Profil Aku Napie


Nama Aku Napie mula digunakan sekitar tahun 2008 ketika aku tak tau nama apa yang nak letak kat blog. Sebab ada kawan bagitau tak best kalau letak nama betul, so aku telah pilih gunakan Aku Napie.

Tak ada yang istimewa sangat pasal aku cuma seorang yang berminat dengan bidang grafik dan perkara berkaitan. Jadi aku jadikan blog AKU SEMPOI sebagai blog yang memaparkan tentang perkara apa yang aku minat dan mungkin ada juga orang yang minat macam aku ni.

Tahun 2009 aku mula terlibat dengan komuniti AkuBudakSeni atau ABS dimana peranan aku hanya sebagai pereka grafik yang takdelah terer mana tapi sebab takde orang aku relalah jadi
pereka grafik.Hahaha..

Selepas itu bermacam perkara telah aku buat dan akhir 2011 aku telah melukis kartun secara serius dan mendapat peluang berkarya dengan beberapa majalah baru dipasaran pada masa kini.

Komik pertama aku -AKU, DIA DAN BUJANG VOLUME 1- akhirnya keluar pada Mac 2012 hasil usaha dan karya yang telah berkali dirijek oleh orang lain. Pada bulan April pula aku hasilkan -BUJANG DAN KAWAN-KAWAN- dimana kompilasi kartun aku dan kawan-kawan disatukan. Pada hujung bulan Jun 2012 aku telah menjual -AKU,DIA DAN BUJANG VOLUME 2- di Pesta Buku Perlis dan mendapat sambutan yang best walaupun keluaran agak terhad.

Sekarang akan terus melukis dan tak lambat update post blog ini dan blog lain.

Bagi yang berminat boleh follow blog aku yang lain yang aktif:

http://sukakitarsemula.blogspot.com
http://ohnapie.blogspot.com

Juga add aku di facebook: www.fb.com/napie007
ada komen dan idea: akunapie@yahoo.com


Komik Keluang Man Kembali