Untuk post kali ini kami nak kongsikan 10 contoh koleksi serta reka bentuk pembungkusan yang paling kreatif yang unik serta terkini. Reka bentuk pembungkusan adalah salah satu strategi pemasaran yang paling penting yang tidak harus dipandang ringan. Atas sebab ini, kita fikir untuk merujuk koleksi segar beberapa reka bentuk pembungkusan inspirasi dan kreatif untuk anda. Dengan reka bentuk pembungkusan yang berkesan dan kreatif, produk seseorang boleh menonjol di atas rak butik atau pasaraya, dan ini adalah sebab utama mengapa pelanggan membolehkan pereka mereka untuk mewujudkan apa yang mereka ada di dalam fikiran mereka, iaitu, barangan kreatif yang melampau dan terbaik. Jom layan contoh-contoh ini. Enjoy!!
15 Mei 2013
08 Mei 2013
Cayalah! - Komik Dakwah Menyerlah
Salam dan apa khabar korang semua? Ok untuk post kali ini kita cerita sikit pasal komik terbaru dipasaran Malaysia. Komik Dakwah Menyerlah Cayalah! adalah projek terbaru kartunis Rose-man bersama rakan kartunis lain yang join seperti Alif Firdaus, Duku dan ramai lagi. Konsep komik ini ialah dakwah yang mengajak pembaca melakukan kebaikan dalam kehidupan seharian. Selain itu terdapat artikel menarik yang mampu memukau pembaca dengan info-info yang diberi. Harga untuk edisi perdana ini ialah RM5.00 dan mula berada dipasaran pada 7Mei 2013. Ini sedikit preview dalam komik ini.
Amacam, mesti tertarik kan. Jangan lupa mengikutinya setiap bulan. Terus support komik tempatan. Enjoy!!!
27 April 2013
Bujang Edisi ke 3 Paling Sempoi
Apa khabar korang semua? Setelah lama tak update ini post terbaru semamndangkan aku tak sibuk (ceh!). Setelah beberapa tertangguh akhirnya bakal keluar jugak 100% Bujang Kartun. Untuk edisi ini aku masukkan 100% kartun Bujang tanpa ada Aku & Dia seperti sebelum ini. Dengan harga RM6 korang akan dapat komik dan poster bersaiz A3 untuk masa yang terhad sahaja. Diharap korang dapat support aku dan Bujang Kartun :)
Apa-apa boleh komen dan emel ke akunapie@yahoo.com
01 April 2013
Neon Terbit - Penerbit Berwibawa Dari Pahang
Hello, apa khabar korang semua. Post ini aku buat langsung dari kampung halamanku di Perlis. Untuk post kali ini kita bercerita tentang salah satu penerbit buku indie berwibawa dari Pahang. Sejak akhir-akhir ini banyak penerbit indie muncul untuk membawa ke depan karya2 alternatif untuk memberi pilihan kepada pembaca. Salah satunya ialah Neon Terbit. Ini maklumat mereka:
Ini adalah karya terbaru daripada Neon Terbit. Bagi yang berminat boleh terus ke link facebook dan blog diorang. Terus sokong scene tempatan. Lokal Best!!!!
22 Februari 2013
Marshable.net - Laman Sosial Malaysia
Korang dah bosan dengan laman sosial sedia ada sekarang ni? Ayuh sertai geng http://www.marshable.net/ yang pastinya sempoi. Laman sosial ini dibangunkan sepenuhnya oleh seorang anak tempatan yang mempunyai visi yang jelas dalam pembangunan laman web sosial. Keistimewaannya laman ini menawarkan tayangan filem baru dan lama untuk tontonan korang semua. Terdapat juga saluran TV dan radio streaming untuk korang layan. Pelbagai topik juga dimuatkan dalam forum ini. Marshable turut mewujudkan ruangan marketplace untuk korang berniaga dan blog untuk korang berceloteh. Jadi tunggu apa lagi, jom daftar percuma jer pun. Layan????
21 Februari 2013
10 Contoh Pengiklanan Luar Yang Berani
Pengiklanan adalah kemahiran pemasaran melibatkan seni bentuk, seni reka, dan reka letak. Dalam pengiklanan bercetak, pengiklanan adalah terhad kepada teks dan imej sahaja. Di internet iklan boleh bergerak, tetapi masih 2D walaupun terkini teknologi memungkinnya kepada 3D. Walau bagaimanapun, apabila ia datang kepada pengiklanan luar, artis mempunyai kebebasan dan boleh membiarkan kreativiti mereka berjalan meliar dan bebas - dan yang apa mereka lakukan, dengan cara yang luar biasa. Pengiklanan luar dan adalah semua iklan yang anda boleh lihat di luar rumah anda - sama ada ia berada dalam kedai, papan iklan, bas, teksi, tepi jalan dan lain-lain.
Di sini aku telah cari dan mengumpul 10 contoh iklan luaran yang menakjubkan dalam imaginasi dan kreativiti digunakan untuk mendapatkan keputusan akhir yang menakjubkan. Ayuh layan dan komen okay :)
19 Februari 2013
Komik Gelabah Volume 2 Lagi Syok
Apa khabar korang semua? Untuk post kali ni aku nak bagitau yang Komik Gelabah akan keluar isu 2 pulak. Sebelum ini dah keluar isu 1 pada yang tak tau lagi la. Untuk komik isu 2 beberapa orang telah berminat untuk berkarya dengan kartun yang semakin gempak dan menawan. Isu ini turut menapilkan beberapa bakat baru yang berani menonjolkan diri. Selain itu diselitkan beberapa artikel yang menarik di samping percuma kalender mini yang menarik. Sebarang updates korang boleh layan di fb: www.fb.com/komikgelabah. Harap korang support hasil seni anak tempatan. Terima kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Ahmad Azhari bin Mohd Nor atau lebih sinonim dengan panggilan Jeri telah berhijrah ke alam serba baru pada bening subuh 19 Julai 2006, han...
-
Ni kira antara permainan yang digemari satu masa dulu. Teringat time petang lepak2 dengan kawan dan adik beradik untuk main Jutaria ni. Sa...
-
Infographics (infografik) boleh didefinisikan sebagai gabungan grafik dan maklumat serentak untuk memberi info tentang sesuatu perkara. Kin...



























