Ini merupakan fan art aku untuk komik Ultra Qalif oleh Bophairy. Medium yang digunakan ialah water color diatas kertas lukisan A3. Memang nampak macam tak best aku sendiri dah lama tak guna water color ni. Asyik2 dengan photoshop dan illustrator jer, sampai skill manual dah hilang. Komen dari pelukisnya pun ok2 jer, so kira jadi la ni. Jom layan gambar step by step dari lakaran sampai habis aku warnakannya. Masa yang diambil untuk siapkan artwork ni ialah 2 jam lebih. Peace!! Aktiviti aku time cuti aritu.
1. Ni ialah proses sebelum warna, dah pening sama ada nk warna latar atau karekter dahulu. Last ambik keputusan warnakan latar dulu, bagi timbul karekter dan senang nak kaler nanti.
2. Ni ialah proses ke -4 hingga ke- 6, aku warnakan kulit karekter dan topeng beliau yang hebat tu. Juga warna beg, seluar dan kasut.
3. Ni proses last, abiskan apa yang patut termasuk finishing dan letak logo. Amacam, best x? Syok sendiri jer ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan