Memaparkan catatan dengan label hikayat merong mahawangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hikayat merong mahawangsa. Papar semua catatan

15 Mei 2012

Preview Komik Badang Volume:2

 Sebuah komik yang dihasilkan oleh artis-artis indie yang dipengaruhi oleh gaya artis-artis Barat contohnya Ashley Wood, Alex Ross, Stan Lee dan meminati gaya penulisan Bahasa Melayu lama. Komik ini berkisarkan tentang sebuah hikayat mengenai seorang pemuda bernama Badang, yang pekerjaannya merupakan seorang pengawal istana zaman pemerintahan Raja Iskandar Shah (1400). Badang hanya pemuda biasa namun dengan berlaku rentetan peristiwa tidak dijangka, menjadikannya gagah perkasa dan kegagahannya digunakan sebaiknya sehingga diiktiraf menjadi Laksamana Perang Melaka. Sehingga suatu ketika akibat rasa cinta yang tinggi, diperintah Badang oleh Raja Iskandar Shah untuk membawa pulang puteri raja dari kerajaan Majapahit dan peperangan besar berlaku antara dua kerajaan yang besar. Dengan memasukkan ciri-ciri mistik dan mitos seperti naga, gajah mina, cenderawasih, garuda dan busur Merong Mahawangsa menjadikan komik ini sesuatu yang harus dimiliki bagi pengumpul-pengumpul komik yang sukakan gaya penulisan dahulu kala dan gaya lukisan komik DC, Marvel, Dark Horse dan sebagainya.



RM 20.00 senaskah.Terhad untuk 200 buku sahaja.Cepat sebelum kehabisan.Terima kasih kerana menyokong industri komik indie dan atas sokongan serta galakan yang diberi.Tempahan dan sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menekan butang 'Like' pada laman facebook Ba-c Mente Inhouse, atau terus hubungi atau sms 017-7034363 (An).

28 April 2012

REVIEW KOMIK BADANG 2012


Bagi korang yang sudah bosan dengan komik di Malaysia yang banyak mempromosikan style manga dalam penghasilan komik-komik, korang patut baca review komik Badang ini.

Komik Badang ini adalah terbitan BA-C MENTE INHOUSE dan konsep komik ini terarah kepada cerita hikayat duhulu kala yang diangkat ke bentuk komik untuk tatapan korang. Gabungan hebat oleh dua orang pemuda berbakat dalam penulisan iaitu Burhanuddin B.S dan pelukis, Imran Marsad sudah pasti membuatkan korang menghayati setiap mukasurat berwarna dalam komik ini.


Pengolahan jalan cerita Badang ini tidak sama dengan apa yang pernah kita dengar sebelum ini. Aku pasti komik seperti ini akan membuka dimensi baru dalam adaptasi hikayat dahulu kala. Dengan gaya bahasa yang cukup indah dan menggunakan bahasa melayu purba sudah pasti diingati jalan ceritanya yang menarik ini.  




Manakala gaya lukisan oleh Imran yang banyak dipengaruhi style lukisan oleh Ashley Wood dan Ben Templesmith  sudah pasti memukau peminat komik tempatan. Beliau bijak menggunakan warna yang bersesuaian dan kita akan merasakan turut berada pada zaman itu. 

(KLIK UNTUK LBIH JELAS)

Jadi, nak cerita banyak pun tak guna guna. Aku sarankan korang cepat-cepat order komik Badang ini (SILA LIHAT POSTER DI ATAS)dan berikanlah review korang pulak. Teruskan menyokong industri komik kartun tanah air. Nantikan, mungkin akan ada interview eksklusif bersama dua orang jejaka hebat ini. Sebarang idea boleh emel ke: akunapie@yahoo.com atau komen di www.facebook.com/AKUSEMPOIBLOG


15 Mac 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa - Suatu Kebanggaan

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah. 

Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.Filem arahan Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU) ini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia bermula 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari dan pratonton khas untuk pihak media pada 7 Mac 2011), dengan Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato' Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida dan Maya Karin.Pada kos perbelanjaan muktamad sebanyak RM 8 juta (RM6.83 diisytiharkan kepada FINAS , sekitar RM 2 juta dibelanjakan untuk set, prop, busana), filem epik Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem buatan Malaysia kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja RM 16.6 juta pada tahun 2004. Proses penggambaran filem ini banyak memanfaatkan teknik CGI selain prop dan set utama dengan tujuan untuk mengurangkan kos pembikinan filem sambil menghidupkan suasana abad ke-2 M.
Pastikan korang menonton filem best niyang mencatat kutipan RM500,000 sehari. Ayuh meriahkan industri filem tempatan.
(Sumber: Wikipedia)

Komik Keluang Man Kembali