Memaparkan catatan dengan label ads. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ads. Papar semua catatan

31 Januari 2014

10 Contoh Evolusi Logo Ternama

Logo Apple


Seperti yang kita sudah tahu logo ialah identiti yang asas untuk membina jenama dan berkomunikasi dengan target sasaran (audiens) . Banyak jenama korporat terkenal melakukan perubahan logo mereka untuk  pengenalan yang sempurna kerana penciptaan identiti ini bukan suatu aktiviti yang sementara., tetapi satu yang kekal. Untuk post kali ini ayuh kita lihat beberapa logo yang mengalami perubahan logo yang seiring dengan peredaran zaman dan teknologi. Perubahan logo ini memainkan peranan yang besar dalam sesebuah organisasi untuk mencapat target dan misi mereka. Permulaan logo yang digunakan kebiasaannya untuk memperkenalkan syarikat dan membuat perubahan apabila sudah berdiri kukuh dipasaran. Mari kita tengok senarai contoh di bawah. Terima kasih.



Shell - Petroleum


Xerox - Mesin Cetak


BMW - Automotif


Nike - Pakaian


IBM - Komputer


Canon - Fotografi






11 Julai 2013

10 Contoh Kulit Komik Menggunakan Rekaan Grafik Menarik


Muka depan (cover) komik kebelakangan ini menampakkan inovasi yang jauh melangkaui tahap rekaan beberapa tahun dahulu. Gabungan pelukis komik dan pereka grafik memainkan peranan yang penting untuk menarik minat pembaca mendapatkan hasil karya yang terbaik.Hasilnya, terdapat peningkatan dalam penghasilan komik yang telah menggunakan unsur-unsur yang kebanyakannya dikaitkan dengan reka bentuk grafik. Ianya juga telah menyebabkan nafas baru kepada cara komik yang dilihat pada masa kini. Lebih khusus lagi, mereka menambah tahap kecanggihan kepada satu bentuk seni yang digunakan untuk dikaitkan dengan tabiat remaja. Ini penting kerana bercerita dalam komik telah lama berkembang wira-wira yang lalu dan termasuk genre seperti seram, SCI-fi, jenayah dan lain-lain. Berikut ialah beberapa contoh cover koimik yang menarik untuk inspirasi korang.












21 Februari 2013

10 Contoh Pengiklanan Luar Yang Berani




Pengiklanan adalah kemahiran pemasaran melibatkan seni bentuk, seni reka, dan reka letak. Dalam pengiklanan bercetak, pengiklanan adalah terhad kepada teks  dan imej sahaja. Di internet iklan boleh bergerak, tetapi masih 2D walaupun terkini teknologi memungkinnya kepada 3D. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada pengiklanan luar, artis mempunyai kebebasan dan boleh membiarkan kreativiti mereka berjalan meliar dan bebas - dan yang apa mereka lakukan, dengan cara yang luar biasa. Pengiklanan luar dan adalah semua iklan yang anda boleh lihat di luar rumah anda - sama ada ia berada dalam kedai, papan iklan, bas, teksi, tepi jalan dan lain-lain.

Di sini aku telah cari dan mengumpul 10 contoh iklan luaran yang menakjubkan dalam imaginasi dan kreativiti digunakan untuk mendapatkan keputusan akhir yang menakjubkan. Ayuh layan dan komen okay :)










24 Oktober 2012

Kartun Annur & Meow - Nafas Baru Kartun Bahasa Jawi Oleh 'Emit'


Apa khabar korang semua, untuk post kali ini aku ingin kongsikan satu fenomena di FB masa kini ialah kartun berbahasa jawi "Annur & Meow" oleh saudara Emit. Kartun ini menggunakan bahasa jawi mudah yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat disamping olahan karekter yang comel menarik minat orang ramai. Annur & Meow dihasilkan dengan stroke yang bersahaja untuk menarik minat remaja khususnya minat dengan bahasa jawi. Untuk permulaan kartunini hanya boleh dibaca di laman FB Emit, tetapi kini korang boleh layan di laman blog Annur & Meow. Pada masa akan datang siri kartun ini akan diterbitkan dalam bentuk komik. Mesti support :) . Berikut ialah penjelasan di Page FB Annur & Meow.:


"Kartun dalam tulisan jawi yang saya sudah letakkan watermark ini hanya terdapat 
blog:    http://annurmeow.blogspot.com/ juga 

Saya cuma membenarkan klik share sahaja.Sekiranya anda melihat ianya dimuat naik dari lan-lain page selain dari yang disebut di atas,ianya adalah penyama
ran atau pengumpul populariti atau pencari untung dalam klik aplikasi yang tidak bertanggungjawab.Laman ini bertujuan untuk mempromosi buku & barangan yang berkaitan dengan jenama AnNur & Meow.Untuk mengelak salah faham awam,pihak AnNur & Meow bukanlah menyediakan pelajaran jawi percuma.Sejak dari awal lagi ia dibuat untuk projek komik eksperimen untuk tujuan niaga sambil menggalak pembacaan jawi secara berkartun.Dapatkan guru sebenar yang lebih arif dalam pembelajaran jawi.Harap maklum."  
'Emit'Ahmad Nazri Mahmood



Harap korang support kartun ini daripada sumber yang dinyatakan di atas sahaja. Kalau membaca dari sumber lain sila hubungi pelukisnya atau emelkan ke: akaunapie@yahoo.com, juga untuk sebarang idea untuk post akan datang.sekian.peace!!!

06 April 2011

10 Contoh Iklan Majalah - Humor


Semua orang memerlukan humor dalam kehidupan sekarang yang penuh stress dan bermacam lagi masalah. Oleh itu pengiklan cuma menyuntik sedikit elemen humor pada iklan mereka untuk menarik minat pembaca majalah khususnya. Kadang kala dengan gambar dan maklumat yang ringkas pasti membuat kita tertawa dan teringatkan iklan tersebut. Disini aku beri contoh iklan majalah yang ada elemen humor. Malangnya iklan ini bukan dari Malaysia. Harap korang layan dan komen entri ini.










Komik Keluang Man Kembali