Korang dah bosan dengan laman sosial sedia ada sekarang ni? Ayuh sertai geng http://www.marshable.net/ yang pastinya sempoi. Laman sosial ini dibangunkan sepenuhnya oleh seorang anak tempatan yang mempunyai visi yang jelas dalam pembangunan laman web sosial. Keistimewaannya laman ini menawarkan tayangan filem baru dan lama untuk tontonan korang semua. Terdapat juga saluran TV dan radio streaming untuk korang layan. Pelbagai topik juga dimuatkan dalam forum ini. Marshable turut mewujudkan ruangan marketplace untuk korang berniaga dan blog untuk korang berceloteh. Jadi tunggu apa lagi, jom daftar percuma jer pun. Layan????
Memaparkan catatan dengan label diy. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label diy. Papar semua catatan
22 Februari 2013
19 Februari 2013
Komik Gelabah Volume 2 Lagi Syok
Apa khabar korang semua? Untuk post kali ni aku nak bagitau yang Komik Gelabah akan keluar isu 2 pulak. Sebelum ini dah keluar isu 1 pada yang tak tau lagi la. Untuk komik isu 2 beberapa orang telah berminat untuk berkarya dengan kartun yang semakin gempak dan menawan. Isu ini turut menapilkan beberapa bakat baru yang berani menonjolkan diri. Selain itu diselitkan beberapa artikel yang menarik di samping percuma kalender mini yang menarik. Sebarang updates korang boleh layan di fb: www.fb.com/komikgelabah. Harap korang support hasil seni anak tempatan. Terima kasih.
16 Februari 2013
10 Rekaan Menarik Kad Bisnes Plastik
Kad perniagaan (bussiness card) digunakan oleh golongan amatur dan profesional di mana mereka berkongsi beberapa maklumat penting dengan bakal pelanggan supaya pelanggan boleh menghubungi mereka dengan mudah. Walau bagaimanapun, teknik promosi ini digunakan oleh semua profesional yang terlibat dalam pelbagai jenis profesion atau perniagaan. Oleh itu, pengguna kad perniagaan perlu memastikan bahawa kad perniagaan yang kreatif dan menarik supaya ia membuat kesan yang baik kepada pelanggan atau kenalan untuk menyimpan kad perniagaan. Salah satu gaya terkini di dalam kad perniagaan yang adalah menjadi ikutan hari ini adalah kad perniagaan yang telus plastik (transparent) di mana kesan yang berbeza boleh dicetak mudah. Selain itu, bahan-bahan plastik adalah lebih tahan lama dan pasti alternatif yang mesra alam.
Untuk isu kali ini ayuh kita layan 10 contoh menarik kad bisnes daripada plastik. Semoga ianya memberi idea dan inspirasi kepada pereka grafik di luar sana yang kadang-kadang kekeringan idea yang best. Enjoy!!!
18 September 2012
Komik Gelabah - Komik Kartun Bukan Untuk di Makan
Komik Gelabah ialah komik indie cetusan idea sekumpulan kawan-kawan yang berjuang dalam arena kartun komik tanah air. Kami tidak mempunyai dana dari mana-mana pihak, juga tidak membuat pinjaman dengan mana-mana bank dan along. Hasil jualan setiap nashkah akan digunakan untuk cetakan seterusnya dan juga saguhati kepada pengkarya. Tujuan ialah membuka peluang kepada karyawan muda berbakat menampilakan bakat yang ada disamping memeriahkan industri kartun tempatan. Maskot komik ini ialah Ibrahim Topi dan korang kena bersedia dengan pelbagai kejutan selepas ini. Berminat nak join boleh layan kitorang di: www.facebook.com/komikgelabah
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih sinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening subuh 19 Julai 2006, han...
-
Ni kira antara permainan yang digemari satu masa dulu. Teringat time petang lepak2 dengan kawan dan adik beradik untuk main Jutaria ni. Sa...
-
Infographics (infografik) boleh didefinisikan sebagai gabungan grafik dan maklumat serentak untuk memberi info tentang sesuatu perkara. Kin...
