Memaparkan catatan dengan label KOMIK DAN KERJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOMIK DAN KERJA. Papar semua catatan

12 Ogos 2012

KOMIK AKU, DIA DAN BUJANG CECAH 130 BUAH LEBIH



Pada minggu lepas jualan komik aku iaitu Aku, Dia dan Bujang volume satu (termasuk repackaged), Bujang dan Kawan-Kawan (Edisi Penang), Aku , Dia dan Bujang volume dua (termasuk cetakan kedua) secara rasminya telah mencecah hampir 130 buah jualannya dimana setiap keluaran aku buatkan edisi terhad. Terima kasih kepada mereka yang menyokong aku selama ini.







Hanya komik Aku,Dia dan Bujang volume 1 (repackaged) dan Aku, Dia dan Bujang volume dua(cetakan kedua) yang masih ada untuk korang rembat buat masa kini. Untuk projek akan datang aku sedang siapkan 100% BUJANG yang mana akan dijual di Comic Fiesta 2012 dan keseluruhan isi kandungan komik akan diwarnakan untk menarik minat korang membaca. Terima kasih terutama kepada rakan-rakan kartunis yang sudi memberi tips dan panduan penghasilan kartun yang berkualiti. Korang boleh terus like page di: www.facebook.com/bujangkartun untuk sebarang info dan updates terkini komik akan datang.

Komik Aku, Dia dan Bujang di Pesta Buku Perlis 2012


Pada 23 hingga 28 Julai 2012 yang lalu telah berlangsungnya Pesta Buku Perlis 2012 yang bertempat di Dewan 2020 Kangar. Pesta Buku kali ini merupakan penganjuran untuk tahun yang ke-10. Kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan Komik Aku, Dia dan Bujang Volume 2 yang merupakan kesinambungan kepada volume satu yang dijal pada bulan Mac lalu. Sepanjang seminggu berada di pesta buku ini sebanyak 48 buah komik edisi terhad cetakan pertama telah berjaya dirembat oleh mereka yang meminati kartun tanah air.

Kebanyakkan darpada mereka adalah budak sekolah, ini petanda baik terhadap industri kartun komik tanahair. Tidak lupa kepada warga kerja Visi Kreatif yang sudi memberi tempat kepada aku untuk menumpang dan mempromosikan komik aku. Berikut antara gambar sempat dirakan sepanjang pesta buku tersebut.




Diharap korang berpuas hati dengan post aku kali ini. Bagi mereka yang ingin membeli komik aku, dia dan bujang volume 1 dan volume 2 bolehlah emel kepada: akunapie@yahoo.com atau add aku di fb: www.facebook.com/napie007

28 Mei 2012

AKU DIA DAN BUJANG VOLUME 2 BAKAL TERBIT



Bagi korang yang mengikuti perkembangan aku selalu pasti dah tahu komik Bujang dan pada yang tak tahu korang boleh like di www.facebook.com/bujangkartun dan follow di bujangkartun.blogspot.com. Sebelum ini aku telah hasilkan Aku, Dia dan Bujang Volume Satu sebanyak 30 set dan Bujang & Kawan-kawan sebanyak 20 set untuk seluruh Malaysia. Kesemuany telah habis dijual dimana kawan-kawan banyak emnyokong dan membeli pakej yang telah disediakan.


Oleh sebab permintaan dan pertanyaan, maka edisi volume dua akan keluar tidak lama lagi dengan artwork yang lebih kemas, panel yang teratur serta kualiti yang terbaik, aku jamin. Tapi masih dalam perancangan apa yang akan disertakan dalam pakej tersebut. Jika sebelum ini, korang akan dapat komik, bookmark, sticker, sketch pad tapi untuk edisi akan datang mungkin akan bagi benda lain pulak yer. Harap korang terus memberi sokongan. Yang nak hantar kartun pun boleh. Emelkan jer kat: akunapie@yahoo.com.




21 Mac 2012

Sekitar Sesi Santai Bersama Dato' Lat dan Kartunis Malaysia.


Pada 11 Mac 2012 yang lalu, program santai bersama Dato Lat bersama kartunis Malaysia telah diadakan di Hotel The Royale Bintang @ The Curve. Program bertujuan untuk mendekatkan kartunis lama dengan generasi baru disamping berkongsi aktiviti ataupun projek semasa setiap kartunis.Jadi wakil AKU SEMPOI iaitu aku telah berkesempatan ke sana untuk menyibuk dan melihat suasana ketika itu.


 Acara yang dimulakan dengan mendaftar nama sebelum masuk ke dalam dewan untuk sesi santai. Hos pada petang itu ialah En. Azhar Abdullah iaitu presiden pekomik.Sesi turut memberikan penghormatan terakhir kepada kartunis yang telah meninggalkan kita semua melalui slide yang disediakan. Dato' Lat mengambil tempat menceritakan pengalaman beliau disamping kartunis otai turut sama berkongsi cerita. Acara petang itu diakhiri dengan sesi bergambar dan ramah mesra disamping bertukar pendapat dan mencari ruang untuk berkerjasama.


Aku berpeluang untuk promo komik kartun Aku, Dia dan Bujang kepada beberapa orang kartunis. Sememangnya aktiviti ini patut diadakan setiap tahun, kartunis Lemburock mahukan hari tersebut dijadkan Hari Kartunis Malaysia setiap tahun. Apapun sempoi selalu.



05 Julai 2010

Komik UMBRA Kembali - Rekrut Kartunis Diperlukan

Syarikat AKAR CREATIVE sedang merancang untuk menerbitkan semula majalah komik UMBRA (yang pada awalnya diterbitkan oleh pakcik Ubder secara zine dan kemudian diambil alih untuk dijadikan majalah info/komik mainstream), jadi mereka memerlukan penyumbang komik / kartun untuk dimuatkan ke dalam majalah itu.

Syarat-syarat penyertaan (bunyi mcm peraduan la plak):

- Kepada sesiapa yang berbakat dalam penghasilan komik, seni ilustrasi atau sesiapa sahaja yang ingin menceburkan diri buat kali pertama dalam bidang komik. Yang otai pun boleh jugak join, tapi jangan expect payment yang tinggi. Sekadar nak buat part time / mengisi masa lapang ok la.

- Berdedikasi dan dapat siapkan kerja mengikut deadline yang diberikan. Tak nak main separuh jalan je. At least dah ada perancangan dalam 5-6 isu. Lagi banyak perancangan lagi bagus supaya majalah ni dapat bertahan selama-lamanya (setahun / 12 isu punya perancangan dah pun kemas!). So korang pun boleh budget side income korang masuk byk mana bulan-bulan kan?

- Sila hantarkan resume beserta portfolio ke emel kepada Cik Noriz di akarcreative@yahoo.com, atau terus menghubungi beliau di 012-319 0079.

MAJULAH KOMIK UNTUK NEGARA

DISUNTING DARI PERGH.COM

Komik Keluang Man Kembali