Memaparkan catatan dengan label muzix. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muzix. Papar semua catatan

06 April 2011

Serlahkan Indie Music Anda



INDIE MUSIC SINGLES atau nama timanganya I'M Singles ialah satu projek Mega Album Kompilasi yang akan memuatkan 100 single didalam 1 album, Projek kerjasama ini akan dipertanggungjawabkan selama 1 tahun kepada Pihak pengurusan demoplanet tv, Pentas Aksi, STS-MC, band dan penyanyi solo indie tanahair... bagi mereka yg memiliki single sendiri dijemput untuk menghadiri sesi penerangan mengenai Projek ini, sila rujuk mengikut jadual yg 
telah ditetapkan.

Sesi Penerangan I'M Singles
Tarikh : 4 hingga 7 Apr 2011
Jam : 2.00pm-5.00pm
Tempat : Demoplanet tv
Tel: 03-55235400

Demoplanet TV Sdn Bhd
1-01-02, Blok 1
Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2
Persiaran Akuatik
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

11 November 2010

Semua Pasal TRON x Daft Punk

Daft Punk x Medicom Toy x TRON: Legacy Toys


Medicom Toy telah bekerjasama dengan Disney dan duo muzik dance dari Perancis, Daft Punk untuk menghasilkan mainan (collectible toys) untuk filem yang akan datang iaitu TRON: Legacy. Ia merupakan rekaan mini dalam versi Kubrick dan RAH (Real Action Hero). Rekaan pakaian ialah trademark TRON manakala helmet ialah trademark Daft Punk. Dapatkan model aksi ini keluaran Medicom Toys di http://www.actioncity.my/

Tron: Legacy OST 'The Game Has Changed' Oleh Daft Punk

OST Sountrack ni release pada 7 Disember 2010 dan serentak pelancaran filem ni. Check it out!!

 

Poster Rasmi TRON: Legacy OST Daft Punk 


Maklumat filem di : http://disney.go.com/tron/

08 November 2010

Hak Penggiat dan Pelaku Muzik Dengan PRISM


PRISM bermaksud Performers and Artiste Rights (M) Sdn Bhd yang merupakan idea asal oleh Dato' A.Rahman Hassan dan beberapa lagi pengiat seni dalam industri adalah sebuah badan yang berjuang selama ini untuk mempertahankan hak-hak pelaku seni/pemuzik tanahair. Ditubuhkan pada 2001, agenda utama mereka ialah untuk memungut dan mengagihkan royalti pelaku industri muzik. Jika diamati penyataan tersebut, tidak mustahil yang pemuzik pun bakal mendapat pembelaan yang sama seperti mana artis atau penyanyi itu sendiri! Terma 'pelaku industri' bukan bermaksud hanya satu dua individu tetapi lebih kepada komuniti besar yang mengerakkan industri ini. Ini termasuk lah yang bekerja di belakang tabir iaitu sessionist. Lebih lanjut di laman web PRISM .

Sumber daripada: ROTTW MAG Mac 2005.



04 November 2010

Dead Mushroom Terus Berjuang



Dead Mushroom ditubuhkan pada tahun 1995, dipengaruhi oleh band rock 90-an dan gaya old skool rock 'n' roll. Band rock moden yang berasal dari Kuala Lumpur ini dianggotai oleh MIKE (bass) ,ZUL (drums) SHIDI (guitar), POJI (guitar) dan FAIZ (vocals). Seperti yang diketahui, Shidi (Rashidi Ishak) merupakan salah seorang pelakon berbakat tanah air.
Mula aktif melalui scene underground semenjak tahun 1996, mereka mengeluarkan material pertama iaitu demo bersama band-band seangkatan pada masa itu. Malah demo tersebut mendapat ulasan yang terbaik dan menjadi salah satu demo terbaik tahunan oleh undian di The Sun Blasting Concept. Pada tahun itu juga mereka menjadi juara kebangsaan melalui Pepsi Challenge - Young Discovery yang dianjurkan oleh Pepsi, AIM dan TV3. Lagu-lagu seperti Read My Mind, Suicide Hill, dan Fly My Soul mula menjadi siulan pada masa itu. Setelah lama menyepikan diri dan sibuk dengan urusan masing-masing, kini mereka muncul kembali untuk mengegarkan industri muzik tanah air.Hubungi mereka di:


14 Oktober 2009

13 Oktober 2009

Mencari Konklusi Dalam Hujan


Keluaran terbaru oleh band yang pernah mencipta fenomena band indie, Hujan kembali menghiburkan peminat dengan album Mencari Konklusi. Terdapat 7 track yang mempunyai susunan lagu yang mantap dan mencerminkan bunyi Hujan itu sendiri. Bagi korang yang nak review dengan boleh klik kat bawah. Tapi harap korang support yang original. Peace!!

