Memaparkan catatan dengan label penerbit. karangkraf. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penerbit. karangkraf. Papar semua catatan

06 Jun 2013

Boboi - Majalah Komik Stylo Gila!

 Bulan Mei 2013 menyaksikan kemunculan pelbagai majalah kartun komik untuk memeriahkan industri sedia ada. Salah satunya ialah Boboi - Majalah Komik Stylo Gila terbitan Vision Work Sdn. Bhd iaitu syarikat milik Afdlin Shauki. Majalah komik ini memaparkan cerita inspirasi dan adaptasi segala filem yang pernah dan telah dilakonkan oleh kumpulan Boboi. Antaranya seperti Papadom, Along Bukit Beruntung, Pontianak vs Orang Minyak. Barisan kartunis terdiri daripada kartunis Aie, Bophairy, Nik, Mr Smiley, dan ramai lagi. 

Pelancaran telah diadakan pada 31 Mei 2013 di SACC Convention Center , Shah Alam. Ayuh support industri komik kartun tempatan. Teruskan membeli produk berkualiti. Like fan page BOBOI di:

12 Ogos 2012

Komik Aku, Dia dan Bujang di Pesta Buku Perlis 2012


Pada 23 hingga 28 Julai 2012 yang lalu telah berlangsungnya Pesta Buku Perlis 2012 yang bertempat di Dewan 2020 Kangar. Pesta Buku kali ini merupakan penganjuran untuk tahun yang ke-10. Kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan Komik Aku, Dia dan Bujang Volume 2 yang merupakan kesinambungan kepada volume satu yang dijal pada bulan Mac lalu. Sepanjang seminggu berada di pesta buku ini sebanyak 48 buah komik edisi terhad cetakan pertama telah berjaya dirembat oleh mereka yang meminati kartun tanah air.

Kebanyakkan darpada mereka adalah budak sekolah, ini petanda baik terhadap industri kartun komik tanahair. Tidak lupa kepada warga kerja Visi Kreatif yang sudi memberi tempat kepada aku untuk menumpang dan mempromosikan komik aku. Berikut antara gambar sempat dirakan sepanjang pesta buku tersebut.




Diharap korang berpuas hati dengan post aku kali ini. Bagi mereka yang ingin membeli komik aku, dia dan bujang volume 1 dan volume 2 bolehlah emel kepada: akunapie@yahoo.com atau add aku di fb: www.facebook.com/napie007

10 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa K.L 2011 - Jom Serbu

 

Akhirnya pesta buku yang paling ditunggu dalam kalendar peminat buku tanah air akhirnya kembali. Kini pesta buku antarabangsa K.L sudah memasuki penganjuran kali ke-30, sudah pasti penyertaan daripada penerbit semakin meningkat. Bagi korang yang sudah menabung untuk membeli buku dan komik kegemaran boleh la serbu PWTC mulai 22 April hingga 1 Mei 2011. Semoga penganjuran berjalan lancar dan korang dapat sokong industri penerbitan buku di Malaysia ini. Ini adalah beberapa promo daripada penerbit ternama di Malaysia. Layan entri ini dan komen ok :)


Komik Keluang Man Kembali