Memaparkan catatan dengan label layan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label layan.. Papar semua catatan

12 Februari 2013

10 Contoh Fotografi Titik (Polka Dot)


Polka dot merupakan corak reka bentuk yang biasa, begitu popular pada tahun 1940- 1950 an. Titik diletakkan dalam jarak yang sempurna antara satu sama lain dan seterusnya membentuk reka bentuk simetri yang menenangkan. Mulanya corak tipikal yang digunakan dalam pakaian dan pelbagai jenis fabrik. Tetapi sekarang, corak polka dot telah melampaui sempadan dan menjadi tema kegemaran jurugambar juga.









Semua gambar-gambar yang disenaraikan dalam artikel ini telah diambil oleh jurugambar profesional supaya ia pasti memperkayakan pengetahuan korang mengenai subjek ini. Tema polka dot memberi peluang kepada jurugambar untuk bereksperimen dengan warna yang pelbagai yang terdiri daripada warna-warna hitam dan putih atau cerah dan mencuba gaya yang berbeza juga. Layan gambar yang disediakan untuk post kali ini. Enjoy!!

12 Ogos 2012

Komik Aku, Dia dan Bujang di Pesta Buku Perlis 2012


Pada 23 hingga 28 Julai 2012 yang lalu telah berlangsungnya Pesta Buku Perlis 2012 yang bertempat di Dewan 2020 Kangar. Pesta Buku kali ini merupakan penganjuran untuk tahun yang ke-10. Kali ini aku tidak melepaskan peluang untuk mempromosikan Komik Aku, Dia dan Bujang Volume 2 yang merupakan kesinambungan kepada volume satu yang dijal pada bulan Mac lalu. Sepanjang seminggu berada di pesta buku ini sebanyak 48 buah komik edisi terhad cetakan pertama telah berjaya dirembat oleh mereka yang meminati kartun tanah air.

Kebanyakkan darpada mereka adalah budak sekolah, ini petanda baik terhadap industri kartun komik tanahair. Tidak lupa kepada warga kerja Visi Kreatif yang sudi memberi tempat kepada aku untuk menumpang dan mempromosikan komik aku. Berikut antara gambar sempat dirakan sepanjang pesta buku tersebut.




Diharap korang berpuas hati dengan post aku kali ini. Bagi mereka yang ingin membeli komik aku, dia dan bujang volume 1 dan volume 2 bolehlah emel kepada: akunapie@yahoo.com atau add aku di fb: www.facebook.com/napie007

24 Mei 2012

ANIMASI INFO HIBURAN - TANYA PROF. DIN


 Siapa kata industri kreatif di Malaysia terutama animasi sudah lesu? Memandai jer korang buat andaian. Ni satu lagi produksi animasi tempatan iaitu Blue Pipe Studio telah menghasilkan animasi yang mampu meberi info dan maklumat berguna kepada korang semua. Animasi bertajuk Tanya Prof Din ini akan mengajak korang mengenali info yang korang tak tau dalam kehidupan seharian.Ianya merangkumi alam sekeliling dan haiwan yang kita kenal tapi tidak tahu info sampingan mengenai haiwan tersebut. Sifat Prof Din yang bersahaja dan kadang-kadang kelakar mampu mencuit hati korang untuk tengok. 

 
Ini merupakan video promo untuk korang khas di blog AKU SEMPOI ni. Nantikan kemunculan animasi ini di stesen tv tempatan dalam masa terdekat. Sebarang maklumat dan perkembangan terbaru boleh didapati di laman facebook: TANYAPROFDIN atau like kitorang di: www.facebook.com/AKUSEMPOIBLOG. Teruskan menyokong industri kreatif tempatan. Layan!!!!

Komik Keluang Man Kembali