Oleh sebab permintaan dan pertanyaan, maka edisi volume dua akan keluar tidak lama lagi dengan artwork yang lebih kemas, panel yang teratur serta kualiti yang terbaik, aku jamin. Tapi masih dalam perancangan apa yang akan disertakan dalam pakej tersebut. Jika sebelum ini, korang akan dapat komik, bookmark, sticker, sketch pad tapi untuk edisi akan datang mungkin akan bagi benda lain pulak yer. Harap korang terus memberi sokongan. Yang nak hantar kartun pun boleh. Emelkan jer kat: akunapie@yahoo.com.
Memaparkan catatan dengan label MANGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MANGA. Papar semua catatan
28 Mei 2012
AKU DIA DAN BUJANG VOLUME 2 BAKAL TERBIT
16 November 2010
Peraduan Teka Judul Buku PTS
(klik gambar untuk lebih jelas)
Penerbit buku PTS sekali lagi menganjurkan peraduan yang menarik kesinambungan peraduan yang telah dianjurkan pada tahun lepas. Tapi penyertaan kali ini lebih besar dimana korang hanya perlu menghantar jawapan melalui sms saja. Syarat utama korang kena beli produk keluaran RM30 keatas untuk berpeluang menyertainya. Antara hadiah mingguan yang ditawarkan seperti Nintendo Wii, Sony PS2, I Phone dan macam-macam lagi. Cara penyertaan seperti berikut:
(klik gambar untuk lebih jelas)
Tunggu apa lagi. Info dah dapat. Bertindak jer untuk join, mana tahu ada rezeki kan.Untuk keterangan lanjut lagi ke laman web: http://www.pts.com.my/peraduan/
15 November 2010
03 November 2010
Superhero Komik Marvel Jadi Tron: Legacy
Bagi mempromosikan filem sains fiksyen terbaru TRON:LEGACY, Marvel telah mengumumkan kulit hadapan (cover) komik yang menampilkan elemen "TRON-ified" pada superhero yang terlibat. Antara superhero yang terlibat seperti Spiderman, Thor , X-Men dan Captain America. Mereka akan dipenuhi dengan visual style yang unik daripada Tron Universe- berkerlipan dengan neon , cahaya glow-in-the-dark lines.
Antara isu yang menampilkan variasi TRON , dan karekter utama adalah:
- Amazing Spider-Man #651 TRON Variant, featuring Spider-Man
- Avengers #7 TRON Variant. featuring Spider-Woman
- Avengers Academy #7 TRON Variant, featuring Quicksilver
- Captain America #612 TRON Variant, featuring Captain America
- Incredible Hulks #618 TRON Variant, featuring Ghost Rider
- Invincible Iron Man #33 TRON Variant, featuring Iron Man
- New Avengers #7 TRON Variant, featuring Ms. Marvel
- Secret Avengers #7 TRON Variant, featuring Moon Knight
- Thor #617 TRON Variant, featuring Thor
- Wolverine #4 TRON Variant, featuring Wolverine
Semua komik ni akan mula dijual mulai November hingga December, dapatkan maklumat lanjut di laman web MARVEL. TRON: LEGACY akan mula mengegar pawagam seluruh dunia pada Disember 2010 , untuk maklumat lanjut sila ke laman web rasmi.
02 November 2010
Nick Simmon Cetuskan Kontroversi Incarnate
Nicholas Adam Tweed "Nick" Simmons (lahir 22 Januari 1989 di Los Angeles, California) merupakan seorang pelakon, model, pemzik dan penulis/pelukis komik. Beliau juga merupakan anak kepada rockstar bassist kumpulan KISS, Gene Simmons. Percubaan pertama Nick adalah melalui bidang lakonan dan pemuzik sepenuh masa. Namun bidang komik menjadi keutamaan selepas kemunculan debut pertama komik beliau "INCARNATE". Permulaan yang agak baik dengan menggunakan konsep manga Amerika sebagai karya pertamanya. Pada awal tahu ini tercetus kontroversi Nick telah menciplak (plagiat) karya manga-ka terkenal Kubo Tite melalui manga BLEACH. Nick membidas kenyataan tersebut dengan mengatakan Bleach adalah inspirasinya dan beliau gembira dengan hasil yang dilakukan nya. Sekarang kes ini masih diperbincangkan, so pelukis komik diluar sana ambil berat dengan hak cipta anda ok. Ini merupakan antara shot-shot dalam manga yang ditiru.