01 September 2009

Wani Ardy - Senikatawati Jiwa Akustik

.
Seorang lagi nama yang dikenali dalam arena indie tanah air membawakan konsep akustik dengan hasil tulisan   lagu yang menarik dan membawa makna yang mendalam. Selalunya lagu yang dihasilkan mempunyai kaitan dengan kehidupan sekeliling. Beliau turut menyumbangkan lagu untuk kumpulan Boneca seperti Cela dan Tunjukkan Aku. Tampil dengan koleksi lagu terbaik dalam album Senikatawati mengandungi lagu hits seperti Orang Kecil, Broken, Teori Lucu dan banyak lagi. Kepada korang yang nak mengenali beliau dengan lebih detail boleh klik kat http://waniardy.com/, http://www.myspace.com/waniardy, http://twitter.com/WaniArdy
Download lagu di SINI

25 Ogos 2009

Made In Malaysia by Roots n Boots

Sempena menyambut kemerdekaan yang ke-52 nanti, ada lagu best dari band tempatan yang melaungkan semangat nasionalisme dalam lagu yang dihasilkan. Harap korang enjoy. Klik sini untuk layan lagu ni- http://www.myspace.com/rootsnboots.


The days had gone, too long, it seems like yesterday,
This is the land were born and where we gonna stay,
The pride is there, we knew and its always in our hearts,
We gonna stand and fly the flag of nations pride,
The war had gone, and all the heroes had their way,
But if its strikes again, we know we gonna stay,
We gonna stand and fight, well die for this prideland,
Well show the foes, were great coz were the countrymen,
And when you hear the call we know that youll be there,
its for the stripes, the moon and star,
Coz we all proud, that we were Made In Malaysia,
We had been raised to trust the God and to the King,
We gonna stand our ground, the strength that comes within,
So if you think you got those feeling that is true,
and its all for the yellow, the red and white and blue,
We gonna stand (We gonna shout),
This is the land (That we are proud),
Lets join the line and youll know what its all about

Hayati lirik lagu tersebut dan berbangga menjadi rakyat Malaysia

09 April 2009

Yuna -Gadis & Gitar Kapok


Sejak 2 menjak ni menjadi fenomena ramai budak2 muda start layan lagu indie, dimana sebelum ni ramai yang layan lagu jiwang karat. Yuna antara nama yang menjadi siulan kerana lagu yang disampaikan secara bersahaja menggunakan gitar kapok yang mempunyai kuasa untuk menghasilkan melodi yang menarik..Konsep yang dibawa oleh Yuna ni membuatkan ianya menjadi ramuan untuk didengar oleh sape sape ja..Saper yang minat and nak try layan boleh tekan >>>SINI

07 April 2009

BLiZ atau MUSE


Dianggotai oleh MohAid - VoCaL, GuiTaR , JaKaLLL - BaSS (Ni kartunis Jakall untuk Majalah Ujang dan Apo?) ,dan OpIE - DrUm. Mula tunjuk belang sekitar tahun 2005 cmtu la..Ramai org kata band ni tiru konsep MUSE dengan gaya dan cara penyampaian lagu. Yang 2 korang nilai sendiri la kan..Hehe..
Lagu diorg ni gak enjoy kalo layan kdg2..haha (ayat xtau nk tulis apa)~~~~~
Nak download lagu diorg boleh tekan>>>> SINI
For any shows or gigs :

blizband@yahoo.com
or
0126275550
[Rahmat(Tikus Lobang)]

05 November 2008

Bunk Face-Local Atau Global?


Mereka kumpulan yang memainkan Punk Rock 'giler'. Walaupun agak separa waras waktu di pentas (anda kena menonton mereka), itu komen dari yang pernah melihat aksi mereka. Band yang berasal dari Klang ini baru mencapai usia setahun sejak ditubuhkan pada 2005 yang lalu. Mereka juga antara aksi yang mendapat tempat di dalam senarai sepuluh teratas di list markah The Road To ROTTW Soundstage 2006 kelmarin. Sebagai sebuah band baru, rata-rata umur ahlinya cuma lepasan sekolah dan pemain bassnya masih lagi bersekolah. Maknanya... anda tidak akan menemui band ini di disko berhampiran anda, hehehe. Apa yang membuatkan band ini menjadi pilihan juri dalam pakej muzik mereka?

Nama SUM 41 secara bersungguh-sungguh yang disebut oleh mereka. Tanpa ragu-ragu, nama jugalah SUM 41 yang menjadi pengaruh mereka untuk bermain muzik dan membentuk hype punk di dalam band ini. Walaupun ada di sebut nama Greenday, NOFX, Rancid dan yang lain, namun nama SUM 41 tetap dipertahankan atas alasan drummernya yang cute kata Biak. Tanpa ketua, band ini cuma punya posisi untuk jawatan operator sahaja kata mereka. Paan (gitar utama) bertindak selaku operator band yang akan mengumpulkan mereka untuk setiap kali waktu berkumpul dan praktis. Turut di anggotai oleh Farouk (bass), Sam (gitar,vokal utama) dan Biak (dram). Band ini bergerak dengan muzik dan lirik yang dibikin bersama. Malah persembahan mereka juga memerlukan semua ahlinya menyanyi sama sehinggalah ke posisi drummmer.

20 Oktober 2008

MALAYAPARK.COM

jom support web ni..pelbagai informasi psl band indie kt malaysia ada kt sini...
support jer dan komen..

Komik Keluang Man Kembali