Memaparkan catatan dengan label KARISMA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KARISMA. Papar semua catatan

09 Februari 2013

Majalah Fitrah -Bacaan Santai Berilmiah


Salam semua. Apa khabar yer, lama juga tak update sampai orang ingat blog ni dah mati. Okeh untuk post kali ini aku tampilkan citer pasal majalah baru di pasaran iaitu Majalah Fitrah. Majalah Fitrah berkonsepkan siri komik islamik dan info untuk mendidik jiwa remaja. Cover jilid pertama dilukis oleh saudara Athool dan didalamnya terdapat beberapa pengisian yang menarik. Meh tengok previewnya sikit:



Selain menyiarkan artikel yang menarik yang aku rasa tak semua orang tahu, majalah ini turut menyelitkan komik yang memang sesuai untuk semua golongan. Ini dapat menarik golongan muda untuk mendampingi malajah ini. Edisi perdana majalah ni boleh didapatkan di semua kedai buku bermula bulan Januari lepas lagi. Majalah ini diterbitkan secara jilid dan kena tunggu lama sikit untuk isu kedua nanti. Jangan lupa like FB majalah ini di: http://www.facebook.com/majalah.fitrah.5 .


12 Ogos 2012

MAJALAH SENYUM - SANTAI UNTUK SEMUA BAKAL TERBIT


Majalah Senyum merupakan sebuah lagi majalah yang akan terbit kemungkinan dalam bulan Oktober nanti (menurut sumber kartunis A.Z). Konsep majalah ini pula lebih kepada kartun dakwah dimana selain kita berhibur dengan isi kandungan majalah kita juga dapat medapat ilmu yang terbaik menerusi penghasilan cerita melalui kartun. Dengan hadirnya majalah ini dapat memeriahkan lagi industri kartun komik tanahair. Majalah ini turut mengalu-alukan sebarang idea dan pendapat serta bagi mereka yang berminat untuk berkarya bolehlah emel ke: mj.senyum @gmail.com atau buat cariah di facebook: Majalah Senyum. Diharap korang semua terus menyokong kartun tempatan disamping mendapat manfaat bersama. Teruskan dengan blog ini untuk sebarang updates terbaru.  Insyaallah :)

24 Mei 2012

Hobi - Mengumpul Toy Kamen Rider



Beberapa bulan ni aku telah mula serius dalam mengumpul mainan kamen rider terutama dari siri HDM (High Detail Moulding) dan Ultimate Solid. Semua mainan ini merupakan keluaran syarikat Bandai yang berpengkalan di China dan Jepun. Kecenderungan aku lebih kepada Kamen Rider dari siri sHOWA iaitu bermula daripada Kamen Rider 1 hingga Kamen Rider J. Jom layan beberapa gambar toys koleksi aku ni.









Aku tahu ramai antara korang juga mempunyai hobi yang sama dan mungkin mempunyai koleksi yang lebih hebat daripada aku. Mungkin hobi sebegini melibatkan wang yang banyak namun ianya merupakan suatu bentuk pelaburan dimana harganya akan meningkat jika ianya susah didapati pada masa akan datang. Apa komen korang boleh emel ke : akunapie@yahoo.com atau di facebook: www.fb.com/AKUSEMPOIBLOG

11 Mei 2012

MAJALAH M1 SANTAI UNTUK SATU MALAYSIA

Lebih kurang hujung tahun lepas telah muncul Majalah yang dikatakan agak berlainan dari segi konsep dan pengedaran majalah ini iaitu Majalah M1. M membawa maksud Majalah iaitu himpunan artikel dan kartun yang sesuai untuk semua golongan masyarakat, manakala 1(logo 1Malaysia) pula membawa maksud 1 Malaysia yang merangkumi kepelbagaian penduduk, kaum, peristiwa dan kisah di seluruh Malaysia. Mungkin ramai yang salah faham apabila majalh ini dikeluarkan, ianya sama sekali tidak memaparkan agenda politik pihak tertentu.


 Tagline Majalah untuk rakyat bermatlamat untuk melahirkan rakyat yang benar-benar faham dan cintakan negara. Jelaslah yang majalah ini berkonsep kenegaraan, ada faham?Beberapa kartunis lama dan baru disamping penulis yang versatil digabungkan untuk mengerakkan majalah ini agar lebih diterima umum. Setakat ini ianya telah diterbitkan sebanyak 3 isu. Jadi kalau nampak kat mana2 terus rembat majalah ini ok. Lagi mudah layan kat blog: http://komikami11.blogspot.com. Sebarang komen dan idea emel ke: akunapie@yahoo.com okay :)



21 April 2011

Majalah Karisma - Revolusi Muzik Terkini


Majalah Karisma merupakan satu lagi majalah muzik yang diterbitkan untuk memeriahkan industri muzik tempatan. Mengambil inspirasi dari Majalah R.O.T.T.W , majalah ini lebih menfokuskan kepda muzik berat yang mana jarang sekali di expose kepada umum. Sekarang sudah masuk isu yang ke-14 dan bermakna sudah setahun majalah ini bertapak di Malaysia. Diorang gak ada mengeluarkan t shirt rasmi dan korang yang berminat boleh membuat tempahan segera. Peace!!

Komik Keluang Man Kembali