Komik Incarnate Manga Bleach
27 September 2010
Pertandingan Manga Kebangsaan 2010 - Ada berani?
Liquid Media Communication Sdn Bhd dengan kerjasama Canon Marketing Sdn Bhd sekali lagi menganjurkan Pertandingan Manga Kebangsaan untuk kali - 2. Pertandingan seperti ini memberi peluang kepada bakat baru luar sana untuk menunjukkan kehebatan masing-masing. Hadiah menarik menanti peserta dimana keseluruhan hadiah berjumlah RM15,000 (banyak tu). Terdapat 3 kategori yang dipertandingkan iaitu - sekolah rendah(7-12 tahun), sekolah menengah(13-17 tahun),dan amatur(18 tahun ke atas). Tarikh tutup pertandingan ialah pada 30 November 2010. Maklumat lanjut dan borang penyertaan boleh didapati di :http://www.mymanga.com.my
23 September 2010
Hisae Iwaoka - Kontraktor Saturn Apartment
Hisae Iwaoka merupakan pencipta kepada beberapa manga, termasuk Hana Boro (Flower Cookies) dan Shiroi Kumo (White Clouds), kedua-duanya disirikan dalam IKKI magazine. Dilahirkan di Chiba, Japan pada 17 Julai 1976, artis manga berzodiak Cancer ini sudah menghasilkan pebagai gendre manga seperti Seinen(5) Slice of Life(4) Drama(4) Josei(2) Supernatural(1) Fantasy(1) School Life(1) dan Sci-fi(1). Sebagai seorang artis manga dan pengillustrasi hebat, hasil kerjanya turut dipamerkan diperingkat antarabangsa melalui “Tokyo Girls Bravo,” yang dikuratorkan oleh Takashi Murakami. Saturn Apartments merupakan karya beliau yang terkini. Sedikit bibliografi karya:
2004 Shiroi Kumo---1 volume
2005 Hana Boro---1 volume
2005 Yume no Soko---1 volume
2006 Oto no Hako---1 volume
2005 Hana Boro---1 volume
2005 Yume no Soko---1 volume
2006 Oto no Hako---1 volume
"Saturn Apartment"
Pada masa depan, manusia meninggalkan bumi untuk memuliharanya. Kini mereka tinggal di sebuah struktur binaan gergasi berbentuk cincin yang mengelilingi bumi terletak sejauh 35 kilometer di angkasa. Alami kehidupan Mitsu yang mengantikan bapanya sebagai pencuci tingkap fasiliti ini. Dapatkan di kedai komikberhampiran.
22 September 2010
Hiroyuki Asada Persembahkan Tegami Bachi
Hiroyuki Asada dilahirkan pada 15 Februari 1968 di Yokohama, Kanagawa , Jepun. Beliau merupakan artis manga Jepun yang dikenali melalui steampunk series Tegami Bachi("Letter Bee"). Manga pertama yang dihasilkan beliau ialah I`ll, yang merupakan siri berkaitan bola keranjang. Semua hasilmanga beliau disirikan secara bulanan oleh antologi shonen iaitu Monthly Shonen Jump. Dia memulakan kerjaya pada tahun 1986. Beliau turut melancarkan fanbase bersama Mint: Slepping Rabbit, Renka by Degreess dan popuaritinya meningkat naik bersama I`ll. Dalam kehidupan peribadi,Asada merupakan sebahagian unit bersama Shou Tashima,Takeshi Obata (dikenali melalui Hikaru no Go dan Death Note), dan aktiviti rekaaannya "AQUARIOS 3".
"I`ll"
"Tegami Bachi"
Manga ini mengisahkan Amber Gruod, dunia tanpa siang kecuali Akatsuki, ibu kota yang diterangi matahari artifisial. Gauche Suede yang bertugas selakuLetter Bee menemui pakej penghantaran aneh kat daerah Coza Bell iaitu seorang budak lelaki berusia 7tahun bernama Lag Seeing. Apa terjadi selepas itu? Dapatkan manga ini di kedai komik terpilih.
Lagi info mengenai Hiroyuki Asada di www.hiroyukiasada.com
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih sinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening subuh 19 Julai 2006, han...
-
Ni kira antara permainan yang digemari satu masa dulu. Teringat time petang lepak2 dengan kawan dan adik beradik untuk main Jutaria ni. Sa...
-
Infographics (infografik) boleh didefinisikan sebagai gabungan grafik dan maklumat serentak untuk memberi info tentang sesuatu perkara. Kin...



















