Memaparkan catatan dengan label Kampus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kampus. Papar semua catatan

09 Februari 2013

Majalah Fitrah -Bacaan Santai Berilmiah


Salam semua. Apa khabar yer, lama juga tak update sampai orang ingat blog ni dah mati. Okeh untuk post kali ini aku tampilkan citer pasal majalah baru di pasaran iaitu Majalah Fitrah. Majalah Fitrah berkonsepkan siri komik islamik dan info untuk mendidik jiwa remaja. Cover jilid pertama dilukis oleh saudara Athool dan didalamnya terdapat beberapa pengisian yang menarik. Meh tengok previewnya sikit:



Selain menyiarkan artikel yang menarik yang aku rasa tak semua orang tahu, majalah ini turut menyelitkan komik yang memang sesuai untuk semua golongan. Ini dapat menarik golongan muda untuk mendampingi malajah ini. Edisi perdana majalah ni boleh didapatkan di semua kedai buku bermula bulan Januari lepas lagi. Majalah ini diterbitkan secara jilid dan kena tunggu lama sikit untuk isu kedua nanti. Jangan lupa like FB majalah ini di: http://www.facebook.com/majalah.fitrah.5 .


24 Mei 2012

Hobi - Mengumpul Toy Kamen Rider



Beberapa bulan ni aku telah mula serius dalam mengumpul mainan kamen rider terutama dari siri HDM (High Detail Moulding) dan Ultimate Solid. Semua mainan ini merupakan keluaran syarikat Bandai yang berpengkalan di China dan Jepun. Kecenderungan aku lebih kepada Kamen Rider dari siri sHOWA iaitu bermula daripada Kamen Rider 1 hingga Kamen Rider J. Jom layan beberapa gambar toys koleksi aku ni.









Aku tahu ramai antara korang juga mempunyai hobi yang sama dan mungkin mempunyai koleksi yang lebih hebat daripada aku. Mungkin hobi sebegini melibatkan wang yang banyak namun ianya merupakan suatu bentuk pelaburan dimana harganya akan meningkat jika ianya susah didapati pada masa akan datang. Apa komen korang boleh emel ke : akunapie@yahoo.com atau di facebook: www.fb.com/AKUSEMPOIBLOG

23 Mei 2012

LAYAN KARTUN KOMIK MALAYSIA DI FACEBOOK


Bagi pengemar, penyokong dan pembeli komik buatan Malaysia ini ada berita baik punya untuk korang semua. Seorang peminat kartun komik tempatan juga seorang pengumpul majalah lama telah berbesar hati berkongsi segala koleksi yang beliau ada untuk korang semua layan iaitu saudara Azahari. Laman facebook "Kartun Malaysia" ini turut menarik minat beberapa orang pelukis komik tanah air untuk mengimbau kembali kenangan mereka semsa dengan beberapa penerbitan majalah yang telah dihentikan atas sebab tertentu. Selain koleksi majalah lama seperti Ujang, Batu Api, Geli Hati dan Gila-Gila, terdapat juga updates tentang beberapa penerbitan majalah yang akan datang disamping komik-komik terbaru buatan anak tempatan.




Bagi pengemar, penyokong dan pembeli komik buatan Malaysia ini ada berita baik punya untuk korang semua. Seorang peminat kartun komik tempatan juga seorang pengumpul majalah lama telah berbesar hati berkongsi segala koleksi yang beliau ada untuk korang semua layan iaitu saudara Azahari. Laman facebook "Kartun Malaysia" ini turut menarik minat beberapa orang pelukis komik tanah air untuk mengimbau kembali kenangan mereka semsa dengan beberapa penerbitan majalah yang telah dihentikan atas sebab tertentu. Selain koleksi majalah lama seperti Ujang, Batu Api, Geli Hati dan Gila-Gila, terdapat juga updates tentang beberapa penerbitan majalah yang akan datang disamping komik-komik terbaru buatan anak tempatan. Layari; http://www.facebook.com/pages/Kartun-Malaysia/307123699304972

11 Mei 2012

MAJALAH M1 SANTAI UNTUK SATU MALAYSIA

Lebih kurang hujung tahun lepas telah muncul Majalah yang dikatakan agak berlainan dari segi konsep dan pengedaran majalah ini iaitu Majalah M1. M membawa maksud Majalah iaitu himpunan artikel dan kartun yang sesuai untuk semua golongan masyarakat, manakala 1(logo 1Malaysia) pula membawa maksud 1 Malaysia yang merangkumi kepelbagaian penduduk, kaum, peristiwa dan kisah di seluruh Malaysia. Mungkin ramai yang salah faham apabila majalh ini dikeluarkan, ianya sama sekali tidak memaparkan agenda politik pihak tertentu.


 Tagline Majalah untuk rakyat bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang benar-benar faham dan cintakan negara. Jelaslah yang majalah ini berkonsep kenegaraan, ada faham?Beberapa kartunis lama dan baru disamping penulis yang versatil digabungkan untuk mengerakkan majalah ini agar lebih diterima umum. Setakat ini ianya telah diterbitkan sebanyak 3 isu. Jadi kalau nampak kat mana2 terus rembat majalah ini ok. Lagi mudah layan kat blog: http://komikami11.blogspot.com. Sebarang komen dan idea emel ke: akunapie@yahoo.com okay :)



28 April 2011

Last Semester Pengajian Aku

 

Agak lama aku tidak berceloteh setelah korang dah selesa dengan post-post blog yang terbaru. Hari ini merupakan pengajian terakhir aku di universiti dalam bidang visual communication. Banyak pengalaman pahit manis yang dilalui bersama kawan-kawan dan pensyarah dan pensyarah disini.Selamat berjaya untuk kawan-kawan semua dan moga cepat mendapat kerja yang gempak-gempak.

25 Februari 2011

Suka Kitar Semula Di SAYS.my


Suka kitar semula merupakan blog khas untuk projek akhir aku pada semester ini. Ianya mempunyai kaitan dengan kitar semula iaitu mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Bagi korang yang sudah mempunyai akaun SAYS.my boleh la sokong kempen oleh suka kitar semula dan kumpul point yang ada untuk mendapat ganjaran yang pelbagai pada masa hadapan. Bagi yang belum mendaftar akaun SAYS.my sila klik di sini >>DAFTAR<<. Jadi tunggu apa lagi, tidak perlu membuang masa kerana sokongan anda turut membantu keberkesanan kempen kitar semula yang dianjurkan ini. Klik link ini: 

08 Januari 2011

Orkid Jingga Production - Logo Design

Ini merupakan salah satu hasil kerja aku dalam mencipta logo untuk client. Client aku ialah terdiri daripada kawan-kawan sahaja dan tidak meletakkan sesuatu harga yang tinggi pun. Logo ini adalah untuk produksi seorang kawan yang belajar di Universiti Malaysia Sabah. Jangkamasa untuk menyiapkan logo ini cuma mengambil masa 3 hari sebab client nak cepat. Selepas beberapa design ini adalah yang final dan menjadi pilihan. Layan jer. Keep on support us!

06 Mei 2009

Goodbye Semester 4

Semua kerja dah setel...

Banyak usaha telah dikerah...

Pelbagai rintangan dilalui...

Karenah kawan2 diatasi...

Ratusan ringgit berjaya dihabiskan...

Yang pasti menanti ialah RESULT

Untuk segala yang dikorbankan...

Takkan sia-sia penat lelah...

Farewell semester 4...

Komik Keluang Man Kembali