Memaparkan catatan dengan label Otak Aku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Otak Aku. Papar semua catatan

03 Jun 2013

Fuyyoo! - Majalah Kartun Lagenda


Salam sejahtera kepada korang semua. Apa khabar agaknya ek. Semakin meriah industri komik kartun tanahair dengan kehadiran Majalah Fuyyoo! pada pertengahan bulan Mei hari tu.  FUYYOO! terbit sebagai wadah perkongsian hiburan santai dan info berkaitan aktiviti/karya kartunis, animator, komikus, ilustrator dan peminat kartun seluruhnya. Membuka ruang untuk karyawan OTAI dan baru untuk sama-sama mengisi pentas kartun Malaysia yang sebenarnya luas jika kita sendiri terlibat dengan industri ini. Isu pertama dijual dengan harga RM5.90 dan membariskan kartunis hebat seperti Belitong, Zainal Buang Hussein, Lat, Nipah, Duku dan ramai lagi lah. Harap korang terus support Majalah Fuyyoo! ini. Jangan lupa like fan page di: https://www.facebook.com/pages/Majalah-Fuyyoo/252094461598873

12 Februari 2013

10 Contoh Fotografi Titik (Polka Dot)


Polka dot merupakan corak reka bentuk yang biasa, begitu popular pada tahun 1940- 1950 an. Titik diletakkan dalam jarak yang sempurna antara satu sama lain dan seterusnya membentuk reka bentuk simetri yang menenangkan. Mulanya corak tipikal yang digunakan dalam pakaian dan pelbagai jenis fabrik. Tetapi sekarang, corak polka dot telah melampaui sempadan dan menjadi tema kegemaran jurugambar juga.









Semua gambar-gambar yang disenaraikan dalam artikel ini telah diambil oleh jurugambar profesional supaya ia pasti memperkayakan pengetahuan korang mengenai subjek ini. Tema polka dot memberi peluang kepada jurugambar untuk bereksperimen dengan warna yang pelbagai yang terdiri daripada warna-warna hitam dan putih atau cerah dan mencuba gaya yang berbeza juga. Layan gambar yang disediakan untuk post kali ini. Enjoy!!

01 Mei 2011

Gelak Golek Dengan Oh Napie!

Oh Napie merupakan satu lagi blog oleh Aku Napie. Blog ini banyak memaparkan gambar manrik untuk korang komen sambil bergelak ketawa. Tidak perlu tension untuk view blog ini yang tak seberapa. Selain lawak terdapat juga info menarik untuk dikongsi bersama. Cakap banyak tak guna, ayuh layari laman blog baru aku di: http://ohnapie.blogspot.com/

28 April 2011

Last Semester Pengajian Aku

 

Agak lama aku tidak berceloteh setelah korang dah selesa dengan post-post blog yang terbaru. Hari ini merupakan pengajian terakhir aku di universiti dalam bidang visual communication. Banyak pengalaman pahit manis yang dilalui bersama kawan-kawan dan pensyarah dan pensyarah disini.Selamat berjaya untuk kawan-kawan semua dan moga cepat mendapat kerja yang gempak-gempak.

12 April 2011

10 Contoh Best Underwater Photography


Underwater photography (fotografi bawah paras air) adalah salah satu lagi bidang dalam fotografi dimana foto-foto diambil semasa melakukan  skuba atau berenang di kolam biasa. Banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi semasa melakukannya melainkan korang dah betul professional. Halangan dan rintangan ini kadang kala membantu kita mengambil foto-foto yang menarik. Ini 10 contoh underwater photography untuk inspirasi anda. Komen entri ini jika membantu anda. Thanks.










10 April 2011

10 Contoh Foto Selective Color

Selective Coloring (Pilihan warna) adalah satu teknik yang korang gunakan dalam photoshop. Cuma gunakan selection tool dan biarkan mana-man bahagianmenjadi hitam putih atau berwarna sperti gambar di atas ini. Kebiasaannya gambar seperti ini dihasilkan bagi menarik minat orang untuk melihat foto-foto disamping menyampaikan maksud yang tersirat juga. Korang perlu menggunakan beberapa faktor yang dapat menghasilkan foto yangmempunyai emosi dan ekpresi. Pilihan warna ini kebanyakkan menggunakan warna cerah seperti merah, hijau dan biru berlawanan dengan warna hitam. Disini aku sertakan beberapa contoh foto yang menarik untuk dijadikan inspirasi. Sila komen entri ini jika ianya membantu. Thanks!!
 







