Memaparkan catatan dengan label freebies. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label freebies. Papar semua catatan

21 Februari 2013

10 Contoh Pengiklanan Luar Yang Berani




Pengiklanan adalah kemahiran pemasaran melibatkan seni bentuk, seni reka, dan reka letak. Dalam pengiklanan bercetak, pengiklanan adalah terhad kepada teks  dan imej sahaja. Di internet iklan boleh bergerak, tetapi masih 2D walaupun terkini teknologi memungkinnya kepada 3D. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada pengiklanan luar, artis mempunyai kebebasan dan boleh membiarkan kreativiti mereka berjalan meliar dan bebas - dan yang apa mereka lakukan, dengan cara yang luar biasa. Pengiklanan luar dan adalah semua iklan yang anda boleh lihat di luar rumah anda - sama ada ia berada dalam kedai, papan iklan, bas, teksi, tepi jalan dan lain-lain.

Di sini aku telah cari dan mengumpul 10 contoh iklan luaran yang menakjubkan dalam imaginasi dan kreativiti digunakan untuk mendapatkan keputusan akhir yang menakjubkan. Ayuh layan dan komen okay :)










31 Oktober 2012

10 Contoh Logo Inspirasi Tangan



Satu reka bentuk logo bukan sahaja reka bentuk yang mudah atau lambang sebaliknya ia adalah elemen penting grafik yang mewakili falsafah syarikat serta barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Oleh itu, mereka bentuk logo yang berkesan dan unik adalah penting bagi setiap perniagaan. Sejak kebelakangan ini permintaan untuk perkhidmatan kreatif telah banyak meningkat dalam dunia siber, ramai pereka mahu mencuba teknik yang berbeza yang tertentu untuk membuatkan hasil karya mereka lebih menyerlah.

Untuk post kali ini, kitorang telah mengumpulkan koleksi cambest beberapa logo inspirasi tangan berasaskan reka bentuk untuk anda. Dengan maklumat ini, diharap korang cenderung untuk menyerlahkan era baru logo bentuk bahawa jika digunakan dengan betul boleh membuat keajaiban. Ayuh layan dan komen post ini ok :)










13 Ogos 2012

5 Logo Percuma Format PSD (Photoshop)


Untuk freebies items pada kali ini aku nak bagi kink untuk logo dalam format PSD kepada korang yang terlibat dalam bidang design. Bukan bermaksud untuk ciplak idea orang tapi korang boleh edit mengikut kesesuaian koran tu. Aku berharap bahawa ini kompilasi template logo percuma akan membantu koranghasilakn logo yang hebat . Kita tahu bahawa mencipta logo untuk syarikat atau perniagaan memerlukan banyak masa dan usaha. Tambahan pula, reka bentuk logo mestilah unik dan tidak dapat dilupakan supaya pasaran sasaran mudah ingat syarikat dan barangan atau perkhidmatan. Jom layan logo tersebut. Dengan klik sahaj kat link tersebut ok :)










28 Mei 2012

MAJALAH G3 KELUARAN KE 100 - TERUS MANTAP



Pada bulan Jun ini maka sudah sampai edisi ke 100 keluaran Majalah Gah Gempaq Giler iaitu G3. Bermula pada tahun 2005 majalah ini terus bertahan berbanding beberapa majalah lain yang muncul selepasnya yang lenyap begitu sahaja. Walaupun dikeluarkan hanya sebulan sekali namun isi kandungannya meliputi kesemua golongan sama ada kanak-kanak, remaja , dewasa dan mereka yang meminati kartun komik. Amat membanggakan bagi majalah tempatan yang mampu mencecah ke 100 kerana ianya bukan perkara yang mudah. Biarpun kartunis yang mencurahkan bakat disini bertukar ganti namun perlu dibanggakan kerana kebanyakkan yang berkarya disini adalah mereka yang berpengalaman dengan konsep humor dalam majalah lain.


Pada masa kini, peluang turut diberikan kepada kartunis generasi muda untuk menyumbangkan karya mereka disamping kartunis perempuan amat diperlukan untuk memeriahkan lagi industri komik tempatan. Mungkin ramai mengharapkan edisi kali ke 100 adalah bumper namun korang tetap akan berpuas hati dengan isi kandungan yang semakin mantap. Gayour ada bercerita nostalgia sepanjang penerbitan majalah ini, yang lain-lain korang kena beli la. Enjoy!!!

20 Jun 2011

10 Contoh Poster Filem Kreatif Bahagian: 2


Poster filem merupakan permulaan atau pengenalan terhadap sesuatu filem yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam. Sejak beberapa tahun lalu, idea yang kreatif turut diterjemahkan dalam menghasilkan poster filem yang kreatif dan berkuaiti serta mampu diingati oleh para penonton. Jika diperhatikan di media sekarang, banyak contoh poster yang menarik. Ianya bergantung kepada tahap penilaian kita sendiri juga. Ini merupakan bahagian dua contoh poster filem yang menarik dan kreatif. Layan. :)










29 April 2011

Download 8 Font Menarik Percuma


Sebagai seorang pereka mahupun sesiapa sahaja pasti mahu font yang menarik apabila membuar sesuatu design. Kadangkala pilihan yang banyak membuatkan kita keliru memilih yang terbaik. Bagi mengatasi masalah itu, disini aku beri 10 jenis font yang menarik sesuai untuk korang download dan gunakan. Harap korang dapat share post ini dengan rakan-rakan lain di Facebook atau Twitter. Jom Download.






20 April 2011

10 Contoh Fotografi Inspirasi Dari Pelangi


Pelangi merupakan salah satu kejadian alam ciptaan tuhan yang amat indah. Kebiasaannya muncul selepas hujan renyai-renyai di musim panas. Tujuh warna pada pelangi memberi warna harmoni dalamkehidupandiduniaini. Dari pelangi juga para fotografer mengambil inspirasi untuk mengabdikan saat-saat indah yang dirasakan menarik. Disini koleksi pilihan aku berkaitan fotografi inspirasi daripada pelangi untuk tatapan korang. Komen entri ini jika korang rasa menarik. Enjoy!!










Komik Keluang Man Kembali