Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

12 Ogos 2012

MAJALAH SENYUM - SANTAI UNTUK SEMUA BAKAL TERBIT


Majalah Senyum merupakan sebuah lagi majalah yang akan terbit kemungkinan dalam bulan Oktober nanti (menurut sumber kartunis A.Z). Konsep majalah ini pula lebih kepada kartun dakwah dimana selain kita berhibur dengan isi kandungan majalah kita juga dapat medapat ilmu yang terbaik menerusi penghasilan cerita melalui kartun. Dengan hadirnya majalah ini dapat memeriahkan lagi industri kartun komik tanahair. Majalah ini turut mengalu-alukan sebarang idea dan pendapat serta bagi mereka yang berminat untuk berkarya bolehlah emel ke: mj.senyum @gmail.com atau buat cariah di facebook: Majalah Senyum. Diharap korang semua terus menyokong kartun tempatan disamping mendapat manfaat bersama. Teruskan dengan blog ini untuk sebarang updates terbaru.  Insyaallah :)

11 Mei 2012

Muslim Teens - Inspirasi Peribadi Mulia



Seiring dengan perkembangan positif industri komik kartun di Malaysia telah lahir beberapa majalah yang mampu memeriahkan lagi suasana tersebut. Baru-baru ini (tak jugak la) telah lahir Majalah Muslim Teens iaitu majalah berbentuk keagamaan dimana lahir dibawah satu bumbung dengan Majalah Ana Muslim. Dengan harga yang mampu iaitu RM6.00 sahaja, kelainan yang ingin ditonjolkan dalam majalah ini ialah mengajak golongan remaja khususnya perempuan berumur 15 tahun ke atas untuk mendapat inspirasi daripada isi kandungan yang positif daripada majalah ini.


Pelbagai artikel disamping komik menarik terdapat dalam majalah ini. Ianya turut memaparkan blog pilihan yang sesuar dilayari oleh pembaca semua. Semasa artikel ini ditulis, ianya sudah keluar bilangan ke: 2. Jadi tunggu apa lagi, terus rembat majalah yang mampu memberi info berguna disamping komik yang menrik didalamnya. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.anamuslim.com.my atau like facebook di: www.facebook.com/muslimteens 



16 Mac 2011

101 Rekreasi Hati Oleh Kartunis Nik (Ujang)


Buku ini adalah himpunan 101 hadith dari koleksi 300 Hadith Bimbingan yang merupakan usahasama Nik Wafdi Nik Jaafar ( pelukis untuk majalah Ujang) dan Dr. Zahazan Mohamed. Isi bukunya mempunyai hadith dan diselangi dengan komik berilmiah disebelahnya berkaitan hadith tersebut. Komik yang dilukis juga ada sebahagian yang berbentuk “satira semasa” diharap dapat memberi sedikit pengajaran kepada para pembaca. Dengan adanya selitan komik berkaitan sudah pasti dapat menarik minat pembaca khususnya golongan muda mengetahui hadis-hadis yang terkumpul. Buku ini sudah ada dipasaran yang diedarkan oleh syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd. Ayuh jadikan sebahagian daripada koleksi bernilai korang.

Komik Keluang Man Kembali