Bulan Mei 2013 menyaksikan kemunculan pelbagai majalah kartun komik untuk memeriahkan industri sedia ada. Salah satunya ialah Boboi - Majalah Komik Stylo Gila terbitan Vision Work Sdn. Bhd iaitu syarikat milik Afdlin Shauki. Majalah komik ini memaparkan cerita inspirasi dan adaptasi segala filem yang pernah dan telah dilakonkan oleh kumpulan Boboi. Antaranya seperti Papadom, Along Bukit Beruntung, Pontianak vs Orang Minyak. Barisan kartunis terdiri daripada kartunis Aie, Bophairy, Nik, Mr Smiley, dan ramai lagi.
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label news. Papar semua catatan
06 Jun 2013
Boboi - Majalah Komik Stylo Gila!
03 Jun 2013
Fuyyoo! - Majalah Kartun Lagenda
Salam sejahtera kepada korang semua. Apa khabar agaknya ek. Semakin meriah industri komik kartun tanahair dengan kehadiran Majalah Fuyyoo! pada pertengahan bulan Mei hari tu. FUYYOO! terbit sebagai wadah perkongsian hiburan santai dan info
berkaitan aktiviti/karya kartunis, animator, komikus, ilustrator dan
peminat kartun seluruhnya. Membuka ruang untuk karyawan OTAI dan baru
untuk sama-sama mengisi pentas kartun Malaysia yang sebenarnya luas jika kita sendiri terlibat dengan industri ini. Isu pertama dijual dengan harga RM5.90 dan membariskan kartunis hebat seperti Belitong, Zainal Buang Hussein, Lat, Nipah, Duku dan ramai lagi lah. Harap korang terus support Majalah Fuyyoo! ini. Jangan lupa like fan page di: https://www.facebook.com/pages/Majalah-Fuyyoo/252094461598873
12 Februari 2013
10 Contoh Fotografi Titik (Polka Dot)
Polka dot merupakan corak reka bentuk yang biasa, begitu popular pada tahun 1940- 1950 an. Titik diletakkan dalam jarak yang sempurna antara satu sama lain dan seterusnya membentuk reka bentuk simetri yang menenangkan. Mulanya corak tipikal yang digunakan dalam pakaian dan pelbagai jenis fabrik. Tetapi sekarang, corak polka dot telah melampaui sempadan dan menjadi tema kegemaran jurugambar juga.
Semua gambar-gambar yang disenaraikan dalam artikel ini telah diambil oleh jurugambar profesional supaya ia pasti memperkayakan pengetahuan korang mengenai subjek ini. Tema polka dot memberi peluang kepada jurugambar untuk bereksperimen dengan warna yang pelbagai yang terdiri daripada warna-warna hitam dan putih atau cerah dan mencuba gaya yang berbeza juga. Layan gambar yang disediakan untuk post kali ini. Enjoy!!
11 Mei 2012
Muslim Teens - Inspirasi Peribadi Mulia
Seiring dengan perkembangan positif industri komik kartun di Malaysia telah lahir beberapa majalah yang mampu memeriahkan lagi suasana tersebut. Baru-baru ini (tak jugak la) telah lahir Majalah Muslim Teens iaitu majalah berbentuk keagamaan dimana lahir dibawah satu bumbung dengan Majalah Ana Muslim. Dengan harga yang mampu iaitu RM6.00 sahaja, kelainan yang ingin ditonjolkan dalam majalah ini ialah mengajak golongan remaja khususnya perempuan berumur 15 tahun ke atas untuk mendapat inspirasi daripada isi kandungan yang positif daripada majalah ini.
Pelbagai artikel disamping komik menarik terdapat dalam majalah ini. Ianya turut memaparkan blog pilihan yang sesuar dilayari oleh pembaca semua. Semasa artikel ini ditulis, ianya sudah keluar bilangan ke: 2. Jadi tunggu apa lagi, terus rembat majalah yang mampu memberi info berguna disamping komik yang menrik didalamnya. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.anamuslim.com.my atau like facebook di: www.facebook.com/muslimteens
06 Februari 2011
Kuala Lumpur, Aku Okay!
“Kuala Lumpur, Aku Okay” adalah satu kolektif daripada orang-orang biasa yang tiba-tiba mendapat idea untuk menghasilkan sebuah filem berdasarkan perspektif mereka sendiri dalam melihat cinta. Lalu bergerak perlahan-lahan pada malam itu mereka merakamkan kisah cinta yang tidak selalunya kita fahami.100 mukasurat. Saiznya 15x10 cm (A5 dilipat dua), dan mengandungi 25 cerita, puisi, esei dan curhat dari Sufian Abas, Mohd Jayzuan, Aidil Rusli, Fazleena Hishamuddin & Razaisyam Rashid.
Ikuti perkembangan di :http://www.facebook.com/pages/Kuala-Lumpur-Aku-Okay/177491032287042
26 September 2010
Sambil Twitter Dapat Duit Dengan Churpchurp
ChurpChurp merupakan salah satu laman web yang menawaran ganjaran kepada sesiapa yang mempunyai Twitter untuk menjadi pengiklan . Fungsinya lebih kurang dengan nuffnang tetapi pembayaran adalah berdasaran tugasan yang diberikan. Contohnya kita mempromosikan sesuatu barangan yang telah diberikan. Macam mana kita nak dapat tugasan tu? Daftar la dulu, selepas itu orang boleh pilih antara dua sama ada mendapat melalui e-mel atau direct dari laman web tersebut. Korang just compose post dengan keyword yang menarik perhatian rakan-rakan di Twitter. Selamat mencuba, nakciter panjang pun aku baru jer join.Peace!
10 Oktober 2009
Kamen Rider Decade - Semua Rider Muncul??


Kamen Rider Decade adalah edisi pertama tahun 2009 bagi siri Kamen Rider yang mempunyai ramai peminat. Decade, tajuk yang dicadangkan adalah siri ke-10 dalam Heisei Rider Series, bermula dengan Kamen Rider Kuuga pada 2000. Mula disiarkan setelah final siri Kamen Rider Kiva dan penampilannya dalam Super Hero Time sepanjang tahun 2009 edisi Super Sentai Series, Samurai Sentai Shinkenger. Slogan siri ini ialah "Destroy everything, connect everything."Nak tengok siri ni just view kat youtube jer. Peace!!!
10 April 2009
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih sinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening subuh 19 Julai 2006, han...
-
Ni kira antara permainan yang digemari satu masa dulu. Teringat time petang lepak2 dengan kawan dan adik beradik untuk main Jutaria ni. Sa...
-
Infographics (infografik) boleh didefinisikan sebagai gabungan grafik dan maklumat serentak untuk memberi info tentang sesuatu perkara. Kin...







