Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label filem. Papar semua catatan

21 Februari 2013

10 Contoh Pengiklanan Luar Yang Berani




Pengiklanan adalah kemahiran pemasaran melibatkan seni bentuk, seni reka, dan reka letak. Dalam pengiklanan bercetak, pengiklanan adalah terhad kepada teks  dan imej sahaja. Di internet iklan boleh bergerak, tetapi masih 2D walaupun terkini teknologi memungkinnya kepada 3D. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada pengiklanan luar, artis mempunyai kebebasan dan boleh membiarkan kreativiti mereka berjalan meliar dan bebas - dan yang apa mereka lakukan, dengan cara yang luar biasa. Pengiklanan luar dan adalah semua iklan yang anda boleh lihat di luar rumah anda - sama ada ia berada dalam kedai, papan iklan, bas, teksi, tepi jalan dan lain-lain.

Di sini aku telah cari dan mengumpul 10 contoh iklan luaran yang menakjubkan dalam imaginasi dan kreativiti digunakan untuk mendapatkan keputusan akhir yang menakjubkan. Ayuh layan dan komen okay :)










28 Jun 2011

FeMag-Majalah Online Pertama Untuk Wanita


 Khas buat komuniti online wanita, FeMag adalah hadiah buat anda. dari komuniti majalah online popular, Wuuhuu Online. FeMag membawakan konsep Sweet, Sassy & Savvy dalam pemilihan bahan-bahan untuk majalah online PERCUMA ini. Jika anda peminat drama tv Nora Elena, pemilihan Siti Saleha di rasakan adalah pilihan yang paling tepat untuk Isu Pertama majalah ini. Harapan kami agar anda semua terhibur dan jangan lupa nantikan Isu ke-2 FeMag pada bulan hadapan.Bersama menyokong industri majalah online tempatan yang sememangnya percuma :)

Layari laman web: http://www.wuuhuuonline.com/

16 Jun 2011

10 Contoh Poster Filem Kreatif 2010

Repoman

Poster filem merupakan permulaan atau pengenalan terhadap sesuatu filem yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam. Sejak beberapa tahun lalu, idea yang kreatif turut diterjemahkan dalam menghasilkan poster filem yang kreatif dan berkuaiti serta mampu diingati oleh para penonton. Sesuatu poster yang baik mungkin senang dihasilkan oleh pereka sedia ada namun mereka harus meletakkan kreativiti sebagai tanpa batasan. Ini merupakan 10 contoh poster filem yang kreatif pada tahun 2010 yang lalu. Harap korang mendapat inspirasi dan jangan lupa komen entri ini :)










17 April 2011

Asal Usul Cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah


circa awal 70an. satu penempatan baru telah di buka lebihkurang 4km dari kampong aku. dahulunya kawasan itu penuh dengan lombong tinggal dan ketika itu telah ditebusguna dijadikan kawasan penempatan baru untuk menampung sebahagian besar dari penduduk melayu yang semakin meningkat di kawasan selatan ipoh ini. (melayu di sini aku satukan antara bugis jawa boyan mendeling dsbnya).

untuk sampai ke kawasan kampong baru ini kita harus melepasi semak samun lombong tinggal dan 4 jenis tanah perkuburan. mula-mula tanah perkuburan Islam selepas itu jirat Cina di ikuti dengan kubur hindu dan akhir sekali kami panggil kubur tiada bertanda kerana di situlah tempat perkebumian mayat-mayat yang tiada di claim atau waris di hospital atau rumah kebajikan. ada yang menceritakan kubur ini tidak di gali dalam menyebabkan anjing2 mengorek dan melarikan kepala lutut atau tulang kaki mayat yang ditanam cetek itu. itu di tahun 70an. mereka tidak peka seperti kita rakyat bertamadun tinggi sekarang.


amat payah bagi mereka yang tinggal di sini jika tidak mempunyai kenderaan. tiada bas atau teksi yang mahu masuk ke ke kampong ini. bayangkan kesusahan mereka ingin pulang ke rumah di waktu malam. nama kampong ini ada disebut di dalam film hantu kak limah tetapi hanya pada background dailognya sahaja ketika Usin mencari Che Nin di belakang warung Pak Jabit.

kisah hantu kak limah bercambah dari kampong ini. nama makcik ini bukan kak limah. namanya sangat indah tetapi tidak perlulah kita mengetahui nama sebenar itu. makcik ini tinggal di hujung kampong bersama suaminya yg sangat pendiam sehinggakan di hari kematiannya suaminya hanya duduk diam tiada memberi apa2 reaksi. orang kampong beramai-ramai menyempurnakan perkebumian makcik ini.

selang beberapa malam setelah jenazah beliau selamat di kebumikan, beberapa orang kampong mula telah terserempak dengan jenazah makcik ini dengan rambut mengerbang berjalan mencari jalan balik ke rumah. tangannya mengapai-ngapai memanggil nama suaminya. seram citer ni. aku yg tengah menulis ni pun sekalisekala melihat ke belakang aku takut ada yang mencongok duduk kat tingkap melihat lak hish seriau dah nih! kerh kerh kerh!

