Apa khabar korang semua, untuk post kali ini aku ingin kongsikan satu fenomena di FB masa kini ialah kartun berbahasa jawi "Annur & Meow" oleh saudara Emit. Kartun ini menggunakan bahasa jawi mudah yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat disamping olahan karekter yang comel menarik minat orang ramai. Annur & Meow dihasilkan dengan stroke yang bersahaja untuk menarik minat remaja khususnya minat dengan bahasa jawi. Untuk permulaan kartunini hanya boleh dibaca di laman FB Emit, tetapi kini korang boleh layan di laman blog Annur & Meow. Pada masa akan datang siri kartun ini akan diterbitkan dalam bentuk komik. Mesti support :) . Berikut ialah penjelasan di Page FB Annur & Meow.:
"Kartun dalam tulisan jawi yang saya sudah letakkan watermark ini hanya terdapat
Saya cuma membenarkan klik share sahaja.Sekiranya anda melihat ianya dimuat naik dari lan-lain page selain dari yang disebut di atas,ianya adalah penyama
ran atau pengumpul populariti atau pencari untung dalam klik aplikasi yang tidak bertanggungjawab.Laman ini bertujuan untuk mempromosi buku & barangan yang berkaitan dengan jenama AnNur & Meow.Untuk mengelak salah faham awam,pihak AnNur & Meow bukanlah menyediakan pelajaran jawi percuma.Sejak dari awal lagi ia dibuat untuk projek komik eksperimen untuk tujuan niaga sambil menggalak pembacaan jawi secara berkartun.Dapatkan guru sebenar yang lebih arif dalam pembelajaran jawi.Harap maklum."
'Emit'Ahmad Nazri MahmoodHarap korang support kartun ini daripada sumber yang dinyatakan di atas sahaja. Kalau membaca dari sumber lain sila hubungi pelukisnya atau emelkan ke: akaunapie@yahoo.com, juga untuk sebarang idea untuk post akan datang.sekian.peace!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan