Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label event. Papar semua catatan

27 April 2013

Bujang Edisi ke 3 Paling Sempoi


Apa khabar korang semua? Setelah lama tak update ini post terbaru semamndangkan aku tak sibuk (ceh!). Setelah beberapa tertangguh akhirnya bakal keluar jugak 100% Bujang Kartun. Untuk edisi ini aku masukkan 100% kartun Bujang tanpa ada Aku & Dia seperti sebelum ini. Dengan harga RM6 korang akan dapat komik dan poster bersaiz A3 untuk masa yang terhad sahaja. Diharap korang dapat support aku dan Bujang Kartun :) 

Apa-apa boleh komen dan emel ke akunapie@yahoo.com

10 September 2012

Sekitar Pameran Kartun Zunar - Galeri Shah Alam

Bertempat di Galeri Shah Alam telah berlangsungnya pameran kartun politikal oleh kartunis Zunar bermula pada 1 hingga 9 September 2012. Sebanyak 150 hasil karya kartun Zunar termasuk dalam suratkhabar, komik dan beberapa krya yang belum pernah tersiar telah dpamerkan disini. Selain berpeluang mendengar ppenerangan oleh Zunar, terdapat beberapa aktiviti lain seperti jualan t-shirt, komik dan karikatur. Semalam merupakan hari terakhir pameran ini. Jom kita layan beberapa gambar menarik ini, enjoy!!!






 Komik yang diharamkan

 Tshirt turut dijual

 Pelbagai barangan seperti komik dijual

 Karikatur Pantas RM5 Sahaja

Hari terakhir diserikan dengan kehadiran YB Nurul Izzah Anwar

24 Mei 2012

Hobi - Mengumpul Toy Kamen Rider



Beberapa bulan ni aku telah mula serius dalam mengumpul mainan kamen rider terutama dari siri HDM (High Detail Moulding) dan Ultimate Solid. Semua mainan ini merupakan keluaran syarikat Bandai yang berpengkalan di China dan Jepun. Kecenderungan aku lebih kepada Kamen Rider dari siri sHOWA iaitu bermula daripada Kamen Rider 1 hingga Kamen Rider J. Jom layan beberapa gambar toys koleksi aku ni.









Aku tahu ramai antara korang juga mempunyai hobi yang sama dan mungkin mempunyai koleksi yang lebih hebat daripada aku. Mungkin hobi sebegini melibatkan wang yang banyak namun ianya merupakan suatu bentuk pelaburan dimana harganya akan meningkat jika ianya susah didapati pada masa akan datang. Apa komen korang boleh emel ke : akunapie@yahoo.com atau di facebook: www.fb.com/AKUSEMPOIBLOG

11 Mei 2012

Majalah Baguih - Gegar Malaysia


Fuiyoo..baca jer tajuk post blog kali ni mesti korang tertanya-tanya apa yang best sangat dengan majalah Baguih ini? OK, ini aku nak cerita la ni. Majalah Baguih merupakan salah satu majalah baru yang terdapat di Malaysia dimana ianya mula diedarkan seluruh pelusuk Malaysia mulai pertengahan Mei 2012 ini. Konsep Majalah ini ialah komik yang penuh dengan keterujaan , adventure dan mampu membuatkan korang ketawa jugak. Hahaha.. Menggunakan tagline majalah komik pertama Malaysia mungkin disebabkan oleh keseluruhan isi kandungannya bergantung kepada komik sahaja disamping beberapa artikel yang menarik. Idea tercetusnya penerbitan komik ini oleh kartunis Kunyit (Ujang 1994-1996), jadi korang boleh bayangkan apa yang otai kartun boleh persembahkan dalam majalah ini.


 Selain itu, pelbagai gajet terkini boleh dimenangi melalui kontest yang diadakan. Tunggu lagi? Sebarang pertanyaan dan idea korang boleh ajukan di laman facebook : www.facebook.com/Baguih. Terus padu menyokong industri komik kartun tempatan .Peace!!!


21 Mac 2012

Anugerah Pekomik Datang Lagi


Anugerah yang memberi pengiktirafan kepada semua pengiat kartun dan komik tanah air kini kembali untuk edisi tahun 2012 ini. Pencalonan masih dibuka untuk sebarang penerbitan yang diterbitkan sebelum ini. Untuk senarai pencalonan dan syarat-syarat korang boleh layari blog di : http://anugerahpekomik.blogspot.com. Pada tahun ini anugerah pekomik akan diadakan di auditorium Kolej Damansara Utama pada 20 Mei 2012. Pelbagai acara sampingan turut diadakan seperti 24 Hour Comics Day dimana artis komik menghasilkan komik 24 muka surat dalam tempoh 24 jam sahaja. Selain itu, penampilan beberapa orang artis komik antarabangsa turut memeriahkan acara. Forum pekomik seperti biasa akan membincangkan perkara berkaitan industri tanahair bersama panel berpengalaman. Teruskan memberi sokongan kepada industri komik dan kartun tanah air.Peace!!!!!

20 Mac 2011

Harapan [HOPE] Untuk Jepun Dari Penggiat Manga



Calling all artists who want to do their part in aiding Japan through their post-earthquake crisis! 

Part of the Pray for Japan Charity Sale (details to be announced later), Harapan//Hope is a manga-influenced artbook and exhibition project planned to raise funds for Japan. We want you and your artwork to be a part of this operation!

Submissions will be compiled into a doujin-style, A5-sized book for sale, as well as displayed in an exhibition where visitors can donate towards the relief efforts. All proceeds from the project will go to a charitable organization (to be confirmed) in order to help buy food, water, shelter and other necessities for the thousands of lives affected by the devastating earthquake. We’re also planning to send a number of the artbook to Japan and the Japan Cartoonist Society as a symbol of our support.

At the moment, well-known artists such as C2V (Gengkey, Ah Beng etc.) and Tan Eng Huat (Thor, Batman, etc.) have already signed up to be part of this project, with many more to come! What’re you waiting for? Take up your pen (or pencil or stylus) and draw, for Japan!

More details will be announced as time pass—we’re confirming the venue of the exhibition and looking for a charitable foundation to channel the funds to. 

Details
* Artworks submitted are preferably of manga and anime characters to show support for Japan
* Black/White only. No colour.
* Canvas size must be 2480px X 3508px // 21cm X 29.7cm in 300 dpi in either landscape or portrait.
* Comments/words can be placed within artwork.
* Keep in mind your artwork will be sold publicly, so respect your art and yourself.
* In return, please provide us details regarding your art site or online contacts. All credits goes to the artist.
* Send all submissions to cf.illustration@gmail.com

Submission Deadline: 26-3-2011

07 Mac 2011

Pipit Wonderful Market 6 - Himpunan Bakat Tempatan




Pipit Wonderful Market 6  玩得福设计日 akan menemui korang di:

venue : Annexe Gallery , Central Market
date : 7th May 2011 ( Saturday )
time : 12pm ~ 7pm

Festival tahunan yang menghimpunkan bakat-bakattempatan dalam bidang masing-masing seperti  handmade craft , art design , independent brand and unique limited items yang korang tak patut lepaskan.

Dengan 3 gallery & lebih kurang 60 artists / designer / crafter ! & miniature exhibition will be in wonderful market too !

more info updates coming soon , follow us @

mark your calendar now ! :)

inquiry : market@thepipit.com

08 Disember 2010

Gig & Konsert Best Wajib Tengok Sepanjang Disember 2010




KLIK GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS. SUPPORT LOCAL ACT. ENJOY AND RILEX!!

Bengkel Illustrasi & Papan Cerita Animasi


TARIKH: 22 DISEMBER 2010.
TEMPAT: FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL, UNIVERSITI MALAYA.
BAYARAN: STUDENT: RM90 PUBLIC: RM150

Daftar sebelum 15hb Disember 2010. Borang penyertaan boleh di muat turun di: http://www.mbby.net/Bengkel_Ilustrasi_&_Papan_Cerita_Animasi.pdf. atau klik gambar diatas dan print. Boleh digunakan sebagai borang penyertaan. Ahli panel yang terlibat adalah mereka yang berpengalaman dalam animasi di Malaysia. Ayuh meriahkan industri animasi di Malaysia. Peace!!

05 November 2010

22 Ogos 2010

Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010

Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Komuniti Buku Online akan mengadakan “Seminar Pencinta Buku Malaysia 2010” yang bertemakan "Memperkasa Budaya Membaca Karya Terjemahan". Untuk makluman serta latar belakang yang merujuk kepada perkara di atas, ini adalah tahun ketiga penganjurannya bermula tahun 2006, dan diteruskan sebagai medan ilmu untuk kalangan pencinta buku berdiskusi mengenai isu-isu berkaitan dunia terjemahan, perbukuan, penerbitan, dan pembacaan.
Rasional bagi ITNM untuk bertindak sebagai penganjur bagi pelaksanaan tahun 2010 ini adalah sebagai sokongan terhadap usaha mengembangkan peradaban ilmu – yang antaranya boleh dicapai menerusi transformasi besar-besaran dalam aktiviti terjemahan dan pemantapan budaya membaca dalam sesebuah masyarakat. Hakikatnya, pemantapan budaya membaca akan memperkukuhkan kelangsungan tradisi proses pemindahan ilmu, sekali gus juga memperkayakan peradaban bangsa.
Sehubungan itu, kami dengan rendah hati menjemput YBhg. Tan Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk menyertai atau menamakan beberapa kakitangan daripada agensi masing-masing untuk turut serta dalam seminar ini.
Tarikh: 21 September 2010 (Selasa)
Masa: 8.30 Pagi – 5.00 Petang
Tempat: Dewan Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E Seksyen 10, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur
Pelancaran: Disempurnakan oleh Dato’ Mohamed Nor Khalid (Lat), 

INFO DI: LAMAN WEB

23 Mac 2010

Teater Sireh Bertepuk Pinang Menari

(KLIK GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

Jom ramai-ramai meriahkan teater Sireh Bertepuk Pinang Menari karya Dato` Noordin Hassan dan arahan Razali Rizuan. Kupon hanya RM5 dan datanglah bersama keluarga hiburkan diri dengan pementasan teater ini.

22 Mac 2010

MAP - Art Festival 2010



MAP – KL’s New Arts Platform

MAP is opening its doors on the 27th of March 2010 with a 2-day arts festival. Activities include music, art, sculpture, performances, installations, talks, workshops and art markets alongside social and individual empowerment activities. The festival will introduce MAP’s two spaces: a 6,000 sq ft gallery and a 200-seater experimental theatre named the White Box and Black Box respectively.

In the works is an exciting program of community oriented activities that encompasses the widest possible diversity of creative content. MAP will provide opportunities for arts and cultural producers from multidisciplinary backgrounds. As a meeting point between artists, curators, critics and the public, it will serve as a catalyst for the exchange and exploration of contemporary ideas.

MAP is located in Solaris Dutamas. Details can be obtained via their website, www.mapkl.org or call Alex at 019-3222932, Erna at 012-2310961 or Sze at 013-3330852.

FREE ADMISSION TO ALL EVENTS




Jadual Aktiviti Yang Berlangsung (KLIK UNTUK PAPARAN JELAS)






12 Mac 2010

Kuala Lumpur Design Week 2010 - Pastikan Kehadiran Korang


Kuala Lumpur Design Week 2010 akan tiba tidak lama lagi, dengan tema tahun ini iaitu '20/10'- komponen nombor  showceses (20 acara di 10 lokasi ). Acara ini akan berlangsung selama 2 minggu membabitkan art exhibition and istallations, forum , acara gempak dan penyerahan anugerah dalam bidang berkaitan.
Salah satu kemunculan istimewa ialah Creative Review dari UK iaitu design magazine terkenal di Eropah. Pastiakan korang check out hasil karya daripada nama-nama terhebat dalam industri kreatif sama ada dari luar dan dalam negara.
The Kuala Lumpur Design Week 2010 akan berlangsung dari 1 May hingga 15 May . Maklumat lanjut di LAMAN RASMI dan GROUP FACEBOOK.

06 November 2009

Comic Fiesta 2009 Update Terbaru


Comic Fiesta 2009
Date: 19-20 December 2009
Venue: Sunway Pyramid

Details:

For our Artists, please read this thread.

You can now get tickets here! Here’s the good news: The price remains as it was last year. The better news? You can now pay via direct bank in. Please read the terms and conditions before you place your order.

More info: http://comicfiesta.org/

03 November 2009

100 % Gempakstarz - Festival Komik Yang Dinanti 2009


Jom beramai-ramai meriahkan dan rasai karnival 100% Gempak Starz yang akan berlangsung pada 21 hingga 23 November ini. Pelbagai acara menarik bakal berlaku hanya sekali setiap 2 tahun. Kepada peminat komik khususnya, Gempakstarz adalah nama yang tidak asing dalam industri komik tanah air. Jadi ayuh beri sokongan terhadap karnival ini disamping bertemu dengan pelukis komik kegemaran dan mendapatkan produk terkini dengan harga diskaun. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.gempakstarz.com

Komik Keluang Man Kembali