orang kampong mula bercerita. mereka semakin takut kerana setiap malam pasti ada yang terserempak dengan hantu ini. mereka berbincang dan keputusan di buat untuk memanggil bomoh supaya mententeramkan keadaan. berbagai bomoh dipanggil namun hantu makcik itu tidak dapat di halau malah semakin dirasai kehadirannya berdiri di tingkap-tingkap rumah penduduk kampong memanggil nama suaminya!

seorang kiyai di panggil dan beliau mengajak mereka supaya pergi ke rumah arwah untuk berjumpa dengan suaminya itu untuk memaafkan segala kesalahan yang arwah telah lakukan jika ada. ketua kampong bersama anakbuah berramai-ramai pergi ke rumah itu dan berjumpa dgn suaminya dan menceritakan keadaan yang telah menimpa arwah isterinya itu dan memohon beliau supaya memaafkannya.

setelah di beritahu oleh kiyai itu barulah mereka faham bahawa arwah telah menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya sehingga bingung dan rohnya kembali untuk memohon maaf. namun tiada kemaafan yang boleh diperolehi kerana suaminya sudah hilang akal tiada faham dengan keadaan di sekelilingnya. azablah roh itu tiada diterima bumi kut.

aku masih kecil lagi ketika insiden itu berlaku dan tiadalah aku tahu dan ingin tahu ketika itu akan kesudahannya. mungkin aku terlalu takut.

 Oleh: Mamat Khalid (http://tempurungpecah.blogspot.com)


14 April 2011

KRU lancarkan KRU TV - Cambest Nie

Sekalung tahniah ditujukan kepada salah salah satu syarikat tersohor dalam industri hiburan iaitu  KRU di atas pelancaran KRU TV. Saluran KRU TV sudah pun boleh ditonton di Portal Tonton mulai sekarang. Anda boleh menonton filem-filem popular seperti Cicakman, Magika serta drama bersiri dalam format Webisode. Jadi tunggu apa lagi, sila la beri sokongan kepada usaha KRU ini. Meh layan video semasa pelancarannya baru-baru ini. Komen entri ini jika korang rasa best!!



25 Mac 2011

Rumah Belon Filem Up Jadi Kenyataan


Korang semua pasti dah tengok filem keluaran Walts Disney yang bertajuk "Up" kan. Filem yang mengisahkan seorang tua yang menerbangkan rumahnya dengan belon untuk mengembara ke tempat lain. Bukan nak citer pasal filem tu tapi tentang rumah belon yang ada dalam filem telah dijadikan kenyataan dengan rumah belon yang betul-betul boleh terbang. Mesti korang tak percaya lagi dengan kenyataan aku ni. Jadi kita layan video ni, mesti korang kagum dengan inovasi terbaru ni . Jangan lupa tinggalkan komen korang pada post ni.




15 Mac 2011

Filem Hikayat Merong Mahawangsa - Suatu Kebanggaan

Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M. Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah. 

Hikayat Merong Mahawangsa (atau The Malay Chronicles: Bloodlines untuk pasaran dunia) ialah sebuah filem bersejarah Melayu yang diterbitkan oleh KRU Studios untuk pasaran antarabangsa dengan tujuan memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem epik ini jelas diadaptasi dari prosa Hikayat Merong Mahawangsa yang meriwayatkan sejarah terawal kerajaan Kedah.Filem arahan Yusry Abdul Halim (dari kumpulan KRU) ini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam di Malaysia bermula 10 Mac 2011 (selepas tayangan diraja sebelum ini pada 25 Februari dan pratonton khas untuk pihak media pada 7 Mac 2011), dengan Stephen Rahman Hughes sebagai pemegang watak Merong Mahawangsa, diiringi oleh barisan pelakon yang ramai dari dalam dan luar negara, khususnya Dato' Haji Rahim Razali, Ummi Nazeera, Khir Rahman, Jehan Miskin, Umie Aida dan Maya Karin.Pada kos perbelanjaan muktamad sebanyak RM 8 juta (RM6.83 diisytiharkan kepada FINAS , sekitar RM 2 juta dibelanjakan untuk set, prop, busana), filem epik Hikayat Merong Mahawangsa menjadi filem buatan Malaysia kedua termahal dalam sejarah perfileman sewaktu dikeluarkan, di belakang Puteri Gunung Ledang yang menelan belanja RM 16.6 juta pada tahun 2004. Proses penggambaran filem ini banyak memanfaatkan teknik CGI selain prop dan set utama dengan tujuan untuk mengurangkan kos pembikinan filem sambil menghidupkan suasana abad ke-2 M.
Pastikan korang menonton filem best niyang mencatat kutipan RM500,000 sehari. Ayuh meriahkan industri filem tempatan.
(Sumber: Wikipedia)

Komik Keluang Man Kembali