Memaparkan catatan dengan label support. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label support. Papar semua catatan

01 April 2013

Neon Terbit - Penerbit Berwibawa Dari Pahang



Hello, apa khabar korang semua. Post ini aku buat langsung dari kampung halamanku di Perlis. Untuk post kali ini kita bercerita tentang salah satu penerbit buku indie berwibawa dari Pahang. Sejak akhir-akhir ini banyak penerbit indie muncul untuk membawa ke depan karya2 alternatif untuk memberi pilihan kepada pembaca. Salah satunya ialah Neon Terbit. Ini maklumat mereka:



Ini adalah karya terbaru daripada Neon Terbit. Bagi yang berminat boleh terus ke link facebook dan blog diorang. Terus sokong scene tempatan. Lokal Best!!!!



02 Mac 2011

Terima Kasih Atas Sokongan

(Ultra Qalif oleh Bophairy)


(Beg Froggy Papa)

(Kartunis Reja dan Kartunis Jas An)

Beribu-ribu terima kasih dan penghargaan ditujukan kepada beberapa kartunis tempatan yang membantu mempromosikan blog AKU SEMPOI yng tak seberapa ni. Walaupun bilangan sticker yang diedarkan adalah terhad, namun mereka bersungguh-sungguh mempromosikannya. Antara kartunis yang terlibat ialah mereka dari Komik-M seperti Bophairy (Komik Ultra Qalif), Reja Mus (Shootz!), Jas An (Komik Meon) dan Froggy Papa (Babai Bob). Mungkin perkenalan singkat semasa promosi Komik - M di utara pada tempoh hari memberi sedikit simptom untuk terus menyokong apa yang aku lakukan selama 3 tahun ini. Selain itu, tidak lupa kepada kawan yang follow di blog seramai 118++ orang dan di Facebook Pages lebih 1300 orang (ketika ost ini ditulis). Teruskan menyokong dan mendapat info apa yang anda cari. Trimas dan Peace!!

03 November 2010

Koleksi Figura Baru Dari Hot Toys HK

Dalam menyambut ulang tahun ke-10, Hot Toys Hong Kong akan melancarkan 3 koleksi eksklusif untuk para peminat mereka. Siri yang pertama ialah set skala Batman Demon dan Scarecrow daripada filem 'Batman Begins'. Keduanya dihasilkan dengan lebih bahagian yang teliti disamping outfit yang kemas berdasarkan kemunculan dalam filem. Bagi mengubat kerinduan 'Raja Pop' sebuah figura Michael Jackson berskala 1/6 juga dihasilkan berdasarkan kemunculan dalam video 'Beat It'. Finally, yang ketiga ialah karekter Friend daripada manga sains fiksyen '20th Century Boys' hasil karya Naoki Urasawa.


Koleksi ini hanya terdapat di majlis ulang tahun yang diadakan di Tokyo , Jepun pada musim Krismas nanti. Sape yang berminat kena pergi Jepun la. Peace! 

14 Oktober 2009

Art For AIDS - Lawan AIDS Dengan ART


ART FOR AIDS (AFA)

AFA is a Malaysia network of artists,scholars and activists committed to ending the global AIDS epidemic. Our mission is to inspiring attitudinal change through the production and dissemination of powerful, original artwork.

FIGHTING AIDS WITH ART

AFA employs art in the fight against Aids. It invites artists to produce work dealing with Aids and related issues. These works of art are used to raise public consciousness, to encourage involvement, and to generate funds for supporting projects aimed at preventing and fighting Aids.

Jom support dengan join competition ni, disamping berkarya dapat memberi sumbangan dari segi hasil karya yang baik. Syarat penyertaan di http://seniuntukaids.blogspot.com/

Komik Keluang Man Kembali