar inaya menyampaikan juga maksud resume kepada bakal bos kita nanti. Untuk post kali ini aku kongsikan beberapa resume kreatif untuk layanan korang juga inspirasi. :) Peace!!










Komik Keluang Man Kembali