Memaparkan catatan dengan label toy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label toy. Papar semua catatan

19 April 2011

Goji The Dino - Sweet Ke?


Setelah dilancarkan di Lou Belle Shop di Bandung, sekarang korang boleh mendapatkan mainan ini untuk dijadikan koleksi pilihan. Mainan resin (resin toys) 10-inci Goji Dino boleh dibeli dengan harga US $ 250. Sebuah watak asli oleh Yellow Dino,sebanyak 30 unit sahaja  yang dihasilkan oleh para profesional di MyTummyToys yang telah dibuat dan dilukis dengan tangan, mainan masing-masing juga ditandatangani. Goji mainan Dino dibuat lebih eksklusif dengan adanya sijil kelahiran dan nombor pada kulit. Bungkusan seperti kayu menyerlahkan lagi seni rekaan ini. Meh layan gambar sebab tak mampu beli. Hehehe...



 
 Bagi yang teringin nak bli dan pertanyaan sila emel ke : marin@mytummytoys.com

06 Februari 2011

Thor Sudah Muncul


Akhirnya koleksi yang mengegar jiwa muncul oleh pembuat model aksi popular di Hong Kong iaitu Hot Toys. Model aksi Thor berskala 1:6 berdasarkan filem yang akan datang oleh Marvel Studio, ini beberapa imej yang mampu menarik perhatian para pengumpul semua. Kualiti pada model aksi ini cukup detail dimana wajah aktor yang melakonkannya seolah-olah yang sebenar. 

 Turut disertakan bersama model ini ialah:

• Three pairs of interchangeable hands
• Detachable red cape
• Authentic metal hammer with patterned holder and leather-like strap at the end
• Movie-accurate helmet
• Pair of forearm armors with red cloth inside
• Figure stand with Thor nameplate and the movie logo

Maklumat lanjut di:  http://www.hottoys.com.hk/

08 November 2010

Lubuk Mainan Di XL Shop


Cakap banyak pun tak guna, bagi yang meminati model aksi dari luar negara seperti Hot Toys, Tood Mc Farlane, Star Wars dan bermacam-macam lagi disini tempatnya. Tanpa perlu risau pasal ketulenan sebab mainan dan model aksi disini adalah original dan mempunyai sijil asli. Jom surf laman web diorang dan order mana yang berkenan, penuhkan rak-rak di bilik anda dengan model aksi cambest.

Ni ada kerja kosong untuk sape yang berminat :

(double click to enlarge)

03 November 2010

Koleksi Figura Baru Dari Hot Toys HK

Dalam menyambut ulang tahun ke-10, Hot Toys Hong Kong akan melancarkan 3 koleksi eksklusif untuk para peminat mereka. Siri yang pertama ialah set skala Batman Demon dan Scarecrow daripada filem 'Batman Begins'. Keduanya dihasilkan dengan lebih bahagian yang teliti disamping outfit yang kemas berdasarkan kemunculan dalam filem. Bagi mengubat kerinduan 'Raja Pop' sebuah figura Michael Jackson berskala 1/6 juga dihasilkan berdasarkan kemunculan dalam video 'Beat It'. Finally, yang ketiga ialah karekter Friend daripada manga sains fiksyen '20th Century Boys' hasil karya Naoki Urasawa.


Koleksi ini hanya terdapat di majlis ulang tahun yang diadakan di Tokyo , Jepun pada musim Krismas nanti. Sape yang berminat kena pergi Jepun la. Peace! 

Komik Keluang Man Kembali