 

09 April 2011

FLIP KOMIK - Komik Maya Anda


Flip Komik merupakan salah satu usaha kreatif daripada sekumpulan anak muda yang inginkan sesuatu yang baru dalam dunia komik. Kini anda boleh menghantar karya dan mendapat sedikit bayaran mengenai hasil karya anda. Web ini masih dalam pembinaan dan mula beoperasi sepenuhnya pada bila masa sahaja pada tahun ini. Harap korang dapat sokong kerja mereka ini. Thanks you, support our industry.
KLIK>>>>http://www.flipkomik.com/

10 Contoh Reflection Photography

 
Reflection Photography kebiasaannya adalah reflek kepada sesuatu kejadian dan menambahkan komposisi dalam gambar. Foto-foto yang diambil melibatkan pelbagai cara dan boleh diterokai seperti refleksi cermin di kawasan berair, refleksi objek, inspirasi dan refleksi sesuatu permukaan. 10 contoh yang ditampilkan kali ini ialah refleksi pada permukaan air yang sering kita kita lihat dalam kehidupan seharian. Ia memberi inspirasi dan idea bagaimana mengambil gambar yang penuh dengan kecantikkan dan warna kehidupan. Komen entri ini jika memberi anda inspirasi. Thanks.









Earning Nuffnang RM4 Sehari


Alhamdulillah, baru saja cash out pendapatan dari Nuffnang pada minggu lepas. Hari ini aku nak cerita pasal earning aku pada hari ini yang naik mendadak. Selalunya pada hujung bulan aku akan check, ntah macam mana semalam aku adacheck earning, jumlah RM1.04 jer. Terkejut la gak, so tadi aku buka pula dah jadi RM4.48. Wah, menarik kalau setiap hari boleh earning RM4, bila darab 30 hari dah dapat berapa kan. Mungkin disebabkan trafik yang semakin meningkat kot. Thanks semua.Selamat mencuba. Komen entri ini ok :)

07 April 2011

Wah !!! Lukisan Hebat Oleh Lisa Surihani


Ini bukannya Lisa Surihani yang lukis, tetapi oleh pelukis dan ilustrator hebat tanah air, Zamzami Md Zain. Amacam, korang leh challenge tak lukisan camni. Menggunakan full digital painting sudah tentu sejuk mata memandang lebih-lebih lagi faveret korang semua kan si Lisa Surihani. Sila komen entri ini kalau berkenan. Sekian. : )

06 April 2011

Serlahkan Indie Music Anda



INDIE MUSIC SINGLES atau nama timanganya I'M Singles ialah satu projek Mega Album Kompilasi yang akan memuatkan 100 single didalam 1 album, Projek kerjasama ini akan dipertanggungjawabkan selama 1 tahun kepada Pihak pengurusan demoplanet tv, Pentas Aksi, STS-MC, band dan penyanyi solo indie tanahair... bagi mereka yg memiliki single sendiri dijemput untuk menghadiri sesi penerangan mengenai Projek ini, sila rujuk mengikut jadual yg 
telah ditetapkan.

Sesi Penerangan I'M Singles
Tarikh : 4 hingga 7 Apr 2011
Jam : 2.00pm-5.00pm
Tempat : Demoplanet tv
Tel: 03-55235400

Demoplanet TV Sdn Bhd
1-01-02, Blok 1
Presint ALAMi
Pusat Perniagaan Worldwide 2
Persiaran Akuatik
40100 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
Malaysia

31 Mac 2011

Layan Kartun Teknologi Dari Smashing Magazine


Smashing Cartoon adalah sebahagian daripada seksyen baru di laman web Smashing Magazine. Setiap Jumaat mereka akan menerbitkan sebuah kartun baru yang dicipta oleh Ricardo Gimenes. Kartun ini didedikasikan untuk perkembangan rekabentuk dan web, tetapi juga mempunyai kisah komik tentang segala sesuatu yang terjadi di web dan memberikan beberapa idea dan inspirasi  di sebalik latar belakang Smashing Magazine. Juga, pada halaman ini kita akan mengumpulkan semua masalah dari Kartun Smashing untuk keselesaan anda. Jom layan kartun ini (bahasa inggerismudah). Dan komen2 la entri kali ni..:)
 









 
Sumber daripada: SMASHINGCARTOON

Komik Keluang Man Kembali